Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Memaparkan catatan dengan label kemudi hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemudi hati. Papar semua catatan

Rabu, Disember 30, 2009

Apa Lagi Yang Saya Mahu?!!!??%*$#


Hari ni, hari kedua terakhir saya di RHB..saya bersungguh2 mengemas barang2 peribadi. Ada amanah baru yang perlu saya sahut. Saya akan berpindah ke Kuala Selangor. A New Place For Me..

Sepanjang seminggu saya mengemas barang, sepanjang itulah saya menyelak kembali memori silam saya. Setiap barang dan pakaian yang ada punya nilai memori yang tersendiri…..uishhhhh, terselak juga luka dan duka lama……..tapi, Asma Allah terlalu besar untuk menggusarkan hati saya dengan memori lalu.…itu doa saya dalam diri.


Apa yang ditulis, apa yang dirancang, itulah yang tersurat…


Tabiat saya dari dulu yang masih saya istiqamah adalah saya akan menulis apa2 saja perancangan yang terlintas di minda jika ia berkaitan dengan perancangan kehidupan saya. Terutamanya bila ia melibatkan matlamat jangka panjang saya…Pekerja Sepenuh Masa Kecintaan dan Kegilaan Akhirat (“,).

Saya terjumpa semula dengan kertas2 perancangan saya yang lama. Ada yang saya tulis 3 tahun lepas, ada yang 4 5 bulan lepas…saya mahu buat apa dalam setahun akan datang, saya inginkan apa…semuanya jelas tercatat. Apa yang jelas, semua yang saya rancang, banyak yang saya lupa. Tapi Allah telah mendorong saya untuk merealisasikannya tanpa saya sedar. Apa yang penting, semua yang dirancang berjalan seperti yang dirancang……..MasyaALLAH……..Astaghfirullah.

Subhanallah……….Subhanallah…………….Subhanallah………….Subhanallah…….


Sedar tak?

Apa lagi yang mahu kita kata? DIA lah Yang Maha Pengasih Ya Rahman, DIA lah Yang Maha Penyayang Ya Rahim, DIA lah Yang Maha Besar Ya Kabir, DIA lah Yang Maha Mengatur Ya Muqtadir Ya Haafiz Ya Khabir!!!........

Kita hamba ni, selalu kata kita malu nak meminta yang macam2, malu nak minta syurga dari DIA, sebab kita banyak dosa. Tapi DIA kan Al-Basith, terlalu luas nikmat dan rahmat NYA pada kita. DIA suka jika kita mengadu pada NYA, DIA suka jika kita banyak meminta pada NYA, DIA juga lebih gembira bila kita berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan apa yang kita minta. Tak gitu?..

Saya dah malu nak cakap ‘ALLAH marah pada saya sebab tu lah saya ditimpa kesusahan...’. Lepas ni saya hanya akan cakap ‘ALLAH sayang pada saya sebab tu lah DIA bagi apa yang saya dapat sekarang ni’….saya malu….saya malu…rupanya dalam saya tidak sedar, saya sentiasa mendapat layanan yang terbaik dari NYA….Apa Lagi Yang Saya Mahu?!

Khamis, Disember 17, 2009

Alat - alat Allah

Cerita 1:

Dalam pengkajian NASA terhadap bulan, NASA telah mendapati bulan pernah terbelah pada masa dahulu iaitu kira – kira 1420H yang lepas. Bila seorang pemberita bertanya apakah faedah kepada pengkajian yang memakan billion USD ini pada ketamadunan manusia, pengkaji NASA tersebut tidak dapat menjawabnya. Kalu taip perkataan "crack on moon surface, NASA" dalam google mesti jumpa la artikel ni.

Alat ALLAH:

Inilah janji Allah, orang Islam tidak perlu bersusah payah dalam membuktikan Hadith Nabi S.A.W ketika Baginda membelah bulan yang kemudiannya masuk ke dalam baju Baginda dan keluar di sebelah tangan kanan dan kirinya. NASA jadi alat Allah untuk kita sebagai umat Islam ni ambil pengajaran. Apa kita buat?

Cerita 2:

Pada Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat telah mengebom Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945. Hasil kerja "Little Boy" dan "Fat Man" ini melumpuhkan hampir separuh pengoperasian negara tersebut. Namun Jepun, orang Jepun punya semangat yang kental dan tidak putus asa. Walaupun mereka telah dilumpuhkan dengan begitu dahsyat, tapi dengan mudah saja mereka kini bangkit menjadi antara negara yang sama taraf dengan USA.

Alat ALLAH:

Asma’ ALLAH, yang Maha Membakar semangat telah DIA alirkan pada orang Jepun untuk kita umat Islam ambil iktibar dan contohi semangat yang ada pada orang Jepun ini. Mereka menjadi alat Allah dalam DIA memperkenalkan kehebatan Asma’ NYA, yang Maha Membakar Semangat. Mestilah kita mampu jadi lebih hebat sebab apa yang kita kejar lebih besar dari apa yang orang Jepun kejar tu…dak???


Cerita 3:

Nak cerita apa? Anda semua dah lama jadi alat Allah, hanyasanya kita ini yang lemah melihat percaturan Al-Ba’it itu….Saya pun ada cerita, anda pun ada cerita…kita sama – sama ada cerita. Tapi pernah tak kita melakarkan memori kita berdasarkan pandangan mata hati kita terhadap Tuhan kita itu? DIA lah ALLAH, DIA lah Al-Malik..Yang Maha memiliki kerajaan langit dan bumi, yang zahir dan batin, yang jelas dan ghaib…

Alat ALLAH:

Jangan tanya orang lagi…kita lah yang patut memulakan perubahan. Perubahan demi Islam, perubahan demi sebuah negara akhirat yang kekal dan yang paling penting; perubahan demi mengejar cinta dan redha ALLAH dalam jangka hidup kita yang singkat ini, sesingkat perubahan siang dan malam, sesingkat kerlipan dua kelopak mata..

Khamis, Disember 10, 2009

Adakah KAU ingat??!!!@#..

Kata Al - Ghazali
Yang JAUH itu WAKTU
yang DEKAT itu MATI
yang BESAR itu NAFSU
yang BERAT itu AMANAH
yang MUDAH itu BERBUAT DOSA
yang PANJANG itu AMAL SOLEH
yang INDAH itu SALING MEMAAFKAN

Khamis, November 19, 2009

Sedikit Perkongsian Dari Prof Wan Maseri..R&D Muslimat


Sesungguhnya Engkau Ya Kholiq Yang Maha Pencipta telah menciptakan diriku daripada tanah yang hina dan kemudian dari air mani yang juga hina, dari tiada kepada ada. Engkau Ya Khaliq Yang Maha Pencipta dan Ya Malik Yang Maha Berkuasa dan Raja Yang Memiliki Segala Isi Langit dan Bumi telah ciptakanku dan sesungguhnya diriku hanya ciptaanMu dan hambaMu yang dulunya tiada dan kini ada.

Engkau Ya Wahhab Yang Maha Pemberi telah memberikanku segala kesempurnaan tubuh badan, pakaian, rezeki dan juga Engkau Ya Rahman Yang Maha Pengasih, Ya Rahim Yang Maha Penyayang telah mengurniakan Kasih dan SayangMu kepada ibu dan bapaku dan diriku, yang dengan rasa Kasih dan SayangMu itulah kami membina keluarga yang bahagia dan harmoni ini sehingga kehari ini.

Sesungguhnya diriku adalah seorang anak yang Engkau kurniakan sedikit Rahman (Pengasih) dan RahimMu (Penyayang) untuk ku curahkan kepada ibu dan bapaku demi melaksanakan tugas KhalifahMu di dunia ini. Engkau telah menugaskan diriku sebagai seorang anak agar memberikan kasih dan sayang yang tulus dan berbakti kepada ibubapaku kerana Engkaulah Ya Jalil Yang Maha Tulus dan Ya Quddus Yang Maha Suci.

Dengan sedikit Rahman dan RahimMu, JalilMu dan QuddusMu inilah, diriku bersama ibu dan bapaku mampu membentuk peribadi hamba dan khalifah dikalangan ahli keluarga kami dan dengan peribadi inilah kami mampu membina sebuah keluarga bahagia.

Dengan kekuatanMu Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawwiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna Kekuatan dan Maha Teguh, diriku bersama keluargaku menghadapi segala cabaran dan ujian hidup yang sentiasa Engkau, Ya Rahman, Ya Rahim berikan. Kerana dengan menghadapi cabaran dan ujian inilah, kami sekeluarga akan bangkit sebagai satu keluarga yang padu dan kuat bagi membina dan membangunkan generasi hambaMu yang taat dan patuh kepadaMu.

Ya Allah Ya Alim Yang Maha Berilmu, sesungguhnya Engkau telah mencipta diriku sebagai seorang pelajar yang perlu mencari ilmuMu dan NurMu (Cahaya Petunjuk) yang terlalu banyak dan tidak bertepi. Dengan ilmuMu dan NurMu inilah diriku mampu menyuluh jalan yang Engkau telah bentangkan dan mampu berjalan di atasnya dengan bimbingan dan petunjukMu Ya Haddi Yang Maha Memberi Petunjuk. Ilmu yang Engkau Ya Alim anugerahkan kepadaku akan ku gunakan untuk melakukan kebaikan kepada manusia tanpa mengharapkan balasan manusia, tetapi yakin dengan balasan Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Engkau juga telah menciptakanku bagiku berkenalan, berbuat baik serta nasihat menasihati antara kami agar kami semua taat dan patuh kepadaMu Ya Rabbi.

Ya Allah, Ya Malik, Sesungguhnya Engkau adalah Raja yang memiliki diriku ini. Diriku milikmu ya Allah, segala apa yang ada pada diriku ini, kecantikanku, kesihatanku, wangringgitku hatta ibubapaku, adik beradikku dan rakan-rakanku adalah milikMu sepenuhnya. Diriku sedar Engkau akan mengambil semuanya itu daripada diriku pada bila-bila masa, dan diriku tidak seharusnya merasa sedih dan kecewa kerana sesungguhnya ianya bukan milikku, Engkau Ya Maha Pemberi telah memberikannya kepada diriku sebagai amanah dan pinjaman untukku melaksanakan tugas khalifahMu didunia ini dan alat bagiku mengutip redhaMu bagi bekalan untuk akhirat nanti.

Ibu dan ayahku yang ku sayangi, kalian harus sedar, diriku bukanlah milik kalian. Diriku adalah milik Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Maha Memiliki dan Maha Pencipta. Oleh itu diriku tidak mampu untuk menghambakan diri kepadamu ibu dan ayah, kerana diriku hanyalah hamba kepada Tuhan yang menciptakanku dan Tuhan yang telah memberikan seluruh kasih dan sayangNya kepadiriku selama ini.

Ibu dan ayah yang ku sayangi, apa yang diriku lakukan kepadamu hanyalah kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim dan Ya Wadud. Sesungguhnya ibu dan ayah yang ku kasihi, kasih sayangmu, cintamu, perlindunganmu, pemberianmu dan perhatianmu selama ini kepada diriku adalah sesungguhnya kasih dan sayang Ya Rahman dan Rahim, cinta Ya Wadud, perlindungan dari Ya Hafidz, Keperihatinan dari Ya Muhaimin kepadiriku. Oleh itu diriku harus membalas segala anugerah Allah itu dengan taat dan patuh kepadaNya dengan sepenuh hatiku.

Maafkanku ibu dan ayah yang ku sayangi, diriku tidak mampu mengasihimu melebihi Tuhanku kerana Dia menyayangiku setiap masa, ketika diriku comel dan cantik dan ketika diriku cacat. Ketika ibu dan ayah mungkin tidak menyukaiku, Dia Ya Rahman Ya Rahim tetap menyukaiku dan sentiasa membimbingku. Dia mencintai dan menyayangiku dan sentiasa mengurus diriku ketika ibu dan ayah terlalu sibuk dengan tugas harian dan mungkin akan melupaiku satu ketika nanti, ketika ibu dan ayah sudah tidak merasa diriku penting lagi kerana tidak mampu menjadi pelajar cemerlang yang ibu dan ayah idamkan, tetapi Dia Ya Wadud yang Maha Pencinta tetap mencintaiku dari dunia hingga akhirat walau bagaimana keadaanku sekalipun, walaupun diriku berjaya atau gagal dalam pelajaranku.

Namun ibu dan ayah yang ku sayangi, diriku tetap menyayangimu berdua kerana ibu telah sanggup berkorban untuk mengandung dan melahirkanku dengan bantuan Ar Rahman Yang Maha Pengasih dan
Ar Rahim Yang Maha Penyayang serta Ya Aziz Yang Maha Kuat, dan ayah sanggup bersusah payah mencari rezeki dari Ya Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki untuk membesarkan dan melindungiku dengan sifat Ya Muhaimin Yang Maha Melindungi selama ini.

Ibu dan ayah yang ku sayangi, sedarlah bahawa diriku hanya diutuskan oleh Allah di dunia ini untuk mengabdikan diri kepadaNya, memuji kebesaranNya dan mensyukuri nikmatNya yang melimpah ruah. Daku harus membalas cinta kepadaNya dengan berbuat baik kepada ibu dan ayah, tetapi segalanya ku lakukan demi kerana Ya Rahman Ya Rahim.

Oleh itu Ibu dan ayah yang ku sayangi, sesungguhnya kita ini diciptakan oleh Ya Malik dan dipunyai olehNya dan kita akan kembali kepada Ya Mu’id Yang Mengembalikan dan Dia Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan menghitung setiap perbuatan kita didunia ini untuk diberikan balasan di akhirat nanti. Oleh itu ibu dan ayahku, marilah kita bersama-sama berjalan diatas permaidani makrifatullah dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Dia Ya Rahman dan Ya Rahim sentiasa menyayangi dan mengasihi kita dan mengikut petunjuk Ya Haadi yang sentiasa memberi petunjuk dan membimbing kita.


Ya Allah ya Tuhan yang menciptakan Kami, sesungguhnya kami berkumpul disini adalah semata2 untuk mengabdikan diri kepada Mu. Ya Allah kami sedar yang sesungguhnya kami dahulunya tiada, dan Engkau lah menciptakan kami dengan penuh kesempurnaan dan mengajarkan kami sesuatu yang kami tidak mengetahui dan memberikan kami segala jenis rezeki yang kami sendiri tidak mampu untuk mengadakannya untuk kami gunakan didunia ini sebagai pengabdian kepada Mu dan menjalankan amanah Khalifah di bumi ini.

Ya Allah kami sedar kami adalah hambaMu yang diwujudkan didunia ini hanyalah untuk taat dan patuh kepadaMu sepertimana taat dan patuhnya matahari, bulan dan bintang yang tidak pernah mengerti erti keengkaran dan kemungkaran. Namun kami ya Allah seringkali lalai dan mengikut hawa nasfu kami dan lalai dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu walaupun Engkau telah memberi kesempurnaan didalam penciptaan kami ini ya Allah. Ya Allah, kini kami sedar yang kami wajib taat kepada perintahMu, kami sedar terlalu banyak dosa dan kemungkaran yang telah kami lakukan sehingga hari ini, namun Ya Allah, kami sedar Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, oleh itu ampunilah dosa2 kami, ketelanjuran kami dan kejahilan kami.

Ya Allah, kami sedar dan yakin kematian itu amat benar dan dekat, balasan kubur itu benar, timbangan amal itu benar, syurga dan neraka Mu adalah benar sekali, tidak ada sedikit keraguan sekalipun ya Allah.

Ya Allah yang Maha Pengasih, kami sedar kebaikan dan kebajikan kami terlalu sedikit untuk melayakkan kami kesyurgaMu, namun Ya Allah yang Maha Keras SiksaanNya, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung siksa azab nerakaMu yang tidak terperi yang mana azab paling ringan adalah apabila dipakaikan selipar neraka, maka menggelegak otak kami ya Allah. Ampunilah, ampunilah, ampunilah ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun. Berilah kami rahmat dan kasihsayangMu dan izinkanlah kami berjumpa dengan Mu disyurgaMu ya Allah kerana itulah saat2 yang paling bahagia yang dikurniakan kepada seorang hamba apabila kami dapat dipertemukan dengan Engkau ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, Berkuasa, Maha Pelindung, lagi Maha Pengasih, penyayang dan Maha Pengampun.

Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, sesungguhnya segala yang berada dilangit dan dibumi adalah milikMu, hatta kami juga adalah milikMu, ibubapa kami adalah milikMu, rakan2 kami adalah milikMu, segala apa yg ada pada tubuh badan kami adalah milikMu semuanya Ya Allah, kepandaian yang Engkau anugerahkan, udara yang kami sedut, bumi yg teguh tempat kami berpijak, matahari yg sentiasa bersinar memberikan tenaga cahaya, buah-buahan yang lazat, wang ringgit yang Engkau berikan dan kemudahan2 yang telah Engkau sediakan buat kami sebagai amanah yang seharusnya kami gunakan untuk beribadat kepada Mu, menjadi hambaMu yang taat, semuanya milikMu dan hakMu semata-mata.

Namun ya Allah, kadang2 kami terlanjur kerana mengikut hawa nafsu kami, kami tertipu dengan bisikan syaitan yang berupa jin dan manusia yang banyak membuatkan kami lupa dan lalai, lupa dari mana kami datang, siapa yang menciptakan kami, untuk apa kami dicipta oleh Mu ya Allah dan kemana kesudahan kehidupan ini. Sesungguhnya ya Allah, kami sedar kami hanya hambaMu yang tidak punya apa kecuali yg Engkau kurniakan kepada kami untuk kami taat kepada perintahMu dan menjauhi daripada laranganMu. Ya Allah, sesungguhnya kami amat lemah dan selalu lalai dan memerlukan bantuan dan bimbinganMu, maka bimbinglah kami ya Allah, Tuhan yang Maha Pembimbing dan Penolong, tolonglah kami ya Allah, jadikanlah kami ini hambaMu yang taat, anak yang soleh, pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat dan manusia yang berguna dan beramanah.

Ya Allah, sesungguhnya kami semua akan kembali mengadapMu satu hari nanti dan sesungguhnya pertemuan denganMu adalah benar, syurga dan neraka itu benar, hari kiamat itu benar, kematian dan siksa kubur itu benar. Dan Ya Allah, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung siksa azabMu yang amat pedih dan kami juga sedar kami tidak layak menjadi ahli syurgaMu ya Allah, tetapi kami yakin dengan sifat Maha Pengampun dan Maha PenyayangMu Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami dan sesungguhnya kami bertaubat kepada Mu dengan sebenar2 taubat. Ampunilah juga dosa kedua ibubapa kami, adik beradik kami, sanak saudara kami dan sabahat andai kami dan rahmatilah kami semua. Kami ingin mengucapkan terima kasih kami kepada Rasulullah yang telah berkorban agar kami dapat menikmati nikmat Islam dan Iman ini pada hari ini.

Ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, hari ini kami benar2 insaf dan sedar akan siapa diri kami, kenapa kami berada disini dan kemana akhirnya kehidupan ini. Oleh itu ya Allah, Engkau kekalkanlah hidayah dan petunjukMu ini didalam hatiku sehingga Akhir hayat kami, dan Engkau berilah kekuatan kepada kami untuk kembali melaksanakan ketaatan kepadaMu dan menjadi hambaMu yang sejati serta melaksanakan perintahMu sebagai wanita yang solehah/lelaki yang solehah yang menghormati suami/isteri kami, ibubapa kami, mengasihi anak-anak kami, saudara mara kami, rakan2 kami dan masyarakat kami.

Ahad, Ogos 23, 2009

Kita bertemu kembali...


Salam Ramadhan...

Rasanya masih lagi segar dalam ingatan segala kenangan2 kita genap setahun lalu. Saya cukup ingat apa yang saya rasa, apa yang saya buat ketika itu. Rasanya terlalu sekejap masa berlalu, kita berpisah dan kini bertemu kembali...

Selamat bertemu kembali Ya Ramadhan Karim...

Walaupun persiapan saya tidak seberapa, tapi kita tetap bertemu. Alhamdulillah. Dan hari ini sudah 2 hari kita bersama. Saya sentiasa berdoa moga saya sentiasa istiqamah meraikan dan menghargai saat2 yang saya lalui kini. Takut rasanya andai saya lalai dan leka, takut rasanya andai saya bermaksiat tanpa sedar. Saya terlalu takut, dan saya akan berhati2. InsyaAllah.

Akan saya isi masa2 kita bersama dengan sebaiknya, moga ia bukan hanya saat mengosongkan perut, tapi ia juga merupakan saat2 indah saya merasai kenikmatan dan kelazatan cinta yang Agung lagi Yang Esa...terasa enak di tekak rohani...terasa kenyang di minda ni. Alhamdulillah....

Saya akan hargai saat ini. Tak dapat saya gambarkan betapa indah dan bahagianya perasaan saya saat ini. Saya berdoa moga keindahan dan bahagia yang membuahkan ketenangan ini kekal dan istiqamah dalam sebulan ini dan kekal membawa ke bulan2 lainnya hingga nanti kita bertemu kembali.....

Indahnya bernafas dalam bulan yang penuh keberkatan...tak kan saya tahan air mata gembira ini yang jatuh saat saya berkhalwat di malam2 kita...

p/s: SELAMAT MENGIMARAHKAN BULAN YANG PENUH KEBERKAHAN INI. JANGAN SIA2KAN RUANG YANG DIBERI ALLAH PADA KITA. JANGAN JADI HAMBA RAMADHAN, TAPI KEJARLAH REDHA ALLAH DALAM MENJADI HAMBA NYA.

Selasa, Julai 21, 2009

Kita tengok siapa yang kena……

Tafkhimul ibadah (membesar – besarkan ibadah)

Ketika kita khusyuk bersolat, tiba2 terdetik di dalam hati
‘hebatnya aku solat hari ini, khusyuk dan bersungguh2’.
Terditik lagi..
‘aku sentiasa khusyuk solat, tekun berpuasa, rajin mengeluarkan zakat dan sedekah’
Terdetik lagi….
‘kamu benar2 orang yang sangat baik..agar kamu tidak jemu beribadah, bersenang2 lah untuk beberapa ketika. Janganlah terlalu membebani dirimu dengan terlalu banyak beribadah’

Jika kita mengiyakan apa yang dibisikkan dan merasa puas dengan apa yang telah dilakukan......

p/s: “Kita tengok, siapa yang kena!”

Akibat tafkhimul ibadah

1. Malas beribadah
=>> bisikkan datang lagi, makin kuat dari hari ke hari. Akhirnya orang yang rajin beribadah meniggalkan sedikit demi sedikit amalan2 nya

2. Mengurangi ketaatannya kepada Allah
=>> suatu ketaatan itu adalah indah; mengerjakan amalan kebajikan semata2 hanya mengharap redha Allah; bila diri merasa tidak dapat menunaikan hak2 Allah secara sempurna walaupun setelah banyak beribadah dan bekerja untuk Islam. Tapi akhirnya ianya digantikan dengan perasaan merasa diri telah banyak beribadah pada Allah dan merasa diri layak masuk ke syurga; hati makin lalai dengan bisikan2 indah.

3. Memperolehi murka Allah
=>> akibatnya......” ‘seseorang tidak akan selamat dari seksa neraka kerana amalnya’, ‘tidak anda juga ya Rasulullah?’. Tanya para sahabat. ‘Ya, tidak juga saya. Kecuali jika Allah melimpahkan rahmat-Nya pada saya’ “ (HR Bukhari dan Muslim )

Siapa kenakan siapa?

Semasa kecil selepas suatu ketika ayah (Ba) saya balik dari pengajian kitab, dia selalu bermain dengan kami ‘tangkap2’. Slogannya, ‘pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk’..kemudian bila Ba dapat tangkap salah seorang dari kami, dia akan gelak kuat2. Ketika itu saya tidak faham satu apa pun perkataan yang dia ucapkan. Walaupun saya tahu Ba amat terkesan dengan kuliah pengajian kitab tersebut. Dan Ba akan gigit kami sampai berbekas dan katanya, supaya kami tak diganggu dengan hantu...ha ha ha....kelakar?..

Itu dulu, saat semuanya tak mampu diertikan dengan akal yang kecil. Tapi setelah saya juga turut mendengar kuliah pengajian kitab. Saya sedar apa yang dimaksudkan oleh Ba. Pelanduk adalah kita manusia yang sering lalai...leka..macam insan2 yang tertipu dengan tafkhimul ibadah di atas. Kita lupa, kita ujub pada diri. Kita lupa pasangan penciptaan kita adalah syaitan dan iblis yang sentiasa ingin menjerat kita bila2 masa. Jerat adalah iblis syaitan yang sentiasa cuba berusaha menipu kita dari sebesar2 maksiat hingga lah sehalus2 hasutan. Mereka menampakkan keburukkan itu indah di mata kita, dan memburukkan kebaikan yang ada di depan kita...

p/s: dalam banyak2 panah yang dilepaskan dalam satu tembakan, mampu kita pastikan tiada satu pun terkena pada kita?...Istighfar dan selawatlah pada Nabi sebanyaknya... [pernah tengok iklan DIGI? Apa macam?]

Rujukan: Panduan membuat pilihan. Penerbitan Darul Nu’man. Mohammad Isa Selamat.

Selasa, Julai 07, 2009

Mencari makna sebuah penulisan..

Pada 2julai lalu hingga semalam 5julai, Alhamdulillah saya berkesempatan pulang ke kampung halaman. Dengan niat untuk bertemu keluarga dan beroleh pahala ‘free’, saya usung diri dalam rencam kehidupan harian keluarga yang lama saya tinggalkan. Semenjak Januari yang lepas, saya cuba istiqamahkan diri untuk pulang ke kampung halaman sebulan sekali. Semuanya demi sebuah masa depan akhirat yang jauh lagi panjang. Membaca buku “Cinta di rumah Imam Hassan Al Banna” benar2 membuatkan saya berfikir ke belakang. Betapa saya banyak membelakangkan keluarga ketika usia saya beranjak dewasa. Itulah ‘turning point’ terbesar dalam hidup saya.


Sepanjang di kampung, hati dan fikiran saya tidak sudah2 terfikir tentang laman sesawang saya ini yang agak bersawang. Walaupun penulisan saya bukan penulisan terbaik, tapi saya sedar ini adalah medium dakwah saya yang tidak kalah pentingnya. Walaupun saya tidak mempunyai ‘followers’ yang beribu atau beratus, tapi ada sahabat2 yang masuk yang kadang2 mencari diri di sebalik pengalaman kehidupan yang dicoretkan. JazakaAllah.

Mengulit diri dengan kemesraan keluarga adalah kemanisan yang indah. Hingga kadang2 terlupa pada amanah perjuangan yang saya tinggalkan sebentar di KL. Benarlah kata Imam Hassan Al Banna dalam buku Cinta di Rumah Imam Hassan Al Banna;
“Kami lebih mencintai sahabat2 seperjuangan kami dari keluarga kami kerana keluarga kami hanya akan membawa fitnah pada kami sedang sahabat2 kami sentiasa membawa kami mengingatkan pada akhirat”

Namum, IHAB tetap juga menjadi contoh terbaik dalam menjaga keluarganya. Bayangkan, semua keperluan dapur keluarganya masih lagi dia yang senarai belikan. Lebih bagus lagi setiap bahan yang bermusim keluarannya tidak pernah ketinggalan dibelikan untuk keluarga. Cukup lah Allah dan Rasul Nya menjadi contoh terbaik buat kita, bukan yang lain. Rasullullah sendiri pernah bersabda;
“Aku lah yang paling baik terhadap keluargaku” [maaf, jika tersalah matan. Tak jumpa rujukan]


Blog ini saya buat atas dasar perkongsian rencam kehidupan yang jerih saya lalui untuk sama2 dijadikan teladan buat pembaca. Maka, saya akan cuba mengisinya dengan baik. Apa lagi perkongsian yang dapat saya tagih selain ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan.

p/s: tegurlah jika saya tersalah, kurangkan pujian jika ada yang berkesan di hati. Sedekahkan zikir buat anda dan saya moga kita sama2 saling berukhwah hingga dalam syurga yang penuh nikmat. Ameenn….

Khamis, Mei 28, 2009

...................

Setiap hari yang datang penuh dengan cabaran2nya yang tersendiri. Ada suka ada duka ada riang gembira ada sedih terluka. Segalanya diadun dengan baik dalam sunnatulllah. Di satu sudut dunia sana ada manusia yang gembira dan bahagia, di satu sudut dunia sini pula ada manusia yang sedih berduka. Di benua sana ada manusia yang kelaparan menggigit, di benua ini pula ada menusia mati kekenyangan. Subhanallah, Allahuakbar. Maha Hebat dan Agong nya Allah itu.

seminggu dua ni meriah program dalam jemaah. Kalau tidak bengkel motivasi atau training untuk siapkan diri, pasti ada saja meting2 atau pertemuan2 perbincangan gerak kerja akan datang dan semasa. Massa juga tak kurang hebatnya berantakkan. Pelbagai isu dan peristiwa memenuhi media. Apa yang pasti Malaysia sedang bergerak dan berkembang pesat. Corak dan arah mana, semuanya bergantung pada rakyat Malaysia sendiri.

Jika setiap hari ada saja kes cerai di dalam perkahwinan Islam, adakah negara bergerak ke arah keruntuhan institusi paling teras dalam masyarakat ini?
Jika setiap hari ada saja masalah jenayah luar biasa dalam masyarakat, adakah negara tidak aman lagi?
Jika setiap hari, jiwa2 rakyat Malaysia bangun dari tidur fikirannya penuh dengan masalah2 semalam yang belum selesai, adakah batang tubuh in dapat bekerja dengan baik untuk melaksanakan amanah khalifah yang Allah telah Allah taklifkan?

Berat?!! Berat memikir?!! Letih melihat?!!

Inilah kehidupan..
Kata Imam Hassan Al-Banna, Masa yang kita ada terlalu sedikit berbanding dengan tanggungjawab kita. Oleh itu, siapkanlah diri untuk menghadapi hari2 mu.

Dunia adalah ladang akhirat. Dunia padanya ada keseronokkan dan kesengsaraan. Pasak kan dan yakinkan iman mu hanya pada Allah, pasti akan terbuka dan terlerailah segala kekusutan diri dan jiwa. Jadikan agama sebagai cara hidup mu. Lihatlah peristiwa yang datang dalam episod kehidupan kita semuanya dari Allah. Pandanglah dengan akal dan iman.

Let's strike for the best way of life.

Rabu, Mei 06, 2009

Buat apa?

Alhamdulillah...banyaknya masa hari ni untuk masuk blog kawan2 dan baca ilmu2 baru di internet. Alhamdulillah.

Hujung minggu ni nak balik kg. Nak jumpa mak, ba, adik ummu yang dirindui. Jumpa makcik syikin juga InsyaAllah...hanya teruskan rancangan apa yang dirancang. Mungkin sebagai titik mula atau mungkin kali terakhir. Hasilnya serah pada Allah. Saya serah pada Allah. Nak pos buku pada sahabat yang telah saya beli semasa pesta buku. Banyak yang perlu saya siapkan sebelum masuk minggu depan kerana program motivasi, bengkel motivasi syarikat, gamis dan kerja2 di Mardi akan penuh sehingga hujung bulan ni. Saya juga kena guide student yang akan masuk praktikal di tempat saya selama sebulan. Harapnya semua berjalan dengan baik.

