Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Jumaat, Julai 24, 2009

Bukan Ayam Daging



Kita adalah insan yang dilahirkan bersama FITRAH kesempurnaan ISLAM. Yang dibekalkan akal dan nafsu seiring. Bukannya seperti haiwan yang hanya ada nafsu sahaja.

Pastinya kita tidak sama sekali sama sifatnya seperti ayam daging. Yang duduk satu sangkar bersama rakan-rakannya di rumah penyembelihan. Apabila seekor dari rakan disembelih oleh penyembelih. Rakan lain pun ibarat berkata " itu dia yang kena sembelih bukannya aku". Itu sebab ayam daging boleh terus duduk mengempoh, berehat tenang dalam sangkar tanpa menggelupuh.

Hari ini, semua dada akhbar menukir berita 'Dua Beradik Mati selepas Meragut Wanita'(klik untuk baca berita lebih lanjut).

Apakah detikkan hati kita sebagai insan apabila membaca berita ini?
Apakah luahan naluri sebagai muslim / mukmin ketika menyusuri setiap huruf tajuk ini?
Apa yang kita fikirkan sebagai seorang yang begelar bapa atau pun ibu mahupun abang, kakak atau adik?dan yang penting sekali "Apa yang ada dalam benak kita sekarang ini sekiranya kita sekarang bergelar pemimpin?

Yang pasti kita bukan ayam daging yang tak mampu berfikir. Yang ada hati boleh dimakan tetapi tak punya perasaan. Yang ada anak tetapi bukan zuriat keturunan. Tak perlu memimpin dan dipimpin; serta tak dipertangungjawabka n dosa dan pahala.

Adakah kita pada saat, ketika, masa dan hari ini boleh memberi jaminan bahawa anak, adik, anak saudara, abang, kakak atau siapa sahaja yang tersenarai sebagai zuriat dan sama keturunan dengan kita sama sekali tidak akan terlibat dengan permasalahan seperti ini. Itu masih belum disentuh keasamaan keturunan yang datangnya dari Nabi Adam. Subhanallah!

Seterusnya,
Adakah pada saat dan ketika ini yang kita ini sedang bergelar Ustaz, Motivator, Professor, Syeikh, Pengarah, Menteri, Yang Berhormat, Pengarah, atau apa sahaja pangkat dan ketinggian gelaran dunia akan terhindar atau tidak sama sekali akan mengalami begini.???

Adakah mampu bagi kita mengatakan " aahhhh ! ini hanya berlaku pada keluarga yang nerempat saja, jenis makan pun tak cukup !."

Fahami dan sedarilah. Perkara ini berlaku bukan kerana makan tak cukup atau dikalangan keluarga yang merempat serta keluarga yang tak punya pendidikan. Tetapi sebenarnya ia adalah persoalan pentarbiyahan, persekitaran serta yang penting sekali ialah akidah dan munajat-penggantung an hati terhadap Rabbul Jalil.....tak sedih dan tersentuh kah kita, akhirnya nyawa adik-beradik ini dalam keadaan kemalangan ketika meragut.

Ya dia bukan anak, abang, kakak, adik atau sama keturunan dengan kita. Tapi sepertimana saya katakan dia atas tadi. Mampukah kita bahawa perkara ini tidak akan berlaku dalam keturunan dan zuriat kita?.

Marilah kita semak diri kita samada kita pernah derhaka kerana kita bimbang satu penderhakaan berlaku dalam keturunan atau zuriat kita

Sekiranya kita pada saat ini bergelar ibu/ayah.... .berhabisan duitlah untuk pendidikan Rohani anak-anak kita. Letakkan pendidikan Islam itu adalah keutamaan yang utama dan pada masa yang sama pendidikan duniawi bukan nombor 2. Rintih dan munajat lah pada Allah s.w.t hampir setiap 2/3 malam.

Atau siapa sahaja kita lakukanlah usaha untuk elakkan perkara ini. Samada mengerah atau mencegah. Kerana ingat satu hari nanti kita tetap ada zuriat keturunan serta kebertagungjawaban.

Wallahualam!

p/s: tulisan ni diambil dari mailing list tun_pm

Khamis, Julai 23, 2009

muslimah SYAHID...

Thursday, July 09, 2009 : Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkamah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.UD.U. N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday , Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults . Lagi di sini.

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka . Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Di angkat dari:
http://artofthought s.blogspot. com/2009/ 07/soerang- wanita-muslim- mesir-di- bunuh-di. html

Komen Blog Ibnu Hasyim : Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak.

Selasa, Julai 21, 2009

Kita tengok siapa yang kena……

Tafkhimul ibadah (membesar – besarkan ibadah)

Ketika kita khusyuk bersolat, tiba2 terdetik di dalam hati
‘hebatnya aku solat hari ini, khusyuk dan bersungguh2’.
Terditik lagi..
‘aku sentiasa khusyuk solat, tekun berpuasa, rajin mengeluarkan zakat dan sedekah’
Terdetik lagi….
‘kamu benar2 orang yang sangat baik..agar kamu tidak jemu beribadah, bersenang2 lah untuk beberapa ketika. Janganlah terlalu membebani dirimu dengan terlalu banyak beribadah’

Jika kita mengiyakan apa yang dibisikkan dan merasa puas dengan apa yang telah dilakukan......

p/s: “Kita tengok, siapa yang kena!”

Akibat tafkhimul ibadah

1. Malas beribadah
=>> bisikkan datang lagi, makin kuat dari hari ke hari. Akhirnya orang yang rajin beribadah meniggalkan sedikit demi sedikit amalan2 nya

2. Mengurangi ketaatannya kepada Allah
=>> suatu ketaatan itu adalah indah; mengerjakan amalan kebajikan semata2 hanya mengharap redha Allah; bila diri merasa tidak dapat menunaikan hak2 Allah secara sempurna walaupun setelah banyak beribadah dan bekerja untuk Islam. Tapi akhirnya ianya digantikan dengan perasaan merasa diri telah banyak beribadah pada Allah dan merasa diri layak masuk ke syurga; hati makin lalai dengan bisikan2 indah.

3. Memperolehi murka Allah
=>> akibatnya......” ‘seseorang tidak akan selamat dari seksa neraka kerana amalnya’, ‘tidak anda juga ya Rasulullah?’. Tanya para sahabat. ‘Ya, tidak juga saya. Kecuali jika Allah melimpahkan rahmat-Nya pada saya’ “ (HR Bukhari dan Muslim )

Siapa kenakan siapa?

Semasa kecil selepas suatu ketika ayah (Ba) saya balik dari pengajian kitab, dia selalu bermain dengan kami ‘tangkap2’. Slogannya, ‘pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk’..kemudian bila Ba dapat tangkap salah seorang dari kami, dia akan gelak kuat2. Ketika itu saya tidak faham satu apa pun perkataan yang dia ucapkan. Walaupun saya tahu Ba amat terkesan dengan kuliah pengajian kitab tersebut. Dan Ba akan gigit kami sampai berbekas dan katanya, supaya kami tak diganggu dengan hantu...ha ha ha....kelakar?..

Itu dulu, saat semuanya tak mampu diertikan dengan akal yang kecil. Tapi setelah saya juga turut mendengar kuliah pengajian kitab. Saya sedar apa yang dimaksudkan oleh Ba. Pelanduk adalah kita manusia yang sering lalai...leka..macam insan2 yang tertipu dengan tafkhimul ibadah di atas. Kita lupa, kita ujub pada diri. Kita lupa pasangan penciptaan kita adalah syaitan dan iblis yang sentiasa ingin menjerat kita bila2 masa. Jerat adalah iblis syaitan yang sentiasa cuba berusaha menipu kita dari sebesar2 maksiat hingga lah sehalus2 hasutan. Mereka menampakkan keburukkan itu indah di mata kita, dan memburukkan kebaikan yang ada di depan kita...

p/s: dalam banyak2 panah yang dilepaskan dalam satu tembakan, mampu kita pastikan tiada satu pun terkena pada kita?...Istighfar dan selawatlah pada Nabi sebanyaknya... [pernah tengok iklan DIGI? Apa macam?]

