Setelah sekian lama berblog, aku menilai kembali di mana tanda arasnya aku ini. bila buka blog kawan - kawan, aku tengok mereka semua ada kecenderungan kepada sesuatu dalam menulis..tapi aku hanya cerita tentang pemikiran aku yang kurang berkembang atau mungkin langsung tak berkembang????
akhirnya aku kehilangan idea untuk menulis.....langsung tak pandai nak menulis...mungkin..
Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....
Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Rabu, November 05, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
sebenarnya apa yg teristimewa pd setiap blog ialah pemikiran kita yg diketengahkan. kalau nak ciplak idea orang, nampak sgt penulisan tak ori. tp tak salah nak ketengahkan penulisan org laen,amek iktibar&dpt bg manfaat pd diri dan org laen jgk.tp penulisan sendiri tu biar benar lahir dari hati, maka terserlahlah lg keoriannya.setiap pemerhatian kita pd setiap hari,melahirkan kata hati.cuba xpresikan kata hati tu dlm blog.itulah modal penulisan dan idea kita.lgpun tuan punye blog ni dah ade crowd tersendiri, x perlu takut klu idea tak diterima.huhu
Adikku Solehati,
Rahsia menulis yang pertama ialah MULAKAN MENULIS kerana pengalaman akan mengasah kita.
Telitikan gaya penulisan orang lain yang banyak mempengaruhi - ada bentuk serius, santai dan sebagainya. Di mana kekuatannya sedangkan gaya berbeza-beza?
Mulakan begini:
Cari satu idea misalnya MASA ITU PENTING
Then cari 2-3 hujah kenapa masa itu penting? 2-3 hujah ni cuba kuatkan dengan contoh. Di peringkat mula mungkin hanya ada 1 hujah dan 1 contoh.
Then cuba bahaskan sendiri - kritik tulisan sendiri (ini mampu latih sikap kritis dan kreatif dalam diri kita). Dah kritik tu cuba cari jawab balas. Jangan kerana petik kata2 Hassan al-Banna, maka kita tak berani kritik pandangan Hassan al-Banna.
Ini proses belajar. Menulis pengalaman sendiri tidak salah malah ia lebih membina kerana dekat dengan diri kita.
Yang penting, meskipun ada banyak yang kita nak zahirkan dalam tulisan kita, satu tajuk biarlah ia dijelaskan dengan baik dan jangan longgok banyak isi sekaligus melainkan dilonggok dengan jelas.
Selamat menulis!
Catat Ulasan