IKATAN HATI (1)
By: humairahupm
Prolog
‘Ya Allah, jika ingin mengambil dia daripada ku, benarkanlah aku menyayanginya dahulu... Walaupun kebahagian itu datang hanya sekejap di dalam hati ku.... Ameen’
******************
Kepala itu ku belai lembut,panas. Jeluman air bunga raya yang aku sediakan tadi hanya dapat mengurangkan sedikit sahaja panas kepalanya. Air mata jatuh mangalir. Sedih melihat keadaannya sejak seminggu ynag lalu. Makan tidak, minum pun hanya seteguk dua. Bangun hanya tiba waktu solat. Jika tiada siapa yang datang menjenguk , terpaksalah aku yang menolongnya berwhuduk. Rukhsah dalam Islam itu telah mengindahkan pengamal dan penganutnya. Aku tidak mampu lagi menahan sebak yang seakan tidak mahu lagi diam di dalam diri. Ibarat lahar yang ternanti – nanti untuk keluar melelehkan lelehan laharnya. Henjutan tubuh ku akibat esakan yang berat telah menyedarkan dia. MasyaAllah! Mata kuyu itu memandangku. Ku lihat bibinya bergerak – gerak ingin menyatakan sesuatu. Telinga ku dekatkan di bibirnya.
“Sayang, abang minta maaf kalau telah menyusahkan. Abang tak mampu lagi menahan sakit ini dan abang tak mampu memberikan yang terbaik buatmu”
Aku hanya menggeleng, dengan pantas ku kucup dahinya. Air mata yang tadi cuba ku tahan-tahan, mengalir lagi. ‘Aku terlalu menyayangimu suamiku.’
“Sayang, abang letih sangat. Nak tidur kejap ler. Boleh temankan?”
Tanpa banyak bicara aku terus memeluk tubuh lemah itu. Meletakkan kepala separas bahunya. Cuba membenamkan muka ketepi lengannya dan cuba mencari kekuatan untuk tabah menghadapi hari – hari yang mendatang sebenarnya.
Laungan azan zohor tengahari itu mengajak umat Islam datang menghadapkan diri ke Rabbul Izzati. Menghadap untuk mengucapkan syukur atas nikmat Nya, menghapus dosa – dosa yang sentiasa datang terpalit tanpa kita sedari. Mengejutkan lenaku ketika itu. Ku lihat suami di sisi masih seperti sebelumnya. Memejamkan matanya. Bangun berwudhuk, dan solat ku dirikan. Dalam sujud yang terakhir kutujukan doa buat suamiku. Moga sentiasa diredhai Allah dan lekas sembuh dari sakitnya. Selesai bersolat ku kejutkan suami untuk menunaikan amanahnya pula sebagai hamba Allah. Tubuh kurus itu ku usap berkali – kali. Tidak sanggup rasanya hendak menggoyangkan badannya, kerana gegaran yang sedikitpun bisa membuatkan kepalanya kembali sakit. Pening. Suhu panas yang ku rasakan tadi berubah sedikit. Suam – suam sejuk. Ku lihat ada senyuman yang terukir di wajahnya. Sangat tenang. Kedudukan tangannya juga agak pelik. Bersilang atas kanan dan kiri di bawah, semacam di dalam solat perihalnya. Hatiku mula bergetar. Perasaanku tiba – tiba resah. Mungkinkah? Aku bertanya sendiri. Perlahan – lahan ku dekatkan telinga ke dadanya.cuba mencari bunyi denyut nadinya. Mencari kepastian jangkaanku. Aku terduduk kaku. Terjelepuk ke lantai. Innalillahiwa innaialaihiraji’un.
Kawasan rumahku telah mula dipenuhi penduduk kampung. Kejadian pukul 2 petang tadi benar – benar memberi impak yang mendalam dalam diriku. Baru sebulan kami diijab kabulkan, tapi dia telah pergi meninggalkan aku sendiri. Sendirian dengan status baru dalam masyarakat. Janda! Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui keadaanku ketika ini. Aku pejamkan mataku rapat. Ingin membuang semua keperitan yang sedangku tanggung ketika ini. Tiba – tiba dunia di sekeliling
BERSAMBUNGGG
Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....
Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan
Khamis, Jun 19, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)