Rujukan: Panduan membuat pilihan. Penerbitan Darul Nu’man. Mohammad Isa Selamat.

Khamis, Julai 16, 2009

Bukan lagi rahsia…

Kisah lama

Semasa saya mula2 masuk ke UPM, PMI begitu gah sekali namanya. Siap buat liqa’ perdana di dewan kuliah pusat untuk ahli2 yang baru berdaftar. Tapi setahun selepas tu, PMI kalah teruk dengan sistem e-undi kerana berlaku penipuan secara terang – terangan dalam pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar. Dan, ketika itu jugalah saya terlantik menjadi salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar. Saya sangat sedih dan takut. Dalam usia yang masih setahun jagung di UPM, tanpa kakak2 dan abang2 senior dalam board baru MPP, saya benar2 gugup. Mujurlah ada kak Farah Wahida yang banyak bantu kami. Kami PMI hanya 9 orang sahaja; 3 lelaki, 6 perempuan. Berbanding dengan pihak aspirasi 39 orang yang kebanyakkannya semuanya orang2 lama di UPM. Saya ingat lagi, presiden waktu itu Sahak(entah betul entah tidak saya eja namanya =p). Saya sangat tidak suka padanya. Anti. Tapi mujurlah timbalan presiden waktu tu (terus saya tak ingat nama…huhu) yang selalu slow talk dengan saya walaupun pada saya dia lebih licik lagi dari presiden.

***********

PMI berwajah baru.

Setelah hampir 7 tahun PMI ditindas, lebih tepat lagi perjuangan Islam ditindas dan dianak tirikan; kini PMI mengorak langkah dengan bergaya dan hebat. Saya sangat kagum dengan pemikiran adik2 generasi baru ini. Mereka begitu optimis dengan gerakan dan perjuangan Islam. PMI dilukiskan dengan wajah2 dan percubaan2 baru demi untuk mensinergi gerakkan Islam di UPM. Dengan kemasukkan jemaah2 baru yang saya pun tak pasti corak perjuangan mereka; walaupun mereka juga asyik menjalankan proses pengkaderan (nak bawa ke mana orang2 tu?), bertambah2 lah kerja yang perlu dijalankan.

Alhamdulillah, semester ini saya berpeluang membawa banyak halaqah usrah. (pada pandangan saya sahaja). Saya sangat teruja untuk kendalikan usrah bersama adik2 hingga terlupa bebanan lain pada diri saya. Saya perlu bawa halaqah di luar kampus. Pada adik2 yang dah saya programkan dalam sesi2 program bersama Faqih dan ISIS. Itu hanya perancangan yang perlu dikerjakan. Itulah juga harapan diri saya terhadap diri sendiri.
Alhamdulillah, sejak 2 3 tahun kebelakangan ni semakin banyak halangan yang datang. Semakin ramai jugalah yang ingin bersugguh untuk mengikut dan membantu PMI. Alhamdulillah. Moga redha dan rahmat Allah akan terus menjadi naungan terhebat pada kami PMI. Moga jiwa2 penggerak PMI dan Islam di kampus UPM makin lunak pada Allah, pada amalan2 mendekati Allah, makin lembut lidah memuji Allah dan berselawat pada Nabi, makin ringan badan beribadah pada Allah, makin keras mengerah penat keringat dan minda pada Islam, dan moga makin menjauhi perkara2 lara’ dan menjadi hijab pada kemenangan Islam.

p/s: 48/48 bersih. [hanya yang mengerti sahaja yang mengetahui] ameeen.....

Rabu, Julai 08, 2009

Pertempuran antara akal dan hawa nafsu [Hamka]

Maka kelihatanlah di sebelah barat, bayang – bayang hitam. Sepasukan tentera keluar dengan lengkap alat senjata. Di belakangnya berbaris para pahlawan yang berwajah gelap tidak mengenal kasih.

“Kita yang mesti lebih berkuasa.” Demikian raja yang ditakuti berseru. “Kita mesti rampas benteng musuh yang sengaja menghalangi – halangi langkah cita – cita kita, merampas kemerdekaan kita, mereka ingin berkuasa sendiri sahaja di negeri ini.”

“Mari…..maju ke muka jangan mundur.”

Maka terdengarlah sorak sorai mereka; balatentera hitam itu maju ke medan perang dengan dahsyatnya. Debu menjulang ke udara. Bendera berkibar – kibar. Hujung lembing dan tombak di tangan seldadu berkilat kerana cahaya matahari. Kuda – kuda yang liar dan gembira itu membuih air liurnya melompat ke sana ke mari, seakan – akan sudah tidak dapat ditahan.

Di tepi langit sebelah timur, di tempat fajar akan menyinsing, kelihatan dengan samar – samar balatentera berpakaian serba putih, beribu – ribu pula banyaknya, dipimpin pula oleh berpuluh – puluh pahlawan yang wajahnya jernih.

Di depan sekali kelihatan Maharaja yang sangat mereka cintai. Wajahnya sangat jernih dan sangat tenang. Kemudian balatentera berbaris rapat mendengarkan pidato yang beliau ucapkan:

“Kita mesti membela negeri ini dari kerosakkan.” Kata raja memulai bicaranya. “Pada kita tidak ada sifat menyerang, bukan seperti tentera yang hitam itu. Kita tidak boleh membiarkan langkah mereka terlanjur, kita harus memberhentikannya dengan cara menangkis membela diri. Kita jaga negeri ini dari kerosakkan yang akan dibawa oleh tentera hitam. Jika kita menang maka Raja tentera hitam akan jadikan kita tawanan, begitu juga pahlawan – pahlawan perangnya. Rajanya tidak akan dibunuh. Raja seperti dia perlu ada dalam kerajaan, tetapi tidak boleh berkuasa. Kerana kalau dia berkuasa, rosak binasalah negeri ini.

Di kalangan pahlawan perangnya ada yang akan dibiarkan hidup, dan akan dirantai, akan tetapi banyak pula yang akan dibunuh mati, tidak diberi ampun, kerana hidupnya sangat berbahaya bagi kerajaan. Jika kita yang memegang negeri, percayalah negeri in akan aman, tidak akan terjadi perselisihan dengan negeri yang lain.”

Mendengar ucapan raja yang dicintainya itu, seluruh balatentera bersorak: “Hidup raja kami.”

“Oleh kerana itu, bertahanlah wahai rakyatku, jangan mundur, sebab kalau kita mundur pasti negeri ini akan rosak. Kerana tentera hitam tiada mengenal kasihan, tidak mengenal akibat yang akan datang di belakang. Mereka merasa amat berhak di dalam negeri ini. Perbendaharaan negeri akan rosak, walaupun mula – mulanya kelihatan baik.

Ingat rakyatku! Kalau ada dua orang pembesar dalam suatu negeri, salah satu mesti jatuh. Kalau saya yang jatuh, saya yakin negeri ini hancur dan binasa selama – lamanya. Pertahankan dengan seluruh jiwamu. Kibarkan bendera dan panji – panji. Bunyikan gendang perang!”

“Rebut! Rampas! Halau tentera putih! Sehingga kita sahaja yang berkuasa.” Seru raja hitam.

Tidak beberapa saat kemudian terjadilah pertempuran yang sangat hebat di antara kedua barisan itu. Belum tentu yang mana yang akan menang dan mana yang akan kalah....

p/s: sahabat2, siapa yang akan menang? Pahlawan putih atau tentera hitam? Macam mana keadaannya dengan negeri yang ingin dikuasai itu? Siapa akal, siapa hawa nafsu? Bagaimana dengan pahlawan2 putih dan tentera2 hitam? Apakah yang akan terjadi pada Maharaja Putih dan Raja Hitam?

Ingatlah: Jika berlaku pertandingan antara akal dan hawa nafsu, maka akal itu akan dibantu oleh Allah, oleh hidayah Allah dan nafsu dibantu oleh fitnah syaitan.

Rujukan : Solat istikharah; Panduan Membuat Pilihan; Muhammad Isa Selamat ; Penerbitan Darul Nu’man.

Selasa, Julai 07, 2009

Mencari makna sebuah penulisan..

Pada 2julai lalu hingga semalam 5julai, Alhamdulillah saya berkesempatan pulang ke kampung halaman. Dengan niat untuk bertemu keluarga dan beroleh pahala ‘free’, saya usung diri dalam rencam kehidupan harian keluarga yang lama saya tinggalkan. Semenjak Januari yang lepas, saya cuba istiqamahkan diri untuk pulang ke kampung halaman sebulan sekali. Semuanya demi sebuah masa depan akhirat yang jauh lagi panjang. Membaca buku “Cinta di rumah Imam Hassan Al Banna” benar2 membuatkan saya berfikir ke belakang. Betapa saya banyak membelakangkan keluarga ketika usia saya beranjak dewasa. Itulah ‘turning point’ terbesar dalam hidup saya.


Sepanjang di kampung, hati dan fikiran saya tidak sudah2 terfikir tentang laman sesawang saya ini yang agak bersawang. Walaupun penulisan saya bukan penulisan terbaik, tapi saya sedar ini adalah medium dakwah saya yang tidak kalah pentingnya. Walaupun saya tidak mempunyai ‘followers’ yang beribu atau beratus, tapi ada sahabat2 yang masuk yang kadang2 mencari diri di sebalik pengalaman kehidupan yang dicoretkan. JazakaAllah.

Mengulit diri dengan kemesraan keluarga adalah kemanisan yang indah. Hingga kadang2 terlupa pada amanah perjuangan yang saya tinggalkan sebentar di KL. Benarlah kata Imam Hassan Al Banna dalam buku Cinta di Rumah Imam Hassan Al Banna;
“Kami lebih mencintai sahabat2 seperjuangan kami dari keluarga kami kerana keluarga kami hanya akan membawa fitnah pada kami sedang sahabat2 kami sentiasa membawa kami mengingatkan pada akhirat”

Namum, IHAB tetap juga menjadi contoh terbaik dalam menjaga keluarganya. Bayangkan, semua keperluan dapur keluarganya masih lagi dia yang senarai belikan. Lebih bagus lagi setiap bahan yang bermusim keluarannya tidak pernah ketinggalan dibelikan untuk keluarga. Cukup lah Allah dan Rasul Nya menjadi contoh terbaik buat kita, bukan yang lain. Rasullullah sendiri pernah bersabda;
“Aku lah yang paling baik terhadap keluargaku” [maaf, jika tersalah matan. Tak jumpa rujukan]


Blog ini saya buat atas dasar perkongsian rencam kehidupan yang jerih saya lalui untuk sama2 dijadikan teladan buat pembaca. Maka, saya akan cuba mengisinya dengan baik. Apa lagi perkongsian yang dapat saya tagih selain ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan.

p/s: tegurlah jika saya tersalah, kurangkan pujian jika ada yang berkesan di hati. Sedekahkan zikir buat anda dan saya moga kita sama2 saling berukhwah hingga dalam syurga yang penuh nikmat. Ameenn….