Dengar ikim.fm.[memang hantu radio pun, xbole diam kalu xda radio =)] Ada nasyid tentang keluarga bahagia. Cair hati dengar,pilu syahdu, sendu, pendek kata lembut lentuk hati. Hmmmmm....aku kena kuat ni..
Kadang – kadang selalu fikir kenapa aku masih belum berkeluarga? Kawan – kawan dah ramai yang dapat anak. Ada suami, ada keluarga sendiri. Mesti buat kerja lebih tekun dan fokus. Fikirku...
Pujuklah hatimu sayang...aku kembali rasional. Kenapa aku selalu bertanya begini pada diri? Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah. Aku sudah cukup berusaha. Sabar dan tawakallah sayang. Pujuklah hatimu sayang...
Tanya diri, tanya hati.
Adakah landasan perkahwinan yang kau idamkan itu kau sandarkan pada Allah dan Rasul Nya? Adakah kau ingin membina keluarga kerana ia adalah saranan Sunah Rasul mu?
Kerana ingin mendapat syafaat nanti dari Rasulmu?
Kerana kau benar ikhlas penuhi tuntutan Islam itu?
Atau kerana kau hanya ingin bahagiakan hatimu?
Atau kerana kau hanya ingin puaskan nafsumu?
Atau kau hanya ingin lengkapkan perjalanan hidupmu?
Adakah kau ingin berkeluarga kerana kau sudah cukup usaha membina fardhi muslimmu?
Ataukah hanya kerana sudah penat hidup sendiri tanpa teman di malam hari?
Sudah cukup persoalan di atas untuk kau tanya diri..sudah!!
Mengeluh bukan sifatmu, bukan sifat mukminmu...kerana hidup ini terlalu indah untuk kau kesalkan!!
Pujuklah hatimu sayang...
Tanya diri, tanya hati.
Hidup selalu dalam kekurangan. Tidak cukup wang perbelanjaan, tidak cukup masa untuk rehat, tidak cukup wang dan masa untuk makan apa yang diinginkan, tidak selesa tinggal di rumah yang serba kekurangan, tiada orang yang ingin memahami diri, tiada.....tiada.....tidak.......tidak.....tidak itu...tidak ini....tiada itu....tiada ini....mengeluh, mengeluh dan mengeluhlah lagi....moga kau jauh dari laknat Allah dan makhluknya.. walaupun kau hanya mengeluh di dalam hati!!
Na’uzubillah. Pujuklah hatimu sayang....
Tanya diri, tanya hati.
Adakah semua yang kau keluhkan itu kerana Allah, Rasul dan Islam yang kau cinta?
Benarkah kau cintakan Allah,Rasul dan Islam seperti yang kau sebut itu?
Benarkah kau tidak cukup wang perbelanjaan untuk Islam dan kerjanya?
Atau kau lebih banyak belanjakan wang untuk hidup peribadimu yang semusim singkat ini?
Benarkah kau tidak cukup itu dan ini, tiada itu dan ini kerana kau perlukannya demi Allah, Rasul dan Islam mu?
Sudah! Cukuplah!
Katakan begini pada dirimu...
Katakan begini tika kau berdoa pada Allah.. Islam itu indah..
Aku juga ingin indah seperti indahnya Islam..
Islam itu menuntut kebersihan..
Aku perlu untuk hidupku selalu bersih dan terurus..
Islam itu mulia..
Aku juga perlu semungkin boleh menjadi terbaik dalam semua perkara yang aku lakukan..
Maruah Islam di tanganku, akademikku perlu cemerlang
Tamsilan Islam dilihat pada ku, aku perlu berakhlak mulia
Kerja Islam terlalu banyak untuk aku kerjakan, jadi aku perlu sihat dan kuatkan jasad Diriku sayang..
Pujuklah hatimu dengan Islam yang tinggi..
Pujuklah hatimu dengan nikmat akhirat yang terlalu indah, lazat, nikmat dan bahagia
Pujuklah hatimu dengan azab akhirat yang terlalu dahsyat, sengsara, ganas, perit, sakit
Ingatlah hatiku,
Sakit, penat, lelah dan letih, sedih dan pedih ini hanya sementara..
Terlalu ringan dan sedikit berbanding hari akhirat nanti..
Pujuklah hatimu sayang.
Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....
Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Rabu, Februari 25, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam Perjuangan...
Memang sukar kehidupan ..terpenjara dalam diri sendiri ...Pasti ada sesuatu yang ALLAH tangguhkan untuk yang lebih baik buat masa depan kak....
Teruslah memujuk dan melenturnya hingga ia jinak dan akur dengan kesusahan yang sekejap cuma.
InsyaALLAH jika dah ada tidak akan kemana-mana juga . KetentuaNYA pasti ada..Semoga KAK terus tabah dan bersabar.
Dalam gelas separuh berisi air, lihatlah yang beisi ,jangan lah dilihat yang kosong.
thanks dik.
di doakan perkara yang sama buat mirul
Catat Ulasan