Untuk program terdekat ni saya perlu buat slaid dan jadi panel. Gementar rasa. Kali pertama berada di hadapan. Sejak usia menigkat, saya kurang gemar berada di hadapan ramai. Segan rasa. Pada sahabat2 yang nak jadi fasi untuk program bengkel solat pada 22-24 Mei dan 29-31 Mei ni sila lah bagi nama pada 019-4358727. Ada program yang berbayar dan ada yang perlukan sumbangan ikhlas tenaga sahabat2. 17 Mei juga ada program remaja di Masjid Muhsinin, PJ. Aktiviti bersama masyarakat dan mendekati golongan remaja yang terlibat dalam masalah sosial masa kini. Jangan segan dan malu untuk daftar dan join ye.

PESANAN PADA DIRI
1. Siapkan rohani dan jasmani untuk hadapi sem depan. Siap sedia untuk dipanggil bekerja dalam apa2 bidang pun dan bila2 masa. Sem depan sem kemasukkan.

2. Sentiasa membaca dan menulis untuk kuatkan ilmu, hati dan rohani dalam rangka buat tesis dan sediakan diri untuk bekerja sepenuh masa dalam Islam kerna ujian akan datang bila2 masa.

3. Lakukan kerja semua kerana Allah, jangan mudah mengeluh jika tidak dihargai kerana kerja yang dibuat di dunia ni hanyalah untuk mencari redha Allah.

4. Tenangkanlah hati dan diri dengan zikir, selawat, solat dan al-quran kerana Allah tak pernah siakan hamba Nya.

Isnin, April 27, 2009

HisaBan yaSira....

P/S: dah lama saya nak tulis tentang tajuk ni....

"Bos, kira bape sume makanan ni?" kata abi dalam slag kelantan.
"hmmm, kira RM40 je la" balas pemilik restoran tempat abi makan.Dia hanya jenguk2 saja pinggan2 yang telah licin.
'biar betul, Alhamdulillah..mudahnya urusan, murah rezeki lagi'..kata abi dalam hati.

Kuliah Abi, Bidayatul HidayaH
Setiap maghrib pada minggu2 tertentu abi akan datang UPM bagi pengisian kitab Bidayatul Hidayah. Abi atau nama sebenarnya Ustaz Mohamad Nor Omar (UMNO, huhuhu)adalah guru pondok di seKolah Annuriah Sg Udang SimpNG 4 Melaka. Saya sangat gemarkan kuliah abi sebab abi banyak berkongsi cerita dan kuliah abi sangat santai.

Hari tu, abi buka tajuk berwudhu masuk bab basuh tangan. Dalam amalan imam Al-Ghazali, setiap basuhan anggota tubuh beliau ada bacakan doa. Kebetulan doa basuh tangan sampai ke siku ada menyebut tentang hisab, abi pun bercerita kisah tadi pada kami.

Hisaban yasira...easy inspection
Kata abi, di akhirat nanti kita akan dihisab dengan pelbagai cara dan rupa. Abi misalkan hisaban yasiran macam dalam ceritanya. Jika nak dikira dengan betul, abi ketika itu makan bersama dengan lebih kurang 4 5 orang anak muridnya, dengan lauk yang banyak lagi pelbagai, tak kurang juga ada yang bertambah. Nak ikutkan maunya beratus. Tapi, tauke restoran hanya kira RM40 sahaja. Murah dan mudah sangat cara makanan tu dikira.

Sama juga kata abi, kalau lah kita dalam satu pemeriksaan kastam. Jika kita membeli barang luar, prosedurnya kastam perlu periksa setiap satu barang yang dibeli. Sekecil2 barang hingga sebesar2 barang. Jika kita bernasib baik atau kastam juga ber'mood' baik, senang je kita dilepaskan. Tapi andaikata, kastam ketika itu stret, comfirm habis semua barang kita dipunggah keluar dari kenderaan.

Keadaan di padang Mahsyar yang sedia panas dan sesak pastilah satu suasana yang merumitkan dan memeningkan. Bayangkan berjuta manusia bebaris menunggu perhitungan. (Sedang saya, berhimpit2 dan besesak2 dalam pesta buku baru2 ni pun sangat menyeksakan. Ntah bagaimana di akhirat nanti.) Tentulah amat menyeksakan jika setiap helaian buku catatan kita diperiksa satu persatu, ayat ke ayat, perkataan ke perkataan. Sekecil2 salah kita hinggalah sebesarnya ditanya dan dihitung. MasyaAllah, saya tak dapat banyangkan. 'Aku mohon ampun pada Mu ya Allah..mudahkan urusan ku di sana nanti' Lain cerita dan rasanya jika saat kita dihisab dengan hisaban yasira.

Dalam Al-Quran ada diceritakan golongan ashabul yamin adalah golongan dimudahkan urusan mereka di akhirat. Ashabul yamin adalah golongan yang sangat beruntung dan hebat pada saya. Moga saya dan semua berusaha menjadi golongan ni. InsyaAllah.

Setiap hari adalah muhasabah
Sejak kuliah abi hari tu, saya sentiasa azamkan diri untuk terus istiqamah dalam jalan yang terbaik dalam amalan dan akhlak saya buat bekal saya ke negara akhirat yang PASTI. Alhamdulillah, semoga kita sama2 istiqamah dalam jalan kebaikan dan perjuangan demi sebuah hidup yang kekal di sana.

Saya masih ingat bagaimana saya disoal oleh trafik dalam satu siri raodblock. Ngeri dan resah dibuatnya. Marilah kita berdoa moga urusan kita di sana dimudahkan kerana pasti kita tak tertanggung siksanya. Azab Allah sangat keras pada hamba2 NYa yang ingkar. Na'uzubillah.

Jumaat, April 24, 2009

MaHaLnya PeLuanG Ke-2

bismillahirrahmanirrahim...
dengan masa yang masih berbaki 20 minit saya cuba manfaatkan buat diri dan sahabat2 yang sentiasa mengunjungi...
***************************************

"jadi tambah sem la?..brape subjek lagi tak habis?" tanya kerani di fakulti ketika saya hantar borang untuk submit tajuk projek tahun akhir.
"subjek dah habis, projek saya yang saya ulang"...
hmmm..kakak kerani hanya geleng kepala.."sayangnya, bayar yuran sama mahal juga macam pelajar biasa..."
saya faham maksud kakak tu. dia tahu kedudukan kewangan saya selama ini.
saya hanya diam dan tersenyum...mahalnya mengulang peluang kedua...

**********************************

"nor, macam mana dengan pokok terung Dr? ok tak?" tanya kak najah yang pernah menjadi assistant Dr Abd Rahaman sebelum saya.
"ok ja. nape kak?"
"nape akak tengok banyak yang kuning?"
"kena serang dengan mite. saya dah sembur racun tapi tak elok.."
"nor, pokok tu kena jaga elok2 tau. sebab, nematod akan makan akar dia, jadi kalu atas pun tak sihat, macam mana nak bagi makan pada nematod tu? akar tak kuat, nematod makan di akar..jaga elok2 nor.."
saya kurang sedar perkara itu. sebelum ni saya rasa saya cukup sayang dan jaga pokok2 tu dengan baik, rupanya masih kurang penjagaan saya...
saya turun ke glasshouse ketika itu juga, saya periksa semua pokok dan saya lihat banyak daun yang layu dan luruh sebab diserang mite(labah2 pokok)...

hati saya jadi sedih, saya teringat kembali pokok2 rosel saya yang mati ketika projek tahun akhir. saya takut, saya fobia dan saya menangis...letih sangat bila sedih, tapi saya gagah juga gemburkan tanah dalam pasu dan bajakan pokok.
selasai kerja, saya ke surau. Berjumpa dengan kawan sekerja saya luahkan rasa, dia cuba tenangkan saya.
Dia cadangkan saya maklumkan perkara tersebut kepada pihak atasan kerana bimbang akan berlaku salah faham nanti. saya terus hubungi k.najah dan berbincang dengannya. sekali lagi saya hiba kerana pokok jagaan saya mati di tangan saya. k.najah hanya diam. saya tak mampu nak jumpa Dr, hanya sampaikan pesan pada k.najah. akhirnya, Dr telah membeli pokok baru semata2 ingin mengantikan pokok terungnya yang mati..masyaAllah, saya susahkan dia lagi.....mahalnya ulangan kali kedua..
********************************************************

konklusinya, hidup bukan satu kebetulan..kita perlu bekerja keras dan betul untuk menghargai apa yang ada di tangan pada saat itu dan ketika itu. perkara ini ada dinyatakan dalan hadith nabi S.A.W. 'Beramallah seolah2 kau akan mati esok hari'. namun Allah terlalu pemurah, disediakan peluang kedua. namun ada harga yang perlu dibayar untuk itu...bersediakah kita?

Khamis, April 09, 2009

Antara air mata dosa dengan air mata taqwa....

Seusai petang itu, saya balik ke rumah dengan mata berbalam merah dan bengkak. Biasa la, ratu air mata. Dari dulu hingga sekarang, itulah saya. Pintu rumah dibuka dan housemate sorang ni dah tercangok depan pintu. Wajahnya kelihatan pelik, tapi buat biasa saja. Rasanya ahli bait memang dah masak dengan perangai saya yang suka menangis...

Alhamdulillah, malam tu agak kosong jadual harian saya. Duduk2 berehat dengan seorang sahabiah yang memang baik dengan saya, saya meluahkan apa yang ditanggung hati dan badan. Dia tenung lama wajah saya antara percaya dengan tidak apa yang saya cerita..
Tanpa banyak mengulas, dia berkata

"Sudah2 lah kak. Semua tu dunia saja. Jangan sia2 kan air mata akak. Dari akak menangis sebab dunia lebih baik lah akak menangis kerana kenangkan dosa."...

Dalam sesi yang lain, seorang sahabat juga ada berpesan:

"Semua tu ujian je kak. Kita senang pun ujian Allah, nak tengok kita lupa Dia atau tak. Kalu kita susahpun ujian juga, Dia nak tengok kita ni ikhlas tak beriman dengan Dia".....Dalam hadith Nabi ada menyebutkan antara mata yang tidak dibakar di akhirat kelak adalah mata yang menangis kerana takutkan dosa. Saya menilai kembali tangisan2 saya sebelum ini. Saya banyak menangis, saya suka menangis kerana itulah antara terapi saya tenangkan diri. Tapi adakah semua tangisan saya itu berguna dan dinilai di sisi Allah?

Banyak manusia yang susah menangis, tapi bila sampai pada satu tahap perasaan dan emosi, manusia akan menangis. Tak kisah lah, kerana kecewa ke, kerana kepayahan hidup, kerana kesakitan, kerana dan kerana dan kerana.....1001 sebab. Tapi adakah air mata itu kerana akhirnya takutkan dosa kepada Allah?

Saya pernah membaca kisah seorang ahli sufi yang selalu berdoa pada Allah, mengharapkan dia sentiasa redha dan sabar dengan ujian Allah kepadanya. Dia takut andai dia menangis atau kesedihan ketika diuji seolah2 dia tidak redha dengan ujian Allah padanya.

Air mata yang jatuh kerana takutkan api neraka bakal memadamkan api neraka..
Air mata yang jatuh kerana kesusahan hidup mungkin boleh menarik simpati manusia..
Air mata yang jatuh kerana putus bercinta mungkin boleh menenangkan jiwa...
TAPI
Air mata yang jatuh kerana semua perkara dunia ini adakah boleh dibawa ke akhirat?..

Sesungguhnya perjalanan kehidupan seorang musafir di dunia ini amat panjang dan melelahkan..sebelum menghadapi kembara yang lebih panjang pada hari berbangkit nanti. Jadi simpan lah sebanyak mungkin air mata taqwa dari sekarang sebagai bekal dahaga pahala semasa penghisaban..

Sama2 kita muhasabah diri dan hati...
Kerana kata Allah...
"Tempat Aku di dunia ini adalah di dalam hati2 hamba KU"....

Ya Allah Wahai Tuhan ku..Engkau menciptakan aku dengan penuh kelemahan dan kehinaan, maka didiklah aku menjadi insan mulia, sayangilah aku menjadi insan berguna dan cintailah aku dalam jalan perjuangan yang melelahkan ini...amen..

Isnin, Mac 30, 2009

Nor Aina indah namamu..

Tak berkelip mata dia memandangku. Sahabat2 yang lain juga jadi hairan melihat tingkahnya. sedang aku jadi malu sendiri. Apa lagi mahunya? Aku dah sapa, senyum pun sudah. Hmmmm....kenapanya. Susahla nak mengajar macam ni...

Aku cuba cool kan diri. Ye la, bukan laki pun yang renung hang tu. Budak perempuan pun. Baru 11 tahun jer. Tak sangka, program Ahad tadi betul2 berbekas dalam hati. Malam jumaat tu masa dapat call dari yusri ajak meting untuk program Faqih, aku agak melenting juga. Ye la, program nak buat hari ahad, boleh baru nak meting hari jumaat malam. Ahli syarikat yang lain pun terasa begitu. Rasanya lah. Setelah meting panas sejuk malam tu, kami decided Mohsein yang jadi pembentang. Eja cari fasi, dan aku..huhu..relaks sebelum program.

Kem Bestari Solat di Balai Bomba Jalan Chow Kit. hmmm..tempat paling seram aku nak pi. Sapa tak kenal jalan Chow Kit kat KL ni. Ada saja label negetif pada sapa yang jarang2 kenal tempat tu. Selain tempat shopping, buah pun banyak, "ayam malam" pun banyak, "orang hilang jantina" pun banyak...fuh!

Tapi bila dah datang dengan niat yang baik pasti lah Allah tak sia2 kan tujuan yang baik. Program sehari ni sangat mencabar. Dengan kemudahan dan ruang yang terhad, kami perlu betul2 pandai gunakan ruang dan peluang yang ada.

Mungkin taqdir aku dengan Aina ni panjang, aku terpilih jadi fasi yang akan conduct bengkel solat untuk kumpulannya. Betul2 menguji kesabaran dan keimanan. Nak cerita betapa nakalnya aina ni sampai aku kena peluk dia kuat dan bisik kat telinga dia 'aina, jangan susahkan ustazah yer. kesian kawan2 kamu, diaorang pun nak belajar juga.'..dan akhirnya dia hanya tunduk diam. Tidak seaktif tadi,dia tahu aku marah jika dia tak dengar cakap, tapi masih juga nakal. Ye la, nama pun kanak2..

Setelah habis program, dia lah antara kanak2 yang palik rapat dengan aku. Seusai semua aktiviti, ada seorang pegawai yang datang berbisik, 'bagus kalau ustazah dapat rapat dengan aina. Dia anak yang kurang perhatian, hinggakan program hari tu pun dia sendiri yang daftar diri sendiri dengan duit yang dia cari sendiri.' MasyaALLAH, terpaku aku dengar. Sayunya hati mendengar kisah aina. Kanak2 sekecil itu (walaupun bertubuh besar) dah terpaksa fikir tentang diri sendiri sedang buruk baik sesuatu perkara pun dia tak dapat nak beza dengan baik. Sedihnya.

Sebelum balik sempat juga melawat Hazirah yang xcident di HKL. Sebelah dengan Chow Kit jer pun. Memula tu nervous juga nak masuk hospital ni. Rasa macam orang sakit jer. Tapi dah masuk wad pesakit jadi insaf sendiri. Macam mana lah kalau aku yang dok atas katil pesakit tu yer...

Tengok Hazirah, hati jadi cemburu. Hebatnya dia Allah uji dia macam tu. Tengok mak dia pun ada jaga dia masa tu. Tabah betul makcik ni. Steady ja anak dia sakit. Siap mind setting positif lagi. Dia kata sikit jer ni..(patah tulang kaki dan rahang jatuh tuuu) fuh!..Hebat la. Sememangnya ujian Allah ni cukup padan dengan hamba yang DIA pilih. Semestinya hambanya itu mampu tanggung ujian yang DIA bagi....Cuma yang sedihnya, adik2 muslimin ni memang aku tak faham. Aurat sahabiah yang sorang ni tak dapat dijaga dengan baik masa ni, ye la dengan kaki kena gantung, rahang nak kena tengok selalu tak dapat la nak pakai tudung, bole la plak datang melawat. Tak kan la tak mau jaga maruah sahabat sendiri. Dah bagitau jangan melawat bukan bermakna muslimat tak suka hampa mai. Nak jaga aurat ja. Malu la.

p/s: kadang2 kita tak tau apa Allah nak bagi pada kita. I wonder, how's Bukit Gantang n Bukit Selambau election? Hope we get the best what we deserve for.

Rabu, Mac 25, 2009

Bangkai itu.....

Pernah jumpa bangkai tak?
ha'ah, yang bau busuk tu....

Semenjak menjadi pengguna tetap jalan - jalan raya di Malaysia ni aku sering kali juga berjumpa dengan bangkai yang syahid tepi jalan. Biasanya yang jadi mangsa adalah haiwan2 kecil. Anjing ka, tenggling ka, anjing ka.

Bukan apa, cerita tentang bangkai ni. Aku ni agak loya dengan bau darah yang datang dari sumber yang tak diketahui. Aku pernah terpaksa berhentikan motor di tepi jalan sebab rasa nak muntah terbau bangkai dan melihatnya pada pertama kali. Loya tekak rasanya. Siap dengan darah yang mengalir pula....masyaALLAH, aku memang nak muntah. Kalau silap hari bulan jumpa yang dah berulat tu, lagi la.....

Bangkai.....
Semua orang tak suka kan....
Ada ker orang pi duduk tercangok depan bangkai lama2 nak tengok?....
huh, tabik spring la kat orang tu....

Bangkai....
Bau dia busuk kan......
Teringat hadith nabi bila Baginda tengok seekor bangkai keldai yang dibuang tuannya....
Baginda ibaratkan nikmat dunia ni macam bangkai tu dan malah lebih hina....
Lagi satu Haith Baginda....
Baginda ibaratkan dosa dan maksiat yang dibuat berulang kali tu ibarat bangkai.....
MasyaALLAH......jauhkanlah kami dari terpesona dengan nikmat dunia
Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari maksiat dan dosa yang menipu kami dan amalan kami....
Na'uzubillah......

Teringat hari Khamis minggu lepas,
Kebetulan ada binatang yang mati kena langgar....
Aku kalu ddari jauh lagi dah nampak, comfirm aku prepare awal2 tengok tempat lain dan tahan nafas bila nak lalu......tak mau terlibat dengan bau dan kelibatnya...
Tapi perkara yang betul2 menjadi tarbiyahnya,
aku terpaksa berulang kali lalu kawasan yang sama sebab ada urusan yang tak dapat nak elak........huhuhu....mau nangis...
Dari situ dapt koreksi diri....macam ni lah aku kalu aku buat maksiat dan dosa...
sapa pun xmau pandang...sapa pun xmau dekat.....

Bangkai itu....
dia ni makhluk Allah.....bukan boleh dihina walaupun dicipta dalam keadaan terhina....
kita Makhluk Allah.....akan lebih terhina dari bangkai jika kita hilangkan Islam dan penghayatannya alam hidup

p/s: sudah2 la hisyamuddin angkat keris....jangan cerita tentang ketuanan bangsa dan petualang negara kalau hidup.........(sendiri mau sambung la).....

Rabu, Februari 25, 2009

Apa di hatimu? Pujuklah hatimu sayang...

Dengar ikim.fm.[memang hantu radio pun, xbole diam kalu xda radio =)] Ada nasyid tentang keluarga bahagia. Cair hati dengar,pilu syahdu, sendu, pendek kata lembut lentuk hati. Hmmmmm....aku kena kuat ni..

Kadang – kadang selalu fikir kenapa aku masih belum berkeluarga? Kawan – kawan dah ramai yang dapat anak. Ada suami, ada keluarga sendiri. Mesti buat kerja lebih tekun dan fokus. Fikirku...
Pujuklah hatimu sayang...aku kembali rasional. Kenapa aku selalu bertanya begini pada diri? Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah. Aku sudah cukup berusaha. Sabar dan tawakallah sayang. Pujuklah hatimu sayang...
Tanya diri, tanya hati.
Adakah landasan perkahwinan yang kau idamkan itu kau sandarkan pada Allah dan Rasul Nya? Adakah kau ingin membina keluarga kerana ia adalah saranan Sunah Rasul mu?
Kerana ingin mendapat syafaat nanti dari Rasulmu?
Kerana kau benar ikhlas penuhi tuntutan Islam itu?
Atau kerana kau hanya ingin bahagiakan hatimu?
Atau kerana kau hanya ingin puaskan nafsumu?
Atau kau hanya ingin lengkapkan perjalanan hidupmu?
Adakah kau ingin berkeluarga kerana kau sudah cukup usaha membina fardhi muslimmu?
Ataukah hanya kerana sudah penat hidup sendiri tanpa teman di malam hari?
Sudah cukup persoalan di atas untuk kau tanya diri..sudah!!
Mengeluh bukan sifatmu, bukan sifat mukminmu...kerana hidup ini terlalu indah untuk kau kesalkan!!

Pujuklah hatimu sayang...
Tanya diri, tanya hati.
Hidup selalu dalam kekurangan. Tidak cukup wang perbelanjaan, tidak cukup masa untuk rehat, tidak cukup wang dan masa untuk makan apa yang diinginkan, tidak selesa tinggal di rumah yang serba kekurangan, tiada orang yang ingin memahami diri, tiada.....tiada.....tidak.......tidak.....tidak itu...tidak ini....tiada itu....tiada ini....mengeluh, mengeluh dan mengeluhlah lagi....moga kau jauh dari laknat Allah dan makhluknya.. walaupun kau hanya mengeluh di dalam hati!!
Na’uzubillah. Pujuklah hatimu sayang....
Tanya diri, tanya hati.
Adakah semua yang kau keluhkan itu kerana Allah, Rasul dan Islam yang kau cinta?
Benarkah kau cintakan Allah,Rasul dan Islam seperti yang kau sebut itu?
Benarkah kau tidak cukup wang perbelanjaan untuk Islam dan kerjanya?
Atau kau lebih banyak belanjakan wang untuk hidup peribadimu yang semusim singkat ini?
Benarkah kau tidak cukup itu dan ini, tiada itu dan ini kerana kau perlukannya demi Allah, Rasul dan Islam mu?

Sudah! Cukuplah!

Katakan begini pada dirimu...
Katakan begini tika kau berdoa pada Allah.. Islam itu indah..
Aku juga ingin indah seperti indahnya Islam..
Islam itu menuntut kebersihan..
Aku perlu untuk hidupku selalu bersih dan terurus..
Islam itu mulia..
Aku juga perlu semungkin boleh menjadi terbaik dalam semua perkara yang aku lakukan..
Maruah Islam di tanganku, akademikku perlu cemerlang
Tamsilan Islam dilihat pada ku, aku perlu berakhlak mulia
Kerja Islam terlalu banyak untuk aku kerjakan, jadi aku perlu sihat dan kuatkan jasad Diriku sayang..
Pujuklah hatimu dengan Islam yang tinggi..
Pujuklah hatimu dengan nikmat akhirat yang terlalu indah, lazat, nikmat dan bahagia
Pujuklah hatimu dengan azab akhirat yang terlalu dahsyat, sengsara, ganas, perit, sakit
Ingatlah hatiku,
Sakit, penat, lelah dan letih, sedih dan pedih ini hanya sementara..
Terlalu ringan dan sedikit berbanding hari akhirat nanti..

Pujuklah hatimu sayang.

Selasa, Februari 24, 2009

SAHABAT...

DI DALAM BERSAHABAT.. ...


Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab
punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita &
sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang,
isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain
walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.

Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa
memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungannya dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di
hati.
Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti
hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap
org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12
. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan
diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan
sebagainya. Bangga diri
tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini
bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al
Quran."

Khamis, Februari 12, 2009

First Time Story.......what?

Setiap perjalanan kehidupan mesti ada titik permulaannya kan....hari demi hari berganti membawa bersama usia yang bertambah, tenaga yang berkurang, minda yang mencapah kembang,peristiwa yang menjadi memori...pendek kata, the old one still remain in mind and heart, but the next level will always come what ever happen ...falsafah sendiri la tu....

Cerita tentang firt time...setiap orang mesti ada kenangannya yang tersendiri...

1. First time makan kat restoran mahal (harga makanan lebih dari RM5, bagi aku mahal la tu...dah tu makan mee je pun)
>> Noodle Station...pernah dengar? harga makanan area RM7-RM15..aku makan mee soup dan teh ais (bahasa kampungnya la)

2. First time baca betul2 buku haraki masa tahun pertama sem 2 di universiti. Jalan >> Dakwah: antara keaslian dan penyelewengan. masa tu betul2 insaf dan tekad dalam
hati akn kekal setia dalam harakah...walaupun aku bermasalah macam mana pun dalam harakah ni, aku akan cuba istiqamah...

3. First time bercinta dan putus cinta..
>> hmmm....xda komen. tapi memang sangat berbekas di hati. samapai sempat juga le aku kurus kering..sempat juga la aku 'gila' sekejap...

4. First time beli kasut mahal..(huhu..)
>> Sume beli tahun lepas, tu pun sandle je RM25 jenama Bata...sebelum ni x pernah beli lebih dari RM20...pengalaman...

5. First time ikut tamrin
>> rasa macam nk menangis saja...mmg aku menangis pun walaupun nampak je steady ok... punya la siksa...tapi sebab faham sebab apa aku perlu ikut program tu, semua yang pahit aku telan jer...lepas tu, susah masa tamrin tu la ajaq aku jadi orang yang kuat sehari2 ku di dalam j.

6. First time turun demo.
>> masa tu demo minyak yang terakhir..depan KLCC, masa tu juga la first time kena siram dengan paip bomba. kami kena pegang bennar. k.atirah masa tu suruh muslimat bertahan..punya la bertahan sampai terduduk pegang banner kena simbah air bomba. lencun baju. akhirnya kami bergeak juga sebab keadaan terlalu bahaya sebab dah ada orang kena cota. FRU kejam gile masa tu, laki pompuan sume dia bedal...fuh..kenangan yang indah...(ya Allah bantu lah aku dalam melawan hawa nafsuku, bantulah aku berdiri dalam jalan dakwahmu, ya Allah jauhkanlah aku dari maksiat yang sentiasa cuba merosakkan ku, amin)

"Ya Allah, hanya Engkau miliki hati ini, Engkau telah tulis pada ku jalan hidupku sejak azali lagi. Ya Allah, aku mohon panduan MU dalam kerja buatku, gerak hatiku, pemikiranku, fantasiku, dan setiap gerak lakuku dalam kehidupan. Ya Allah, aku makhlukmu yang lemah. Lemah dan berusaha mendidik nafsu dan hati ku. Ya Allah aku bekerja untuk agama MU demi menghadapi hari2 ku yang sukar di akhirat nanti, kerna itu hanya redha dan maghfirah MU yang aku harapkan.Ameeeen

Isnin, Februari 02, 2009

It all about ATTITUDE!!!

> kalu kedudukan ko jatuh, jangan salah orang lain!!
*sume salah ko sendiri, tak pandai jaga kedudukan ko.. > kalu orang pandang ko selekeh, jangan salahkan orang len!!!
*sume salah ko tak pandai urus diri sendiri!

> kalu ko jatuh dalam jalan perjuangan ni, jangan salahkan orang lain!!
*sume salah ko sendiri, kenapa x istiqamah taqarrub dengan ALLAH?

JALAN PERJUANGAN NI HANYALAH MENCARI REDHA NYA...

Jumaat, Januari 23, 2009

Sebuah perhubungan/interaksi

entah kenapa, aku seperti tak faham tentang hubungan antara manusia..masa kecil - kecil dulu banyak juga belajar tentang hadith menghormati orang lain, tentang bersikap dengan sifat mahmudah, menjauhi mazmumah etc. tapi bila dah besar panjang begini...aku seperti dungu jer...

insiden 1
kul 11.30 pagi, puan fadzillah ajak aku kuar pi jamuan anjuran bahagian kami. tengah naik kereta ada motor depan kami bersuka ria je bawa motor. kami tengah rushing, dia kata kita potong le tapi mesti perlahan..kena jaga hati.
???????????????? aku blur..ok...

insiden 2
en.isa ajak main badminton, satu geng la maksudnya. bahagian kami juga yang akan main pun. aku pun ok. balik keje, kul 6 terus keluar. sampai stadium, mak aih..xda orang perempuan pun...macam mana ni..hmmmmm.....
"en.isa, x pe la. saya balik dulu la. xda orang pompuan la. saya segan."
"kesian kat awak la....xdapat main"
????????????? aku blur.....ok. aku blah je.

insiden 3
cik didi dah banyak kali citer tentang isteri dia yang gigih berniaga. walau hujan, x pernah kisah...dia suruh aku 'main2' dengan isteri dia. dah siap bagi fon nombor lagi tu...hmmm....ok juga. bole kenal orang baru.
tak jadi main badmiinton, aku p uniten cari cik rusminah isteri cik didi. cari gerai 13, datang senyum2...
"tak kenal ke?, anak saudara ni..." dia penin2...beriya dia meneka...beriya juga aku mengiya...huhuhu...kesian aku tengok..huhuhu...akhirnya aku pun cakap aku student praktikal keje sekali dengan cik didi. dia termalu la.hmmm...
terus dia bagi goreng pisang free, aku nak bayar. dia tak bagi. aku pun cari benda len nak beli. dia x bagi. akhirnya aku paksa juga nak beli keropok kering. ok la...
???????????????????????? aku blur, hanya dengan senyuman dan kenalan ringkas, bagi banyak rezeki...

kawan2...
agak2 apa perlu aku sebagai manusia nak berbalas dengan mereka yang hadir dalam hidup aku dan memberi banyak makna? wang tak mungkin jadi pengganti...tak mungkin. mungkin jasa. mungkin budi....
tapi dalam keadaan aku yang kadang sibuk, kurang peka, kurang rasa, feelless, macamner la agaknya untuk terus aku kekalkan hubungan yang dari hari ke hari yang bertambah. yang baru pasti ada, yang lama harus di jaga. tapi mampu kah?.

HEBATNYA ALLAH, SENTIASA MEMBERI, TAK PERNAH LEKA, TAK PERNAH SALAH MEMBERI, TAK PERNAH KURANG PEKA...SEDANG PENGUASAANNYA TERLALU LUAS. sekecil2 makhluk debu sebesar2 galaksi. sume DIA jaga...

SUBHANALLAH......

Rabu, November 12, 2008

Musafir memang memenatkan dan melelahkan

Ku kira - kira, dekat 7 tahun aku di bumi UPM ni. Bila fikir - fikir balik berapa tahun lagi aku 'kena' berada di sini? Bukan tak sayang UPM, tapi bila terlalu lama di sini, aku rasa aku makin 'tepu' di sini. Hati aku terlalu sedih bila dapat tahu aku perlu 'tambah' lagi masa pengajian aku untuk degre ni. MasyaALLAH, hanya KAU saja memahami hati ini.

"Jemaah ini telah berlepas tangan terhadapmu, kerana kau sering zalim terhadapnya. Inilah jalanmu. Hadapilah, jalanilah. Moga ALLAH membasuh dosa - dosamu, moga ALLAH meredhaimu"

Laungan ini selalu terngiang - ngiang di telingaku, walaupun tiada siapa yang menyatakannya, tapi ia sering datang padaku. Aku tehu andai aku sendiri yang bersalah dalam perkara ini. Aku tahu aku yang harus membetulkan dan perbaiki keadaan diri sendiri.

Aku sedih, aku lemah semangat, aku kecewa. Tapi aku tahu aku sendiri yang perlu bertanggungjawab. Ini masalah aku, ini masa depan aku. Aku harus yakin diri. Cuma aku harap..KAU meredhaiku. Kerana aku terlalu fakir untuk memiliki nikmat MU.

'Soleh, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Cuma kau perlu optimis dalam hal ini. Jangan negetif!!!!!!'