Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Selasa, Mac 31, 2009

Mengintai Nematod...

Sepanjang minggu ni aku akan sibuk di lab Nematod?
Ada sape tau tentang nematod?

Nematod adalah sejenis mikroorganisma tanah. Boleh dikatakan haiwan terbesar antara mikroorganisma yang lain jika nak dibandingkan dengan bakteria, dan virus. Nematod bukan tumbuhan, tapi sejenis animalia. Bentuk dia seakan2 cacing. Tapi tak boleh dilihat dengan mata kasar. Boleh dilihat dengan mikroskop sahaja. Nematod hidup dalam tanah dengan mendapatkan makanan dari akar tumbuhan di dalam tanah. Caranya, mereka akan melukakan akar untuk dapatkan nutrien yang telah diserap oleh akar.

Ada lebih kurang 9 jenis nematod. Kebanyakkannya akan melukakan akar pokok. Akar pokok pula satu penciptaan yang unik, setiap kali akat tertier luka ketika bergeser dengan partikel tanah sewaktu bekerja mencari nutrien, akan tumbuh akar baru dan lukanya akan cepat2 terkatup dalam masa hanya 3 minit. Subhanallah. Jadi, aktiviti nematod yang tumpang melukakan akar ni bukan lah perkara yang besar bagi akar. Mungkin akar akan anggap dia bersedekah sahajalah nutrien yang nematod ambil darinya.

Tapi, ada satu jenis nematod ni. Sangat berbahaya. Kenapa? Sebab dia ni bila dah lukakan akar, bukan sekadar ambil makanan je. Siap nak tumpang lagi dalam akar. Masuk dalam sel akar, xmau keluar2 dah sampai la dia mati...huhuhu...dahsyat nya makhluk Allah ni. Nama dia Meladogyne sp. Perkara ni bukan perkara kecil. Bila cik Mela ni masuk dalam sel akar, semua kerja akar akan terbengkalai. Ye la, ibarat macam paip air yang di sekat laluanya. Semua makanan yang akar cari tak kan dapat sampai ke bahagian lain pokok. Batang xdapat makanan, daun tak dapat makanan, pucuk apatah lagi. Pokok boleh mati dengan cepat. Ni la namanya parasit. Cik Mela ni la satu2nya nematod yang dahsyat setakat ni di Tropika ni.

Hmm, disebabkan nematod ni dahsyat sangat. Aku ditugaskan mengintai telur2 nematod ni pada akar2 pokok jambu batu yang telah di eksperimenkan. Fuh, berpinar juga mata mengadap mikroskop setiap hari mengintai nematod yang dahsyat ni...

Soooo.
Pada sesapa yang suka buat perangai macam Cik Mela ni lebih baik la bertaubat. Kalau setakat masuk jemaah nak meghabiskan beras, kalau datang kerja setakat nak relaks makan gaji buta, kalau berorganisasi setakat nak suka ada jawatan. Kalau setakat masuk pilihan raya nak menang bergaya, xmau berkhidmat.....lebih baik bertaubat. Anda bukan sahaja menyusahkan orang sekeliling anda. Tapi anda juga bakal melumpuhkan semua talian hidup anda dan orang lain. Bikin susah orang jer..

p/s: ingtan buat diri aku juga dan pada semua. Lets Pray 4 Bukit Selambau yang dah merapu pencalonannya....penin2.....

2 ulasan:

M. Ubaidillah berkata...

salam ukhti solehati...

ana tertarik dengan nematod ni. Boleh x minta enti send skit maklumat pasal nematod ni pada emel ana ubai_kltn@yahoo.com. Ana tgh menanam kenaf di kelantan, dgr kata nematod adalah antara musuh kenaf ni. Please ye...harap Allah memudahkan urusan enti. syukran

solehati berkata...

akhirnya maklumat nematod ni memberi manfaat pada yang memerlukan...