entah apa lah yang membuatkan aku bagi tajuk ni.
ensiden 1:
"cepat2 akak dah da d luar ni (depan kolej 13), nanti kita lambat..."
"ok2 saya keluar"
dengan terkocoh - kocoh fizah keluar dari pagar kolej mendapatkan aku di motor. kami janji petang tu akan ke Shah Alam bersama coz nak bincang tentang Majlis Dakwah. rumah munawirah. siap saja fizah naik motor aku terus lekas memecut. harap - harap kami x lewat sangat bertolak.
baru saja sampai setengah jalan, fizah bertanya
"jauh lagi ka kak? nape kita x naik je kenderaan awam.."
aku hanya diam. dalam hati, aku ada alasan tersendiri memilih motor ke shah alam. ya lah, bila lagi nak praktis survey jalan. kenderaan awam ni dah bertahun dah aku dok latu. walaupun tak lah baru sangat aku bawa motor, tp sekurang - kurangnya boleh juga aku kenal jalan - jalan d shah alam ni.
sememangnya sejak 2 tahun lepas aku sudah biasa travel jauh - jauh hanya dengan motor. lagi senang, x menyusahkan sesiapa. sampai saja di trafic light belok ke shah alam aku balas pertanyaan tadi dengan ayat 'Selamat datang ke dunia akak'..fizah balas 'fuuyoo'...entah ape ntah yang dia fikir...biarlah...aku serah pada yang HAQ untuk menilai respon dia tu.
perjalanan ke rumah muna petang masuk ke malam tu berjalan dengan baik. (kami sempat singgah pasar malam di taman rumah muna tu). walaupun banyak kali berhenti tanya orang - orang di situ. takut sesat.
perbincangan di rumah muna hanya kami bertiga. aku, muna n fizah. banyak juga kau dapat input yang perlu aku buat. nampak gaya kena susun sikit mana yang tak clear tentang proposal tu...Alhamdulillah semua nya bejalan dengan baik. tapi yang sayang nya x dapat jumpa dengan parent muna coz depa keluar. da kenduri. 'ala kullihal misi dah selesai. kami keluar dari rumah muna dalam pukul 10 lebih.
emm...part yang paling best adalah di sini...nak kuar dari rumah muna tu MasyaAllah, punya la susah..aku tersalah ambil jalan. kami terpaksa lalu area 'uptown shah alam'. ingat kan tempat per, rupanya pasar malam yang besar..lepas tanya guard yang bertugas jaga parking di situ, kami jumpa jalan sebenar. highway balik serdang. bila aku lalu ja depan stesyen minyak hati dah terdetik, 'motor ni ada minyak ka x?, x pe lah Bismillahitawakkaltu 'alallah'..
emmm...doa saja memang la Allah x tolong. kalu Dia tolong pun mesti ada sesuatu yang Dia nak sampaikan pada kita..dalam kes aku n fizah ni, motor kami termati di tengah jalan. Subhanallah...emmm..lazat, manis, enak, sedap..(dan yang seangkatan dengannya) ujian Dia pada kami malam tu...
bayangkan di tengah highway, di tempat yang kita x kenal sesiapa yang berdekatan (kami masih lagi dalam area Shah Alam), yang jalannya oneway, kami berdua mati kutu. bila fizah 'buka' ja mulut dia aku terus suruh dia diam...jangan cakap apa - apa. hanya menambahkan gelisah hati. aku minta dia tolong tolak motor bersama untuk patah balik ke stesyen minyak tadi..
hampir 2km kami tolak motor..baju ni basah peluh x usah nak kata ler. muka memang penat giler la..sebenarnya dah biasa tolak motor...tapi inilah kali pertama susahkan pembonceng untuk tolak bersama..maaf ye dik fizah..
sebenarnya dalam hidup ni banyak sangat pengajaran yang bole kita ambil...
malam tu malam tarbiyah buat kami berdua..memang banyak insiden - insiden seram yang kami tempuh..
apa pengajarannya?
ANDA LAH YANG TENTUKAN....
Gugur semua kes ketika pentadbiran PH 1.0, kata Pemuda Umno Sabah
12 jam yang lalu
6 ulasan:
The nice thing with this blog is, its very awsome when it comes to there topic.
Bagus2, tarbiyah macam ni yang patut semua terima. Sama-sama kita sabotaj moto sahabat2 kita (seperti tebuk tangki minyak dan lain2) bagi memastikan semua mendapat tarbiyah begini.
Jeles ar dapat tarbiyah sebegini, tanda Allah sayang pada enti...huhuhu
asalkan kita redha dan terima dengan lapang hati apa yang datang pasti hikmahnya lebih manis dalam setiap peristiwa yang berlaku pada diri kita...
kadang - kadang kita x sedar yang kita ta'jub pada diri kita sendiri. ya lah, kita selalu melihat dan berkata aku perlu lakukan kebaikan supaya juga berada dalam lingkungan kebaikan juga.
tapi tak sedar kah kita yang kita berada pada ketika ini hanya lah kerana Kasihnya Dia pada kita?
berebut - berebut lah kita mencari redha NYA..lakukanlah apa pun yang penting mesti dalam syariat NYA, mencari kebaikan pada manusia dan mengharap redhanya..
itu la..bagus2 tarbiyyah yg diperolehi..kadang2 padan muka gak..sebab xcek dulu minyak ade ke x..itu la..b4 nk jalan jauh..cek sume la..bru leh berjaga2..ke cane
solehati nie jenis xcerdik..tau doh nk jale jauh..tgk la taki minyaok lu..bru la sedap jale..ke guane cik solehati..berat sunggoh r..tarbiyyah2 gok..kesian kat org belakang tue..nok kata xcerdik duk ngaji u doh..len kali buat sesuatu,prepare lu..klu kene kat highway karak..jawabnyer..menangis la..
semua pejuang agama Allah ditarbiyah dgn kemampuan masing2. pernah ada pengalaman manis, motor nur rosak kat ss mujur dah dekat rhb.. Sama2 tolak dalam hujan lebat. Kenangan dalam berjuang di jalan ALLAH. Masa tu baru lepas meeting untuk program grads wal semester lepas.Ya, sangat manis. Kak soleh cek minyak ye len kali klu nak jalan jauh.
Catat Ulasan