Dalam pengkajian NASA terhadap bulan, NASA telah mendapati bulan pernah terbelah pada masa dahulu iaitu kira – kira 1420H yang lepas.

Alat ALLAH:
Inilah janji Allah, orang Islam tidak perlu bersusah payah dalam membuktikan Hadith Nabi S.A.W ketika Baginda membelah bulan yang kemudiannya masuk ke dalam baju Baginda dan keluar di sebelah tangan kanan dan kirinya. NASA jadi alat Allah untuk kita sebagai umat Islam ni ambil pengajaran. Apa kita buat?
Cerita 2:
Pada Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat telah mengebom Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945. Hasil kerja "Little Boy" dan "Fat Man" ini melumpuhkan hampir separuh pengoperasian negara tersebut. Namun Jepun, orang Jepun punya semangat yang kental dan tidak putus asa.

Alat ALLAH:
Asma’ ALLAH, yang Maha Membakar semangat telah DIA alirkan pada orang Jepun untuk kita umat Islam ambil iktibar dan contohi semangat yang ada pada orang Jepun ini. Mereka menjadi alat Allah dalam DIA memperkenalkan kehebatan Asma’ NYA, yang Maha Membakar Semangat. Mestilah kita mampu jadi lebih hebat sebab apa yang kita kejar lebih besar dari apa yang orang Jepun kejar tu…dak???
Cerita 3:
Nak cerita apa? Anda semua dah lama jadi alat Allah, hanyasanya kita ini yang lemah melihat percaturan Al-Ba’it itu….Saya pun ada cerita, anda pun ada cerita…kita sama – sama ada cerita.

Alat ALLAH:
Jangan tanya orang lagi…kita lah yang patut memulakan perubahan. Perubahan demi Islam, perubahan demi sebuah negara akhirat yang kekal dan yang paling penting; perubahan demi mengejar cinta dan redha ALLAH dalam jangka hidup kita yang singkat ini, sesingkat perubahan siang dan malam, sesingkat kerlipan dua kelopak mata..
2 ulasan:
salam...bagus artikel ni...hebat2.
terima kasih pada pena bermata..
artikel ni hasil ilham juga dari Allah....tangan saya hanya bergerak menaip demi sebuah perkongsian bersama......
jemput ziarah lagi, jemput komen lagi..
terima kasih
Catat Ulasan