Lagi tentang subjek.....last post aku tentang subjek ekonomi....tapi post kali ni lebih akademik dari yang sebelumnya...
secara umumnya orkid 5 genera
Dendrobuim
Cattleya
Oncidium
Phalaenopsis
Vandaceous
Di Malaysia ni yang popularnya orkid dendrobium dan vandaceous la. Dendrobium ni biasanya banyak diguna dalam majlis2 rasmi. Mungkin sebab rupa dia cantik dan tahan agak lama juga. Vandaceous plak, biasanya jadi penggemar penanam orkid macam suri rumah. Coz dia senang hidup, x perlu jagaan yang remeh sangat. Tapi kita hari ni tau beli ja, tau guna ja...huhuhu..
Macam nak tanam orkid ni?
Ok. kita perlukan:
1)media tanaman
- disebabkan orkid ni pokok angin (???..huhuhuhu), jadi kalu dia lekat di pokok dia tumbuh, kalu lekat di kayu dia tumbuh, lekat di bumbung rumah pun dia tumbuh. Pokok jenis ni x perlukan tanah untuk tumbuh.
- kalu x perlu tanah, jadi tanam atas per? kita perlukan media tanaman yang boleh bagi sokongan pada orkid ni, boleh bagi kelembapan pada akar dia, boleh bagi persekitaran yang baik pada akar.
- x kisah pun kalau media ni bole bagi nutrien ke tak pada orkid.
- jenis media biasanya bole pakai kulit kayu, pokok fern, kulat jenis fern, osmunda fiber (jangan tanya, oversea punya...huhuh), habuk nyior, kayu arang, serpihan pasu, dan bata.
2)faktor persekitaran yang membantu. Cahaya.
- membantu proses fotosintesis
- orkid di kelaskan ikut keperluan cahaya dia
> cahaya penuh (full sunlight) = satu hari la..macam Mokara, Vanda, Vanila, Aranda.
> cahaya pertengahan (intermediate) = x penuh satu hari, dalam 50% ja cahaya. Jadi kalu nak tanam kena letak bawah lindungan. Shading.
> heavy shade (kurang cahaya) = dia perlukan dalam 70% teduhan. Maksudnya, shading yang nak dipakai nanti perlu lebih rapat dan padat, supaya cahaya yang sampai hanya sikit.
- cahaya ni bagi kesan yang tersendiri pada tanaman orkid ni contohnya pada kedapatan air, pengairan (siram pokok le...huhuhuh), pembajaan, dan pengudaraan.
- kalau cahaya yang orkid dapat lebih dari keperluan dia, orkid tu akan mengalami pengeingan, water stress, layu daun dan jadi kekuningan dan kadang2 terbakar.
- kalau kurang cahaya plak, pertumbuhan dia akan terbantut, bole kena jangkitan kulat, susah nak berbunga, bunga yang keluar pun kurang kualiti, dan daun dia jadi tebal dan terlalu tebal.
3)pengairan
- perkara paling penting sekali, sangat diperlukan untuk pertumbuhan.
- kalu selalu sangat siram senang diserang dengan kulat, matikan pokok. x bole air yang tercemar.
4)suhu
- keperluan suhu berbezza mengikut habitat spesies orkid. ada 3 kumpulan orkid yang dikelaskan mengikut keperluan suhu.
> suhu sejuk
> suhu pertengahan sederhana
> suhu suam (x panas, x sejuk)
- orkid x bole suhu berubah secara mendadak, kita juga x digalakkan tanam dua jenis orkid yang berlainan suhu, hanya meningkatkan kos.
- orkid yang berasal dari Malaysia sendiri memang banyak.
5)kelembapan
- biasanya orkid perlukan 60 - 80% kelembapan. Tinggi tu...tapi jgn selalu siram plak...selang 2 jam..bole mati tu..kalu dalam sehari 2 kali siram tu ok la..standart la. coz orang pun perlukan kelembapan dalam 40 - 70% kita mandi 2x sehari, jadi bole la siram dalam 2x sehari.
- kelembapan ni pun penting untuk pertumbuhan, jadi kalu tanam dalam rumah, ada air-cond tu orkid senang kering, kenala siram selalu.
6)bekas
- citer dah macam2, tapi xda bekas plak nak tanam...huhuh
- biasanya cari la bekas yang dah siap dijual, yang biasa diguna untuk tanam orkid, yang ada nilai seni, yang bole bantu pertumbuhan orkid dan mudah diubah.
- bole pakai dari jenis plastik, kayu atau tanah atau yang semulajadi yang bole tampung pokok orkid.
7)pembajaan
- biasanya pakai baja cecair yang dicampur sekali dengan racun kulat dan racun seangga. biasanya diamalkan dalam industri.
- penggunaan baja, tiada syoran di sini..(maaf)
Alhamdulillah....dah siap pun tanam pokok....kena la plak jaga, jangan pandai tanam dan biar...zalim tu pada makhluk ALLAH sorang ni..
apa nak kena jaga ni?..
1)siram jangan lupa
2)belek2 kalu da serangga ke, kulat ker...
3)senang jerr kan....
Gugur semua kes ketika pentadbiran PH 1.0, kata Pemuda Umno Sabah
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan