Sebetulnya dah lama saya tidak berjumpa dengan adik saya yang seorang ini. Didoakan moga dia dapat terus istiqamah mendisplinkan diri di masa depan seperti dia di asrama. Rasa sejuk juga hati saya bila tengok perubahan yang positif pada dirinya.
Malamnya, saya habiskan bersama keluarga dan melayan karenah adik Ummu. Dia semakin aktif dan sesitif juga. Hmmmmm =), geram....comel. =).
Pepagi lagi saya ke pasar besama mak. Beli barang untuk masak gado2. Biasala, mak tengah lalu nak makan macam2 ni kena la rai. Tengah hari sikit satu famili pi mandi air terjun di Air Putih.
Saya dan K.Bah naik motor jer sebab kami perlu balik awal. K.bah kena masuk sekolah dan saya merancang nak ke rumah Ustaz Rijaluddin; sempena hari guru yang tak lama lagi. Tapi sayangnya, ustaz pula tak free. Saya juga kurang behati2 sebab tak susun awal2 pertemuan kami. InsyaAllah, ada masa saya akan ziarah ustaz lain kali.
Petangnya, adalah agenda gementar saya. Jumpa makcik Syikin. Alhamdulillah, dia sihat2 saja. Semua ada di rumah, Amirul dan adik bongsu tengah main badminton depan rumah ketika saya dan K.ngoh sampai. Adik perempuan yang ke 5 tolong buatkan teh tarik yang sedap untuk dan makcik Syikin tolong bawakan biskut (tak sempat nak makan).
Saya hanya bawa hadiah yang telah lama saya nak bagi. Moga bermanfaat pada hari2 akan datang padanya. Alhamdulillah, sempat juga pakcik Rahman walaupun dia bekerja hari tu. Sebenarnya, saya sangat malu dan segan sepanjang sesi ziarah tu. Tapi bila fikirkan jalan dakwah saya panjang lagi, saya cuba juga lalui situasi tersebut.
Moga saya berkesempatan ziarah lagi di masa akan datang dalam suasana yang lebih baik.
******************************************************
Wajah2 ceria adik Ummu yang membungakan hati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan