Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Jumaat, Julai 24, 2009

Bukan Ayam Daging



Kita adalah insan yang dilahirkan bersama FITRAH kesempurnaan ISLAM. Yang dibekalkan akal dan nafsu seiring. Bukannya seperti haiwan yang hanya ada nafsu sahaja.

Pastinya kita tidak sama sekali sama sifatnya seperti ayam daging. Yang duduk satu sangkar bersama rakan-rakannya di rumah penyembelihan. Apabila seekor dari rakan disembelih oleh penyembelih. Rakan lain pun ibarat berkata " itu dia yang kena sembelih bukannya aku". Itu sebab ayam daging boleh terus duduk mengempoh, berehat tenang dalam sangkar tanpa menggelupuh.

Hari ini, semua dada akhbar menukir berita 'Dua Beradik Mati selepas Meragut Wanita'(klik untuk baca berita lebih lanjut).

Apakah detikkan hati kita sebagai insan apabila membaca berita ini?
Apakah luahan naluri sebagai muslim / mukmin ketika menyusuri setiap huruf tajuk ini?
Apa yang kita fikirkan sebagai seorang yang begelar bapa atau pun ibu mahupun abang, kakak atau adik?dan yang penting sekali "Apa yang ada dalam benak kita sekarang ini sekiranya kita sekarang bergelar pemimpin?

Yang pasti kita bukan ayam daging yang tak mampu berfikir. Yang ada hati boleh dimakan tetapi tak punya perasaan. Yang ada anak tetapi bukan zuriat keturunan. Tak perlu memimpin dan dipimpin; serta tak dipertangungjawabka n dosa dan pahala.

Adakah kita pada saat, ketika, masa dan hari ini boleh memberi jaminan bahawa anak, adik, anak saudara, abang, kakak atau siapa sahaja yang tersenarai sebagai zuriat dan sama keturunan dengan kita sama sekali tidak akan terlibat dengan permasalahan seperti ini. Itu masih belum disentuh keasamaan keturunan yang datangnya dari Nabi Adam. Subhanallah!

Seterusnya,
Adakah pada saat dan ketika ini yang kita ini sedang bergelar Ustaz, Motivator, Professor, Syeikh, Pengarah, Menteri, Yang Berhormat, Pengarah, atau apa sahaja pangkat dan ketinggian gelaran dunia akan terhindar atau tidak sama sekali akan mengalami begini.???

Adakah mampu bagi kita mengatakan " aahhhh ! ini hanya berlaku pada keluarga yang nerempat saja, jenis makan pun tak cukup !."

Fahami dan sedarilah. Perkara ini berlaku bukan kerana makan tak cukup atau dikalangan keluarga yang merempat serta keluarga yang tak punya pendidikan. Tetapi sebenarnya ia adalah persoalan pentarbiyahan, persekitaran serta yang penting sekali ialah akidah dan munajat-penggantung an hati terhadap Rabbul Jalil.....tak sedih dan tersentuh kah kita, akhirnya nyawa adik-beradik ini dalam keadaan kemalangan ketika meragut.

Ya dia bukan anak, abang, kakak, adik atau sama keturunan dengan kita. Tapi sepertimana saya katakan dia atas tadi. Mampukah kita bahawa perkara ini tidak akan berlaku dalam keturunan dan zuriat kita?.

Marilah kita semak diri kita samada kita pernah derhaka kerana kita bimbang satu penderhakaan berlaku dalam keturunan atau zuriat kita

Sekiranya kita pada saat ini bergelar ibu/ayah.... .berhabisan duitlah untuk pendidikan Rohani anak-anak kita. Letakkan pendidikan Islam itu adalah keutamaan yang utama dan pada masa yang sama pendidikan duniawi bukan nombor 2. Rintih dan munajat lah pada Allah s.w.t hampir setiap 2/3 malam.

Atau siapa sahaja kita lakukanlah usaha untuk elakkan perkara ini. Samada mengerah atau mencegah. Kerana ingat satu hari nanti kita tetap ada zuriat keturunan serta kebertagungjawaban.

Wallahualam!

p/s: tulisan ni diambil dari mailing list tun_pm

Tiada ulasan: