Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

PerKonGSian BerSama...

Isnin, September 28, 2009

9 syawal 1430H

Alhamdulillah wa syukurillah, pada Mu owh ya Allah....

Seminggu sebelum lebaran KL dan Selangor dah mula beransur lengang...kedai2 persiapan raya pun galak mengadakan potongan harga barang jualan mereka. Dari gelang tangan raya sampai lah kusyen dan sofa raya...harga barang jatuh merudun macam buah nangka jatuh tergolek..hehehe...masa ni, kalu tanya makcik jual baju kurung raya bape harga dia boleh jual...huh RM25 sepasang pun bole dapat..(anda percaya?...tengok kaki la)...

Kini, dah lebih seminggu raya. Kampus pula mula sesak. Kereta dah mula berasak kat KL ni...bawa motor pun kena jadi 'minah rempit' sikit2..kalu buat loi saja bawa motor, comfirm asyik kena hon saja..huh pantang tengok orang lemah mesti nak buli...terbalik...terbalik.

Jari pun dah penuh cincin...sampai dua. huh rakus betul...mentang2 beli masa harga runtuh!...No komen.

Dunia maya pun saya tinggalkan hampir 2 minggu lebih, berlambak dan sesak lah inbox saya. Join group sana, join group sini, join group situ, join group sinun...huhu...sesak...tapi maklumat pun banyak juga yang dapat.

Apa citer PRK Bagan Pinang?

Seronok dengar, baca, tengok sahabat yang keje dalam PRK ni. Moga ia menjadi mahar semasa mahsyar nanti buat mereka. Amin. Saya nak ikut juga, tapi bila terkenangkan wajah Dr. Rahman Milan dan Dr Ashikin Psyquay...saya sabarkan hati...sikit saja lagi ni...lepas ni buat le pe yang saya suka... Where is my priority?...huhu hehe haha hakhak.....sabar....sabar...

Kak Dayah bagi message, sapa2 nak tolong Bagan Pinang boleh bagi sumbangan pada akaun DMPNS BIMB(Bank Islam) 12010010054755 dan hubungi Puan Noriza 019 2647668. InsyaAllah, moga Allah mudahkan urusan mereka yang dekat tapi jauh dari saya tu....sapa2 yang sudi nak tambah saham akhirat sila silakan lah.

p/s: bukan senang untuk menjadi penuntut ilmu yang benar2 memuliakan ilmu yang dia ada walaupun ilmu itu hanya lah ilmu dunia....inilah jambatan ke akhirat yang agak sukar di capai orang kebanyakkan sekarang...we love to practice but not easy to love the knowlegde inside. (?????)

Ahad, Ogos 23, 2009

Kita bertemu kembali...


Salam Ramadhan...

Rasanya masih lagi segar dalam ingatan segala kenangan2 kita genap setahun lalu. Saya cukup ingat apa yang saya rasa, apa yang saya buat ketika itu. Rasanya terlalu sekejap masa berlalu, kita berpisah dan kini bertemu kembali...

Selamat bertemu kembali Ya Ramadhan Karim...

Walaupun persiapan saya tidak seberapa, tapi kita tetap bertemu. Alhamdulillah. Dan hari ini sudah 2 hari kita bersama. Saya sentiasa berdoa moga saya sentiasa istiqamah meraikan dan menghargai saat2 yang saya lalui kini. Takut rasanya andai saya lalai dan leka, takut rasanya andai saya bermaksiat tanpa sedar. Saya terlalu takut, dan saya akan berhati2. InsyaAllah.

Akan saya isi masa2 kita bersama dengan sebaiknya, moga ia bukan hanya saat mengosongkan perut, tapi ia juga merupakan saat2 indah saya merasai kenikmatan dan kelazatan cinta yang Agung lagi Yang Esa...terasa enak di tekak rohani...terasa kenyang di minda ni. Alhamdulillah....

Saya akan hargai saat ini. Tak dapat saya gambarkan betapa indah dan bahagianya perasaan saya saat ini. Saya berdoa moga keindahan dan bahagia yang membuahkan ketenangan ini kekal dan istiqamah dalam sebulan ini dan kekal membawa ke bulan2 lainnya hingga nanti kita bertemu kembali.....

