Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Khamis, Oktober 30, 2008

Sekadar lintasan...

Pernah dengar tentang lintasan hati? lintsan malaikat? lintasan cinta? melintas di jalan raya? huhuhuhu.......

Dalam kehidupan ni aku jarang ambil pusing perkara - perkara yang hadir dalam jalanan kehidupan aku...suka ker, sedih ker, gembira ker, duka ker, luka ker, berdarah ker, ape ape ker....bagi aku tu semua satu lintasan sahaja...

Ye lah...kadang - kadang jalan hidup kita ketika itu berbukit..jadi, lalu sahaja lah dah itu jalannya...dah itu taqdir dan ketentuan kita..bole je kalau kita nak minta ALLAH sediakan jalan kehidupan kita ni mudah, indah, gembira. tapi sanggup kah kita bayar harga syurga DIA di akhirat nanti yang entah berapa harga nilainya untuk kita diami?....fuhhh...aku pun penin dan tak tahu.......

Kadang - kadang jalan kehidupan kita penuh dengan warna ceria, gembira, senang hati..dan saat itu, nikmatilah dengan baik. jangan kufur nikmat, jangan lalai dan jangan terus bersenang dengannya....sentiasalah inzarkan diri...itu lah yang sebaiknya...















Kita yang tentukan nilai yang ALLAH bagi pada kita....memang kadang - kadang kita diuji dengan pelbagai perkara yang menyesakkan nafas, jiwa dan rasa....tapi kalau kita matang....hikmahnya tak ternilai....kita akan ratah mentah semua ujian dan nikmat yang datang tanpa banyak rungutan....dan itu la yang manis tu.....

hidup ini memang musafir yang panjang dan memenatkan.....tapi nilaian kita pada sesuatu perkara itu lah yang menjadi ibadah terbesar buat kita...pahala atau dosa? syurga atau neraka?

Jumaat, Oktober 24, 2008

ORKID

Lagi tentang subjek.....last post aku tentang subjek ekonomi....tapi post kali ni lebih akademik dari yang sebelumnya...

secara umumnya orkid 5 genera

Dendrobuim

















Cattleya














Oncidium





















Phalaenopsis




















Vandaceous













Di Malaysia ni yang popularnya orkid dendrobium dan vandaceous la. Dendrobium ni biasanya banyak diguna dalam majlis2 rasmi. Mungkin sebab rupa dia cantik dan tahan agak lama juga. Vandaceous plak, biasanya jadi penggemar penanam orkid macam suri rumah. Coz dia senang hidup, x perlu jagaan yang remeh sangat. Tapi kita hari ni tau beli ja, tau guna ja...huhuhu..

Macam nak tanam orkid ni?

Ok. kita perlukan:

1)media tanaman
- disebabkan orkid ni pokok angin (???..huhuhuhu), jadi kalu dia lekat di pokok dia tumbuh, kalu lekat di kayu dia tumbuh, lekat di bumbung rumah pun dia tumbuh. Pokok jenis ni x perlukan tanah untuk tumbuh.
- kalu x perlu tanah, jadi tanam atas per? kita perlukan media tanaman yang boleh bagi sokongan pada orkid ni, boleh bagi kelembapan pada akar dia, boleh bagi persekitaran yang baik pada akar.
- x kisah pun kalau media ni bole bagi nutrien ke tak pada orkid.
- jenis media biasanya bole pakai kulit kayu, pokok fern, kulat jenis fern, osmunda fiber (jangan tanya, oversea punya...huhuh), habuk nyior, kayu arang, serpihan pasu, dan bata.

2)faktor persekitaran yang membantu. Cahaya.
- membantu proses fotosintesis
- orkid di kelaskan ikut keperluan cahaya dia
> cahaya penuh (full sunlight) = satu hari la..macam Mokara, Vanda, Vanila, Aranda.
> cahaya pertengahan (intermediate) = x penuh satu hari, dalam 50% ja cahaya. Jadi kalu nak tanam kena letak bawah lindungan. Shading.
> heavy shade (kurang cahaya) = dia perlukan dalam 70% teduhan. Maksudnya, shading yang nak dipakai nanti perlu lebih rapat dan padat, supaya cahaya yang sampai hanya sikit.
- cahaya ni bagi kesan yang tersendiri pada tanaman orkid ni contohnya pada kedapatan air, pengairan (siram pokok le...huhuhuh), pembajaan, dan pengudaraan.
- kalau cahaya yang orkid dapat lebih dari keperluan dia, orkid tu akan mengalami pengeingan, water stress, layu daun dan jadi kekuningan dan kadang2 terbakar.
- kalau kurang cahaya plak, pertumbuhan dia akan terbantut, bole kena jangkitan kulat, susah nak berbunga, bunga yang keluar pun kurang kualiti, dan daun dia jadi tebal dan terlalu tebal.

3)pengairan
- perkara paling penting sekali, sangat diperlukan untuk pertumbuhan.
- kalu selalu sangat siram senang diserang dengan kulat, matikan pokok. x bole air yang tercemar.

4)suhu
- keperluan suhu berbezza mengikut habitat spesies orkid. ada 3 kumpulan orkid yang dikelaskan mengikut keperluan suhu.
> suhu sejuk
> suhu pertengahan sederhana
> suhu suam (x panas, x sejuk)
- orkid x bole suhu berubah secara mendadak, kita juga x digalakkan tanam dua jenis orkid yang berlainan suhu, hanya meningkatkan kos.
- orkid yang berasal dari Malaysia sendiri memang banyak.

