P/S: dah lama saya nak tulis tentang tajuk ni....
"Bos, kira bape sume makanan ni?" kata abi dalam slag kelantan.
"hmmm, kira RM40 je la" balas pemilik restoran tempat abi makan.Dia hanya jenguk2 saja pinggan2 yang telah licin.
'biar betul, Alhamdulillah..mudahnya urusan, murah rezeki lagi'..kata abi dalam hati.
Kuliah Abi, Bidayatul HidayaH
Setiap maghrib pada minggu2 tertentu abi akan datang UPM bagi pengisian kitab Bidayatul Hidayah. Abi atau nama sebenarnya Ustaz Mohamad Nor Omar (UMNO, huhuhu)adalah guru pondok di seKolah Annuriah Sg Udang SimpNG 4 Melaka. Saya sangat gemarkan kuliah abi sebab abi banyak berkongsi cerita dan kuliah abi sangat santai.
Hari tu, abi buka tajuk berwudhu masuk bab basuh tangan. Dalam amalan imam Al-Ghazali, setiap basuhan anggota tubuh beliau ada bacakan doa. Kebetulan doa basuh tangan sampai ke siku ada menyebut tentang hisab, abi pun bercerita kisah tadi pada kami.
Hisaban yasira...easy inspection
Kata abi, di akhirat nanti kita akan dihisab dengan pelbagai cara dan rupa. Abi misalkan hisaban yasiran macam dalam ceritanya. Jika nak dikira dengan betul, abi ketika itu makan bersama dengan lebih kurang 4 5 orang anak muridnya, dengan lauk yang banyak lagi pelbagai, tak kurang juga ada yang bertambah. Nak ikutkan maunya beratus. Tapi, tauke restoran hanya kira RM40 sahaja. Murah dan mudah sangat cara makanan tu dikira.
Sama juga kata abi, kalau lah kita dalam satu pemeriksaan kastam. Jika kita membeli barang luar, prosedurnya kastam perlu periksa setiap satu barang yang dibeli. Sekecil2 barang hingga sebesar2 barang. Jika kita bernasib baik atau kastam juga ber'mood' baik, senang je kita dilepaskan. Tapi andaikata, kastam ketika itu stret, comfirm habis semua barang kita dipunggah keluar dari kenderaan.
Keadaan di padang Mahsyar yang sedia panas dan sesak pastilah satu suasana yang merumitkan dan memeningkan. Bayangkan berjuta manusia bebaris menunggu perhitungan. (Sedang saya, berhimpit2 dan besesak2 dalam pesta buku baru2 ni pun sangat menyeksakan. Ntah bagaimana di akhirat nanti.) Tentulah amat menyeksakan jika setiap helaian buku catatan kita diperiksa satu persatu, ayat ke ayat, perkataan ke perkataan. Sekecil2 salah kita hinggalah sebesarnya ditanya dan dihitung. MasyaAllah, saya tak dapat banyangkan. 'Aku mohon ampun pada Mu ya Allah..mudahkan urusan ku di sana nanti' Lain cerita dan rasanya jika saat kita dihisab dengan hisaban yasira.
Dalam Al-Quran ada diceritakan golongan ashabul yamin adalah golongan dimudahkan urusan mereka di akhirat. Ashabul yamin adalah golongan yang sangat beruntung dan hebat pada saya. Moga saya dan semua berusaha menjadi golongan ni. InsyaAllah.
Setiap hari adalah muhasabah
Sejak kuliah abi hari tu, saya sentiasa azamkan diri untuk terus istiqamah dalam jalan yang terbaik dalam amalan dan akhlak saya buat bekal saya ke negara akhirat yang PASTI. Alhamdulillah, semoga kita sama2 istiqamah dalam jalan kebaikan dan perjuangan demi sebuah hidup yang kekal di sana.
Saya masih ingat bagaimana saya disoal oleh trafik dalam satu siri raodblock. Ngeri dan resah dibuatnya. Marilah kita berdoa moga urusan kita di sana dimudahkan kerana pasti kita tak tertanggung siksanya. Azab Allah sangat keras pada hamba2 NYa yang ingkar. Na'uzubillah.
Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....
Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Isnin, April 27, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan