Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....
Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Khamis, November 19, 2009
Sedikit Perkongsian Dari Prof Wan Maseri..R&D Muslimat
Sesungguhnya Engkau Ya Kholiq Yang Maha Pencipta telah menciptakan diriku daripada tanah yang hina dan kemudian dari air mani yang juga hina, dari tiada kepada ada. Engkau Ya Khaliq Yang Maha Pencipta dan Ya Malik Yang Maha Berkuasa dan Raja Yang Memiliki Segala Isi Langit dan Bumi telah ciptakanku dan sesungguhnya diriku hanya ciptaanMu dan hambaMu yang dulunya tiada dan kini ada.
Engkau Ya Wahhab Yang Maha Pemberi telah memberikanku segala kesempurnaan tubuh badan, pakaian, rezeki dan juga Engkau Ya Rahman Yang Maha Pengasih, Ya Rahim Yang Maha Penyayang telah mengurniakan Kasih dan SayangMu kepada ibu dan bapaku dan diriku, yang dengan rasa Kasih dan SayangMu itulah kami membina keluarga yang bahagia dan harmoni ini sehingga kehari ini.
Sesungguhnya diriku adalah seorang anak yang Engkau kurniakan sedikit Rahman (Pengasih) dan RahimMu (Penyayang) untuk ku curahkan kepada ibu dan bapaku demi melaksanakan tugas KhalifahMu di dunia ini. Engkau telah menugaskan diriku sebagai seorang anak agar memberikan kasih dan sayang yang tulus dan berbakti kepada ibubapaku kerana Engkaulah Ya Jalil Yang Maha Tulus dan Ya Quddus Yang Maha Suci.
Dengan sedikit Rahman dan RahimMu, JalilMu dan QuddusMu inilah, diriku bersama ibu dan bapaku mampu membentuk peribadi hamba dan khalifah dikalangan ahli keluarga kami dan dengan peribadi inilah kami mampu membina sebuah keluarga bahagia.
Dengan kekuatanMu Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawwiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna Kekuatan dan Maha Teguh, diriku bersama keluargaku menghadapi segala cabaran dan ujian hidup yang sentiasa Engkau, Ya Rahman, Ya Rahim berikan. Kerana dengan menghadapi cabaran dan ujian inilah, kami sekeluarga akan bangkit sebagai satu keluarga yang padu dan kuat bagi membina dan membangunkan generasi hambaMu yang taat dan patuh kepadaMu.
Ya Allah Ya Alim Yang Maha Berilmu, sesungguhnya Engkau telah mencipta diriku sebagai seorang pelajar yang perlu mencari ilmuMu dan NurMu (Cahaya Petunjuk) yang terlalu banyak dan tidak bertepi. Dengan ilmuMu dan NurMu inilah diriku mampu menyuluh jalan yang Engkau telah bentangkan dan mampu berjalan di atasnya dengan bimbingan dan petunjukMu Ya Haddi Yang Maha Memberi Petunjuk. Ilmu yang Engkau Ya Alim anugerahkan kepadaku akan ku gunakan untuk melakukan kebaikan kepada manusia tanpa mengharapkan balasan manusia, tetapi yakin dengan balasan Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Engkau juga telah menciptakanku bagiku berkenalan, berbuat baik serta nasihat menasihati antara kami agar kami semua taat dan patuh kepadaMu Ya Rabbi.
Ya Allah, Ya Malik, Sesungguhnya Engkau adalah Raja yang memiliki diriku ini. Diriku milikmu ya Allah, segala apa yang ada pada diriku ini, kecantikanku, kesihatanku, wangringgitku hatta ibubapaku, adik beradikku dan rakan-rakanku adalah milikMu sepenuhnya. Diriku sedar Engkau akan mengambil semuanya itu daripada diriku pada bila-bila masa, dan diriku tidak seharusnya merasa sedih dan kecewa kerana sesungguhnya ianya bukan milikku, Engkau Ya Maha Pemberi telah memberikannya kepada diriku sebagai amanah dan pinjaman untukku melaksanakan tugas khalifahMu didunia ini dan alat bagiku mengutip redhaMu bagi bekalan untuk akhirat nanti.
Ibu dan ayahku yang ku sayangi, kalian harus sedar, diriku bukanlah milik kalian. Diriku adalah milik Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Maha Memiliki dan Maha Pencipta. Oleh itu diriku tidak mampu untuk menghambakan diri kepadamu ibu dan ayah, kerana diriku hanyalah hamba kepada Tuhan yang menciptakanku dan Tuhan yang telah memberikan seluruh kasih dan sayangNya kepadiriku selama ini.
Ibu dan ayah yang ku sayangi, apa yang diriku lakukan kepadamu hanyalah kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim dan Ya Wadud. Sesungguhnya ibu dan ayah yang ku kasihi, kasih sayangmu, cintamu, perlindunganmu, pemberianmu dan perhatianmu selama ini kepada diriku adalah sesungguhnya kasih dan sayang Ya Rahman dan Rahim, cinta Ya Wadud, perlindungan dari Ya Hafidz, Keperihatinan dari Ya Muhaimin kepadiriku. Oleh itu diriku harus membalas segala anugerah Allah itu dengan taat dan patuh kepadaNya dengan sepenuh hatiku.
Maafkanku ibu dan ayah yang ku sayangi, diriku tidak mampu mengasihimu melebihi Tuhanku kerana Dia menyayangiku setiap masa, ketika diriku comel dan cantik dan ketika diriku cacat. Ketika ibu dan ayah mungkin tidak menyukaiku, Dia Ya Rahman Ya Rahim tetap menyukaiku dan sentiasa membimbingku. Dia mencintai dan menyayangiku dan sentiasa mengurus diriku ketika ibu dan ayah terlalu sibuk dengan tugas harian dan mungkin akan melupaiku satu ketika nanti, ketika ibu dan ayah sudah tidak merasa diriku penting lagi kerana tidak mampu menjadi pelajar cemerlang yang ibu dan ayah idamkan, tetapi Dia Ya Wadud yang Maha Pencinta tetap mencintaiku dari dunia hingga akhirat walau bagaimana keadaanku sekalipun, walaupun diriku berjaya atau gagal dalam pelajaranku.
Namun ibu dan ayah yang ku sayangi, diriku tetap menyayangimu berdua kerana ibu telah sanggup berkorban untuk mengandung dan melahirkanku dengan bantuan Ar Rahman Yang Maha Pengasih dan
Ar Rahim Yang Maha Penyayang serta Ya Aziz Yang Maha Kuat, dan ayah sanggup bersusah payah mencari rezeki dari Ya Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki untuk membesarkan dan melindungiku dengan sifat Ya Muhaimin Yang Maha Melindungi selama ini.
Ibu dan ayah yang ku sayangi, sedarlah bahawa diriku hanya diutuskan oleh Allah di dunia ini untuk mengabdikan diri kepadaNya, memuji kebesaranNya dan mensyukuri nikmatNya yang melimpah ruah. Daku harus membalas cinta kepadaNya dengan berbuat baik kepada ibu dan ayah, tetapi segalanya ku lakukan demi kerana Ya Rahman Ya Rahim.
Oleh itu Ibu dan ayah yang ku sayangi, sesungguhnya kita ini diciptakan oleh Ya Malik dan dipunyai olehNya dan kita akan kembali kepada Ya Mu’id Yang Mengembalikan dan Dia Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan menghitung setiap perbuatan kita didunia ini untuk diberikan balasan di akhirat nanti. Oleh itu ibu dan ayahku, marilah kita bersama-sama berjalan diatas permaidani makrifatullah dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Dia Ya Rahman dan Ya Rahim sentiasa menyayangi dan mengasihi kita dan mengikut petunjuk Ya Haadi yang sentiasa memberi petunjuk dan membimbing kita.
Ya Allah ya Tuhan yang menciptakan Kami, sesungguhnya kami berkumpul disini adalah semata2 untuk mengabdikan diri kepada Mu. Ya Allah kami sedar yang sesungguhnya kami dahulunya tiada, dan Engkau lah menciptakan kami dengan penuh kesempurnaan dan mengajarkan kami sesuatu yang kami tidak mengetahui dan memberikan kami segala jenis rezeki yang kami sendiri tidak mampu untuk mengadakannya untuk kami gunakan didunia ini sebagai pengabdian kepada Mu dan menjalankan amanah Khalifah di bumi ini.
Ya Allah kami sedar kami adalah hambaMu yang diwujudkan didunia ini hanyalah untuk taat dan patuh kepadaMu sepertimana taat dan patuhnya matahari, bulan dan bintang yang tidak pernah mengerti erti keengkaran dan kemungkaran. Namun kami ya Allah seringkali lalai dan mengikut hawa nasfu kami dan lalai dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu walaupun Engkau telah memberi kesempurnaan didalam penciptaan kami ini ya Allah. Ya Allah, kini kami sedar yang kami wajib taat kepada perintahMu, kami sedar terlalu banyak dosa dan kemungkaran yang telah kami lakukan sehingga hari ini, namun Ya Allah, kami sedar Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, oleh itu ampunilah dosa2 kami, ketelanjuran kami dan kejahilan kami.
Ya Allah, kami sedar dan yakin kematian itu amat benar dan dekat, balasan kubur itu benar, timbangan amal itu benar, syurga dan neraka Mu adalah benar sekali, tidak ada sedikit keraguan sekalipun ya Allah.
Ya Allah yang Maha Pengasih, kami sedar kebaikan dan kebajikan kami terlalu sedikit untuk melayakkan kami kesyurgaMu, namun Ya Allah yang Maha Keras SiksaanNya, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung siksa azab nerakaMu yang tidak terperi yang mana azab paling ringan adalah apabila dipakaikan selipar neraka, maka menggelegak otak kami ya Allah. Ampunilah, ampunilah, ampunilah ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun. Berilah kami rahmat dan kasihsayangMu dan izinkanlah kami berjumpa dengan Mu disyurgaMu ya Allah kerana itulah saat2 yang paling bahagia yang dikurniakan kepada seorang hamba apabila kami dapat dipertemukan dengan Engkau ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, Berkuasa, Maha Pelindung, lagi Maha Pengasih, penyayang dan Maha Pengampun.
Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, sesungguhnya segala yang berada dilangit dan dibumi adalah milikMu, hatta kami juga adalah milikMu, ibubapa kami adalah milikMu, rakan2 kami adalah milikMu, segala apa yg ada pada tubuh badan kami adalah milikMu semuanya Ya Allah, kepandaian yang Engkau anugerahkan, udara yang kami sedut, bumi yg teguh tempat kami berpijak, matahari yg sentiasa bersinar memberikan tenaga cahaya, buah-buahan yang lazat, wang ringgit yang Engkau berikan dan kemudahan2 yang telah Engkau sediakan buat kami sebagai amanah yang seharusnya kami gunakan untuk beribadat kepada Mu, menjadi hambaMu yang taat, semuanya milikMu dan hakMu semata-mata.
Namun ya Allah, kadang2 kami terlanjur kerana mengikut hawa nafsu kami, kami tertipu dengan bisikan syaitan yang berupa jin dan manusia yang banyak membuatkan kami lupa dan lalai, lupa dari mana kami datang, siapa yang menciptakan kami, untuk apa kami dicipta oleh Mu ya Allah dan kemana kesudahan kehidupan ini. Sesungguhnya ya Allah, kami sedar kami hanya hambaMu yang tidak punya apa kecuali yg Engkau kurniakan kepada kami untuk kami taat kepada perintahMu dan menjauhi daripada laranganMu. Ya Allah, sesungguhnya kami amat lemah dan selalu lalai dan memerlukan bantuan dan bimbinganMu, maka bimbinglah kami ya Allah, Tuhan yang Maha Pembimbing dan Penolong, tolonglah kami ya Allah, jadikanlah kami ini hambaMu yang taat, anak yang soleh, pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat dan manusia yang berguna dan beramanah.
Ya Allah, sesungguhnya kami semua akan kembali mengadapMu satu hari nanti dan sesungguhnya pertemuan denganMu adalah benar, syurga dan neraka itu benar, hari kiamat itu benar, kematian dan siksa kubur itu benar. Dan Ya Allah, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung siksa azabMu yang amat pedih dan kami juga sedar kami tidak layak menjadi ahli syurgaMu ya Allah, tetapi kami yakin dengan sifat Maha Pengampun dan Maha PenyayangMu Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami dan sesungguhnya kami bertaubat kepada Mu dengan sebenar2 taubat. Ampunilah juga dosa kedua ibubapa kami, adik beradik kami, sanak saudara kami dan sabahat andai kami dan rahmatilah kami semua. Kami ingin mengucapkan terima kasih kami kepada Rasulullah yang telah berkorban agar kami dapat menikmati nikmat Islam dan Iman ini pada hari ini.
Ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, hari ini kami benar2 insaf dan sedar akan siapa diri kami, kenapa kami berada disini dan kemana akhirnya kehidupan ini. Oleh itu ya Allah, Engkau kekalkanlah hidayah dan petunjukMu ini didalam hatiku sehingga Akhir hayat kami, dan Engkau berilah kekuatan kepada kami untuk kembali melaksanakan ketaatan kepadaMu dan menjadi hambaMu yang sejati serta melaksanakan perintahMu sebagai wanita yang solehah/lelaki yang solehah yang menghormati suami/isteri kami, ibubapa kami, mengasihi anak-anak kami, saudara mara kami, rakan2 kami dan masyarakat kami.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
alhamdulillah..
Catat Ulasan