5)kelembapan
- biasanya orkid perlukan 60 - 80% kelembapan. Tinggi tu...tapi jgn selalu siram plak...selang 2 jam..bole mati tu..kalu dalam sehari 2 kali siram tu ok la..standart la. coz orang pun perlukan kelembapan dalam 40 - 70% kita mandi 2x sehari, jadi bole la siram dalam 2x sehari.
- kelembapan ni pun penting untuk pertumbuhan, jadi kalu tanam dalam rumah, ada air-cond tu orkid senang kering, kenala siram selalu.

6)bekas
- citer dah macam2, tapi xda bekas plak nak tanam...huhuh
- biasanya cari la bekas yang dah siap dijual, yang biasa diguna untuk tanam orkid, yang ada nilai seni, yang bole bantu pertumbuhan orkid dan mudah diubah.
- bole pakai dari jenis plastik, kayu atau tanah atau yang semulajadi yang bole tampung pokok orkid.

7)pembajaan
- biasanya pakai baja cecair yang dicampur sekali dengan racun kulat dan racun seangga. biasanya diamalkan dalam industri.
- penggunaan baja, tiada syoran di sini..(maaf)


Alhamdulillah....dah siap pun tanam pokok....kena la plak jaga, jangan pandai tanam dan biar...zalim tu pada makhluk ALLAH sorang ni..

apa nak kena jaga ni?..

1)siram jangan lupa
2)belek2 kalu da serangga ke, kulat ker...
3)senang jerr kan....

Isnin, Oktober 20, 2008

Pemasaran Pertanian

Apa tu?

Salah satu subjek aku le...huhu

Dalam nak pasarkan barang pertanian ni, basicnya masih tidak lari dari format pemasaran yang biasa diamalkan oleh perniagaan biasa.
Antara element yang ada dalam memasarkan produk pertanian ni ialah
1)Produk itu sendiri
2)Brand produk
3)Pembungkusan
4)Harga produk yang ditawarkan
5)Pengagihan produk
6)Promosi

Isnin, Oktober 13, 2008

OKTOBER-NOVEMBER 2008

BERDEBAR?!!!!!!!!!!!?
GEMENTAR???!!!!!!!!!
KEPANASAN??!!!!
GELISAH????!!!!

ya,
betullah tu.....

Oktober-November

kami nak final EXAM....aku?..final projek lagi...
kerja2 gelandangan dalam gerakan semakin panas, semakin sibuk
PRK masih menjadi 'hantu' dalam hidup kami....
Malaysia pun masih menunggu PM baru kami....mana?...


kawan2 tak rasa panas lagi?

Isnin, Oktober 06, 2008

Taqabbalallah.........syawal datang lagi

SELAMAT HARI RAYA KAWAN - KAWAN....TAQABBALALLAH...





Belum sempat syawal datang, biasanya budaya di Malaysia ni akan meriah dulu sambutannya...emmm, setiap sesuatu itu pasti ada baiknya...

Cuma, yang agak terkilan itu jika kita tidak memanfaatkan malam - malam terakhir ramadhan yang penuh dengan janji - janji manis dari ALLAH buat hambanya...pelbagai ganjaran dan hadiah yang DIA taburkan pada kita...sayang kalau kita tak berebut seperti mana kita berebut - rebut nak dapatkan barangan bernilai yang diberikan secara percuma....rasa rugi tak?





Akhirnya Ramadhan, Syawal pasti akan tiba....jangan lah kita bimbang...tapi yang membimbangkan ialah bagaimana Syawal tanda kemenangan itu kita sambut.....adakah batas syariatnya atau kita seolah - olah melampiaskan semua tuntutan nafsu yang selama ini kita kekang sepanjang Ramadhan lalu..?

Bagi aku, Ramadhan dan 1 Syawal kali ini sangat bermakna walaupun tidak semeriah mana..aku berpeluang kembali mengenali insan - insan yang menghargai aku, menyayangi aku, membantu dan melatih aku kembali ke landasan diriku yang dahulu.. Alhamdulillah...sememangnya sudah lama kelopak mata ni kering dari titisan - titisan rindu pada NYA....di Ramadhan kali ini aku kembali ingat pada NYA yang dulu aku selalu lalai dan lupa....syukran ya ALLAH...





Buat insan yang sangat bermakna dalam hidupku dalam membantu memaknakan kembali diri ini, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga...biarlah hanya dia sahaja yang tahu, bahawa dia telah berusaha membantu dan menjadi pembantu yang baik pada ku...terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi...moga ALLAH menempatkan dirimu di maqam hamba - hamba NYA yang rohnya menjadi burung - burung hijau di syurga...amen.

Buat sahabat - sahabat sepejuangan dan insan yang akan menjadi sebahagian dari hidup ini, mohon maaf aku pinta dari kalian kerana banyak menyusahkan kalian sepanjang perawatan hati yang rosak dan sakit ini..aku sangat berharap moga tarbiyah Ramadhan kali mampu membuahkan hasil yang manis dalam perjalanan perjuangan aku bersama kalian dan kehidupan kita seterusnya...





Sahabat - sahabat yang telah melangkah maju ke marhalah kedua, janganlah kalian lupa pada saat - saat getir kalian dalam membentuk diri dalam marhalah fardhu muslim dahulu...ingatlah, perkahwinan hanyalah satu wasilah yang membantu kita untuk mencapai khilafah yang kita rindukan....bukan pada hanya membentu koloni - koloni baru yang kita akan selesa di dalamnya...InsyaALLAH.