Indahnya bernafas dalam bulan yang penuh keberkatan...tak kan saya tahan air mata gembira ini yang jatuh saat saya berkhalwat di malam2 kita...

p/s: SELAMAT MENGIMARAHKAN BULAN YANG PENUH KEBERKAHAN INI. JANGAN SIA2KAN RUANG YANG DIBERI ALLAH PADA KITA. JANGAN JADI HAMBA RAMADHAN, TAPI KEJARLAH REDHA ALLAH DALAM MENJADI HAMBA NYA.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Ustaz Asri Ibrahim, Micheal Jackson dan Teoh Beng Hock.

Assalamualaikum.

Anda kenal nama2 di atas? Mesti ada yang kenal antara mereka tu kan. Ye la, 2 orang dari golongan yang popular dengan dunia hiburan dan seorang juga popular dengan dunia politik Malaysia. Apa yang pasti, ketiga – tiga mereka telah meninggalkan dunia fana dan sedang berada dalam penantian di alam barzakh sebelum tiba Hari Berbangkit yang pasti terjadi. Mari kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang berhak mendapatkannya. Al-Fatihah…

Dunia menangis..Salahkah saya katakan begitu? Saya tidak samakan kematian mereka. Tapi saya hanya ingin bermonolog di sini. Mungkin akan sakitkan hati anda, mungkin ada yang tersenyum sinis, mungkin juga ada yang pening2 kura2. Inikan cerita saya. Tulisan saya. Karya saya. Hanya picisan…

Antara mereka, Micheal Jackson yang pertama mendahului ‘pergi ‘ dari dunia ni. Mati ketika membuat persiapan pentas konsertnya yang dijadualkan berlangsung selama 100 hari. Jatuh, dikejarkan ke hospital, mati. Mudahnya kan. Tapi sangat kontroversi. Banyak spekulasi sebab kematiannya. Yang paling indah, dia didakwa telah masuk Islam oleh abangnya. Ada tragedi merebut mayat secara aman, ada yang sibuk membuat kajian kesan ubat yang diambilnya,adakah membawa maut? Sedang peminat2 fanatik sibuk meratapi dalam setiap tinggalan Micheal. Semua orang sedih Micheal mati…. Peminatnya seluruh dunia.

Jika Micheal seorang muslim, saya doakan dia juga berhak mendapat sedekah Al-Fatihah kita tadi. Iman manusia bukan kita yang menilainya kan. Amat sukar nak melihat tanda2 zahir iman dengan cepat pada orang2 popular seperti mereka. Ye la, banyak perkara yang mereka timbangkan. Media, keluarga, peminat, dan semua yang dunia2 ni. Mungkin mereka ingin gunakan dunia yang mereka ada ni untuk ladang akhirat mereka. Sapa tau. Amy Search yang dah pi Mekah, jumpa Tok Guru Nik Aziz pun masih lagi buat konsert Di Awan Biru selama 3 hari berturut2(?) dan hingga ke hari terakhir pun penonton masih mencecah 10 000..tak ke bangga? Konsert Rock tu, dikemudi oleh artis yang dah insaf!. Apa motif? Masih lagi Allah dan Rasul yang tahu? Boleh jawab soalan saya?
Sapa Cina kapiaq tu?..

Jangan tanya saya, saya pun baru nak kenal dia. Teoh Beng Hock seorang s/u politik Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah. Dia dijumpai mati di atas bumbung Plaza Masalam tingkat 5 bersebelahan pejabat SPRM. Sangat tragis. Sangat ngeri. Kematiannya adalah kematian ketika dalam tahanan soal siasat SPRM(death under custody). Itu ayat mahkamahnya. Apa dah jadi dengan SPRM? Saya tak tahu. Saya nak ambil tahu, tapi rasa memang tak layak nak ulas jika menggunakan telahan saya yang masih sejengkal kail.

Tak ramai yang nak ambil tahu. Sebab dia seorang cina. Orang melayu bukan suka sangat orang cina. Betul tak? Jangan tipu saya la…saya tahu apa anda rasa! Dalam banyak kawan2 saya, orang cina la kawan saya dalam mengenalkan erti perjuangan hak sebagai seorang manusia. Bukan tak cukup ilmu agama untuk saya kenal erti menjadi khalifah di muka bumi, tapi mereka kenalkan saya wajah dunia yang sebenar penuh helah dan tipu daya. Mereka k afir. Bukan Islam, tapi mereka berbakti ada kemaslahatan manusia di sekitar mereka. Kita? Apa kita buat? Orang melayu, kebanyakkan semuanya Islam. Tak cukupkah ajaran Islam tentang menghargai dan memakmurkan bumi dengan sebaiknya?

Saya bukan nak berceloteh, tapi mual dengan rasa ‘kebangsaan’ yang wujud di Malaysia. Hatta seorang ustaz pun begitu fanatik dengan bangsa. Orang agama tu, bukan orang biasa. Tak salah jika mencari perbezaan keberadaan iman, tapi yang salah bila menganggap bangsa sendiri milik sendiri, mulia dari yang lain…Hmmm, memang nabi tak pernah ajarkan…

Konsert Antara Dunia ‘09


Kemudiannya 1 Ogos datang, Pakatan Rakyat buat Demo bantah ISA, hasil susulan kes2 berbangkit dan untuk Teoh juga. Sedang GAMIS dah mark tarikh tu nak buat Konsert. Huhu… saya ketawa sendiri..terlepas lagi peluang saya turun demo. Saya suka Demo, kata Abg KZ(Ketua Pemuda Wilayah,X-UPM) demo ni tempat cas iman. Saya setuju. Sebab mula2 saya aktif dalam jemaah pun kerana saya turun demo. Kali pertama turun dah kena sembur dengan bomba sebab pegang banner bantah kenaikkan harga minyak. Memang pengecas iman yang ampuh. Saya basah kuyup. Saya bertahan sampai terduduk masih juga pegang banner. K.Tiqah Al-Jundi masa tu dok naikkan semangat kami untuk bertahan. Sampailah FRU tarik K.Tiqah naik Black Maria, Pemuda pula ambil alih dan minta kami bersurai. Kenangan indah.

Walaupun saya hanya jadi penjual tiket konsert, tapi saya juga MT Gamis. Terpaksalah bertahan di Stadium Melawati. Lepaskan peluang ke demo. Penuhi masa dengan bantu aktiviti2 sepanjang karnival sebelum konsert berlangsung. Dalam gerak kerja konsert, saya kenal ustaz Asri. Allahyarham kini. Kumpulan Rabbani. MT Gamis punya cerita tersendiri tentang kumpulan Rabbani dan gerak kerja konsert. Begitu juga dengan MT konsert. Jawatankuasa penganjur konsert. Masing2 memahat memori tersendiri tentang kerjasama kami bersama Rabbani demi sebuah konsert dakwah. Apa yang paling saya terkesan dengan Ustaz Asri adalah pabila bersama dia dalam sidang akbar selepas konsert berlangsung.

Bila saja Ustaz Zul (tok guru Ustaz Asri) kata, “Alhamdulillah, agak ramai penonton konsert walaupun bersaing dengan konsert Search Di Awan Biru. Moga kita beroleh pahala”. Ustaz Asri terus tersentak menadah tangan syukur pada kerja dakwah dia. Mungkin lagu dan irama terlalu sebati dalam diri dia, dan sebab itu dia memilih nasyid dan dia cukup besyukur jika ada yang tersentuh dengan nyanyiaannya. Moga setiap kerja buatnya mendapat nilaian terbaik dari Allah. Ameen.

Kisah ni kisah mati!!

Memang la perjalanan hidup kita ni panjang kan. Saya teringat tagline dalam majalah Solusi ‘Hidupkan hati dengan mengingati mati’. Ayat ni cukup meruntun hati sanubari saya. Kisah di atas semuanya kisah orang yang telah mati. Saya bila lagi? Anda bagaimana? Arghhhh gerun kan…!!!. Teringat kata2 teori ocehan Fariza MT Gamis, ‘Perasan tak, kebanyakkan orang yang mati zaman sekarang ni. Mati dalam keadaan yang dia biasa/mendarah daging dalam diri dia kan?!’.

Tapi masa tu kami bincang tentang kematian Yasmin Ahmad. Si pengarah filem tu. Saya anti tau dengan dia tu. Alhamdulillah, Allah sayangkan dia dan sayangkan saya. Taqdir kematian dia adalah terbaik buat dia dan umat Islam.

MATI! MATI! MATI! MATI! MATI! MATI! MATI! MATI! MAUT! MAUT! MAUT! MAUT!... Allahummakhtimna bilhusnil khatimah, wala tahktimna bi suil khatimah..amen ya Rabbal ‘alamin.


p/s: dah sedie ke kite ni???????? Malaikat maut kat depan tuuuuu!!!!! Nak p mana?!

Khamis, Ogos 06, 2009

Mereka yang tidak menghargai atau aku yang tidak mengerti?


Kisah ini kisah rumah saya.

"Hari ni akak masak kan." tanya seorang ahli bait pada saya.
Pening lalat saya jawab. "Ye? Hm..ok la". Saya sebenarnya yang lupa nak tengok jadual memasak rumah. Almaklumlah kerap sangat outstation. Pantang hujung minggu, ada saja program yang perlu dibuat dan diikuti. Kadang- kadang terpaksa bertukar shift memasak berkali - kali dengan ahli bait or ahli bilik.

Tapi kebetulan hari tu saya free, dan saya masak. Mungkin dah terbiasa dengan adat di rumah saya, mak akan masak dengan kuantiti yang banyak sebab kami adik beradik suka makan. Jadi, pengalaman lama saya masak kecil tu membuatkan saya juga terbiasa masak di rumah sewa dengan kuantiti yang banyak. Kadang - kadang saya sengaja beli barang dengan duit sendiri sebab nak pastikan saya masak yang best2 untuk ahli bait. Saya tak kisah.

Cuma yang sedihnya bila kita masak banyak2 tapi sahabat2 tak makan habis. Kadang2 dah puji yang makanan tu sedap, tapi tetap tak habis. Kadang2 ada sikit saja baki, dan baki tu akan pasti terbiar tak makan. Saya akan marah2 dan geram. Kadang2 saya zahirkan kadang2 saya diam dan pendam. Saya tak faham. Kata kita perjuang, tapi kenapa dalam pengurusan diri dan rumah macam ni selalu saja kita membazir.....saya tak faham...

Saya mula faham


Kenapa saya tidak terfikir dari awal lagi? Bodohnya aku....Kenapa saya tak boleh nak tafsir perkara yang mudah macam ni? Ah....memang la...

Saya teliti fe'el ahli bait saya. Ye, mungkin saya yang tak faham dan terlepas pandang. Kami sama2 ditarbiyah dalam satu wadah, dalam satu perjuangan. Kami dididik dengan keadaan susah dan payah bersama. Saling cuba untuk memberi yang terbaik walaupun kadang - kadang terpaksa pentingkan diri juga..(=p).

Kenapa baru sekarang saya sedar? Sebenarnya, bukan mereka yang tidak menghargai tapi mereka..kami....saya dan mereka...BUKANLAH ingin sangat bermewah dan bersenang. Kerana kita telah terbiasa dengan kesederhanaan..mengapa ingin berlebih2 dalam perkara yang cukuplah sekadar kita boleh nikmati cukuplah untuk keperluan sahaja...
Saya mula faham..

Amanah jadi keutamaan.

"Akak minta maaf lah nisa', akak tak boleh la pegang jawatan ni..rasa lemas bila tak boleh nak tunaikan tanggungjawab ni. Ada ja calon yang boleh ganti..."
Nisa depan saya hanya menguis2 jem rambutan tanpa ada rasa nak makan pun melalui riak wajahnya. Saya sedar permintaan saya agak terlewat dan mungkin tak berasas untuk didengar. Tapi bila difikir2, saya juga tidak mampu dan sudah banyak kali dayus pada amanah yang ada...apa pilihan saya?

"Akak dengar sendiri ke semua ni? Depa yang cakap macam tu pada akak? Akak susun ja dulu kerja yang nak kena buat tu..." Nisa balas juga walaupun memang jelas muka dia pun berat nak 'direct' dengan saya. "Akak je yang rasa sendiri...depa tu ok ja. Akak buat la dulu. Lagi pun dah dekat separuh sem ni." Hahahaha...saya ketawa bodoh dalam hati...memang dah separuh sem dan saya baru nak sedar diri..apa punya orang la...lambat gile 'pick up'....Itu kelemahan terbesar saya.

"Ha lah ha lah...akak cuba lah.." Dengan muka masam saya balas..Memang berkesan perbualan pagi tu. Saya memang solute kat amerah yang sorang ni. PR dia bagus, masuk pd semua orang. Yang otai macam saya pun cair. Huhuhu..


Memanglah dah tua2 ni rasanya saya makin banyak songeh dan feel. Kadang2 kesian melihat adik2 yang sabar melayan saya. Maafkan saya. Maafkan saya. Maafkan saya.

Doa orang yang cintakan gerakan dan perjuangan Islam

"Allahhummar zuknal istiqamah, wa hablana solatal jamaah"...Pak Long, NYDP Dewan Ulama Pas Negeri Kedah yang bagi...Ustaz Zainul Asri...

p/s: jom kerja kuat lagi untuk Islam...=)

Jumaat, Julai 24, 2009

Bukan Ayam Daging



Kita adalah insan yang dilahirkan bersama FITRAH kesempurnaan ISLAM. Yang dibekalkan akal dan nafsu seiring. Bukannya seperti haiwan yang hanya ada nafsu sahaja.

Pastinya kita tidak sama sekali sama sifatnya seperti ayam daging. Yang duduk satu sangkar bersama rakan-rakannya di rumah penyembelihan. Apabila seekor dari rakan disembelih oleh penyembelih. Rakan lain pun ibarat berkata " itu dia yang kena sembelih bukannya aku". Itu sebab ayam daging boleh terus duduk mengempoh, berehat tenang dalam sangkar tanpa menggelupuh.

Hari ini, semua dada akhbar menukir berita 'Dua Beradik Mati selepas Meragut Wanita'(klik untuk baca berita lebih lanjut).

Apakah detikkan hati kita sebagai insan apabila membaca berita ini?
Apakah luahan naluri sebagai muslim / mukmin ketika menyusuri setiap huruf tajuk ini?
Apa yang kita fikirkan sebagai seorang yang begelar bapa atau pun ibu mahupun abang, kakak atau adik?dan yang penting sekali "Apa yang ada dalam benak kita sekarang ini sekiranya kita sekarang bergelar pemimpin?

Yang pasti kita bukan ayam daging yang tak mampu berfikir. Yang ada hati boleh dimakan tetapi tak punya perasaan. Yang ada anak tetapi bukan zuriat keturunan. Tak perlu memimpin dan dipimpin; serta tak dipertangungjawabka n dosa dan pahala.

Adakah kita pada saat, ketika, masa dan hari ini boleh memberi jaminan bahawa anak, adik, anak saudara, abang, kakak atau siapa sahaja yang tersenarai sebagai zuriat dan sama keturunan dengan kita sama sekali tidak akan terlibat dengan permasalahan seperti ini. Itu masih belum disentuh keasamaan keturunan yang datangnya dari Nabi Adam. Subhanallah!

Seterusnya,
Adakah pada saat dan ketika ini yang kita ini sedang bergelar Ustaz, Motivator, Professor, Syeikh, Pengarah, Menteri, Yang Berhormat, Pengarah, atau apa sahaja pangkat dan ketinggian gelaran dunia akan terhindar atau tidak sama sekali akan mengalami begini.???

Adakah mampu bagi kita mengatakan " aahhhh ! ini hanya berlaku pada keluarga yang nerempat saja, jenis makan pun tak cukup !."

Fahami dan sedarilah. Perkara ini berlaku bukan kerana makan tak cukup atau dikalangan keluarga yang merempat serta keluarga yang tak punya pendidikan. Tetapi sebenarnya ia adalah persoalan pentarbiyahan, persekitaran serta yang penting sekali ialah akidah dan munajat-penggantung an hati terhadap Rabbul Jalil.....tak sedih dan tersentuh kah kita, akhirnya nyawa adik-beradik ini dalam keadaan kemalangan ketika meragut.

Ya dia bukan anak, abang, kakak, adik atau sama keturunan dengan kita. Tapi sepertimana saya katakan dia atas tadi. Mampukah kita bahawa perkara ini tidak akan berlaku dalam keturunan dan zuriat kita?.

Marilah kita semak diri kita samada kita pernah derhaka kerana kita bimbang satu penderhakaan berlaku dalam keturunan atau zuriat kita

Sekiranya kita pada saat ini bergelar ibu/ayah.... .berhabisan duitlah untuk pendidikan Rohani anak-anak kita. Letakkan pendidikan Islam itu adalah keutamaan yang utama dan pada masa yang sama pendidikan duniawi bukan nombor 2. Rintih dan munajat lah pada Allah s.w.t hampir setiap 2/3 malam.

Atau siapa sahaja kita lakukanlah usaha untuk elakkan perkara ini. Samada mengerah atau mencegah. Kerana ingat satu hari nanti kita tetap ada zuriat keturunan serta kebertagungjawaban.

Wallahualam!

p/s: tulisan ni diambil dari mailing list tun_pm

Khamis, Julai 23, 2009

muslimah SYAHID...

Thursday, July 09, 2009 : Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkamah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.UD.U. N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday , Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults . Lagi di sini.

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka . Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Di angkat dari:
http://artofthought s.blogspot. com/2009/ 07/soerang- wanita-muslim- mesir-di- bunuh-di. html

Komen Blog Ibnu Hasyim : Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak.

Selasa, Julai 21, 2009

Kita tengok siapa yang kena……

Tafkhimul ibadah (membesar – besarkan ibadah)

Ketika kita khusyuk bersolat, tiba2 terdetik di dalam hati
‘hebatnya aku solat hari ini, khusyuk dan bersungguh2’.
Terditik lagi..
‘aku sentiasa khusyuk solat, tekun berpuasa, rajin mengeluarkan zakat dan sedekah’
Terdetik lagi….
‘kamu benar2 orang yang sangat baik..agar kamu tidak jemu beribadah, bersenang2 lah untuk beberapa ketika. Janganlah terlalu membebani dirimu dengan terlalu banyak beribadah’

Jika kita mengiyakan apa yang dibisikkan dan merasa puas dengan apa yang telah dilakukan......

p/s: “Kita tengok, siapa yang kena!”

Akibat tafkhimul ibadah

1. Malas beribadah
=>> bisikkan datang lagi, makin kuat dari hari ke hari. Akhirnya orang yang rajin beribadah meniggalkan sedikit demi sedikit amalan2 nya

2. Mengurangi ketaatannya kepada Allah
=>> suatu ketaatan itu adalah indah; mengerjakan amalan kebajikan semata2 hanya mengharap redha Allah; bila diri merasa tidak dapat menunaikan hak2 Allah secara sempurna walaupun setelah banyak beribadah dan bekerja untuk Islam. Tapi akhirnya ianya digantikan dengan perasaan merasa diri telah banyak beribadah pada Allah dan merasa diri layak masuk ke syurga; hati makin lalai dengan bisikan2 indah.

3. Memperolehi murka Allah
=>> akibatnya......” ‘seseorang tidak akan selamat dari seksa neraka kerana amalnya’, ‘tidak anda juga ya Rasulullah?’. Tanya para sahabat. ‘Ya, tidak juga saya. Kecuali jika Allah melimpahkan rahmat-Nya pada saya’ “ (HR Bukhari dan Muslim )

Siapa kenakan siapa?

Semasa kecil selepas suatu ketika ayah (Ba) saya balik dari pengajian kitab, dia selalu bermain dengan kami ‘tangkap2’. Slogannya, ‘pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk’..kemudian bila Ba dapat tangkap salah seorang dari kami, dia akan gelak kuat2. Ketika itu saya tidak faham satu apa pun perkataan yang dia ucapkan. Walaupun saya tahu Ba amat terkesan dengan kuliah pengajian kitab tersebut. Dan Ba akan gigit kami sampai berbekas dan katanya, supaya kami tak diganggu dengan hantu...ha ha ha....kelakar?..

Itu dulu, saat semuanya tak mampu diertikan dengan akal yang kecil. Tapi setelah saya juga turut mendengar kuliah pengajian kitab. Saya sedar apa yang dimaksudkan oleh Ba. Pelanduk adalah kita manusia yang sering lalai...leka..macam insan2 yang tertipu dengan tafkhimul ibadah di atas. Kita lupa, kita ujub pada diri. Kita lupa pasangan penciptaan kita adalah syaitan dan iblis yang sentiasa ingin menjerat kita bila2 masa. Jerat adalah iblis syaitan yang sentiasa cuba berusaha menipu kita dari sebesar2 maksiat hingga lah sehalus2 hasutan. Mereka menampakkan keburukkan itu indah di mata kita, dan memburukkan kebaikan yang ada di depan kita...

p/s: dalam banyak2 panah yang dilepaskan dalam satu tembakan, mampu kita pastikan tiada satu pun terkena pada kita?...Istighfar dan selawatlah pada Nabi sebanyaknya... [pernah tengok iklan DIGI? Apa macam?]

Rujukan: Panduan membuat pilihan. Penerbitan Darul Nu’man. Mohammad Isa Selamat.