Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Khamis, Mac 12, 2009

Isi masa petang di pejabat.

today is pack day...hanya itu jer perkataan yang mampu aku ucap. memang dah termengah sangat ni dilatu oleh kerja2 di pejabat dan ladang Mardi...have a break plz....

suatu ketika saat aku basuh baju di rumah sewa..pakai tangan la. stail aku memang akan pakai freshner or softner baju. suka wangi2. bila aku tengah angkat baju yang aku rendam dalam softner, ada satu adik tegur. housemate juga la tu.
"kak, suci ker baju macam tu?" aku tengok penin kat dia.
"maksudnya?"
"kan baju yang akak rendam tu dah bercampur jadi air musta'mal..tambah2 kalu akak perah balik air baju rendam dalam baldi tadi..jadi, baju tu dah tak bersih la?"
"ntah" aku jawab sambil lewa. malas nak balas pada perkara yang aku tak arif dan kurang fasih..pada adik tu aku bagitau aku check lain hukum tu...
"rasa2nya macam kita pakai nila le kn..bole rendam, tapi jangan percikkan air yang dari baju yang kita keluarkan dari baldi tu la kn." dia balas. tandanya, dia dah rujuk. dan pertanyaan tadi tu hanya sebagai 'lapik' sebelum dia tegur aku...
huhuhu....lembutnya teguran, dalamnya perasan...

**********
air musta'mal ni air yang telah digunakan. bersih dan hanya bersih pada dirinya sahaja. maksudnya, kalau nak buat minum air ni masih boleh. tapi tentang basuh baju ni, kalau nak ikut cara kita basuh baju guna mesin basuh tu lagi la guna air musta'mal. tambah2 kalau guna mesin semi auto. maksudnya, bole guna freshner atau softner tapi kena hati dalam basuh baju. kalu jenis yang betul2 menjaga thaharah ni, biasanya kurang berminat untuk basuh baju dalam keadaan air yang bertakung. so, dear friend. islam is the way of life, so make sure you lead your way of life in islam way.

1 ulasan:

Mohammad Akmal Iman b. Abdul Aziz berkata...

salam...gini,air musta'mal tu suci tapi x boleh buat guna utk mensucikan najis. tu maksud sebenaq dia. basuh baju x pa ja guna air tu kalau baju tu bersih daripada najis. kecuali la kalau baju tu ada najis, memang x leh la pakai air tu utk hilangkan najis@bercampur dalam washg mechne x kisah la semi auto ke fully auto.