Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Selasa, Julai 07, 2009

Mencari makna sebuah penulisan..

Pada 2julai lalu hingga semalam 5julai, Alhamdulillah saya berkesempatan pulang ke kampung halaman. Dengan niat untuk bertemu keluarga dan beroleh pahala ‘free’, saya usung diri dalam rencam kehidupan harian keluarga yang lama saya tinggalkan. Semenjak Januari yang lepas, saya cuba istiqamahkan diri untuk pulang ke kampung halaman sebulan sekali. Semuanya demi sebuah masa depan akhirat yang jauh lagi panjang. Membaca buku “Cinta di rumah Imam Hassan Al Banna” benar2 membuatkan saya berfikir ke belakang. Betapa saya banyak membelakangkan keluarga ketika usia saya beranjak dewasa. Itulah ‘turning point’ terbesar dalam hidup saya.


Sepanjang di kampung, hati dan fikiran saya tidak sudah2 terfikir tentang laman sesawang saya ini yang agak bersawang. Walaupun penulisan saya bukan penulisan terbaik, tapi saya sedar ini adalah medium dakwah saya yang tidak kalah pentingnya. Walaupun saya tidak mempunyai ‘followers’ yang beribu atau beratus, tapi ada sahabat2 yang masuk yang kadang2 mencari diri di sebalik pengalaman kehidupan yang dicoretkan. JazakaAllah.

Mengulit diri dengan kemesraan keluarga adalah kemanisan yang indah. Hingga kadang2 terlupa pada amanah perjuangan yang saya tinggalkan sebentar di KL. Benarlah kata Imam Hassan Al Banna dalam buku Cinta di Rumah Imam Hassan Al Banna;
“Kami lebih mencintai sahabat2 seperjuangan kami dari keluarga kami kerana keluarga kami hanya akan membawa fitnah pada kami sedang sahabat2 kami sentiasa membawa kami mengingatkan pada akhirat”

Namum, IHAB tetap juga menjadi contoh terbaik dalam menjaga keluarganya. Bayangkan, semua keperluan dapur keluarganya masih lagi dia yang senarai belikan. Lebih bagus lagi setiap bahan yang bermusim keluarannya tidak pernah ketinggalan dibelikan untuk keluarga. Cukup lah Allah dan Rasul Nya menjadi contoh terbaik buat kita, bukan yang lain. Rasullullah sendiri pernah bersabda;
“Aku lah yang paling baik terhadap keluargaku” [maaf, jika tersalah matan. Tak jumpa rujukan]


Blog ini saya buat atas dasar perkongsian rencam kehidupan yang jerih saya lalui untuk sama2 dijadikan teladan buat pembaca. Maka, saya akan cuba mengisinya dengan baik. Apa lagi perkongsian yang dapat saya tagih selain ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan.

p/s: tegurlah jika saya tersalah, kurangkan pujian jika ada yang berkesan di hati. Sedekahkan zikir buat anda dan saya moga kita sama2 saling berukhwah hingga dalam syurga yang penuh nikmat. Ameenn….

Tiada ulasan: