Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Khamis, September 04, 2008

Ramadhan datang lagi...Selamat Berpuasa =)



ramadhan datang lagi...
sayu hati ni...
moga aku mampu jumpa balik diriku yang sebenarnya...
amin...

buat sume kawan2 sepanjang jalan kehidupan....
walaupun kadang2 kita 'biasa2' saja....
tapi aku tahu.....
pasti ada tingkah aku yang kurang menyenangkan....
ada kata yang kadang terlepas dan melukakan....
mungkin ada pandangan tajam yang meresahkan...
mohon maaf pada kalian...
maafkan aku....maafkan saya....
kerna bila di akhirat nanti....
saat aku menghitung balasan....
aku takut banyaknya dosa ku pada kalian yang tak terhitungkan.....
maaf kan aku ya....maafkan saya ye...
saya maafkan kawan2 semua...demi kasih sayang DIA pada kita....



buat sahabat2 seperjuangan....
kalian lebih dekat dengan aku...
kadang kalian aku 'sembur'....
mungkin aku kata sebab sayang....
tapi hati itu terlalu lembut nan terluka kan!...
maaf ye sahabat2....

"ya ALLAH, bersihkan kami dari noda dan dosa....pertemukan kami dengan ramadhan yang mulia dan muliakan kami di dalamnya...Amin"

Isnin, Ogos 25, 2008

Ikatan Hati [2]

"atas permintaan ramai, aku sambung balik la cerpen separuh yang aku taip hari tu. Sebetulnya itu memang hasil karya aku sendiri masa zaman jiwang dan penuh dengan harapan kebahagian. Tapi sekarang ni bila di'belasah' teruk dengan pengalaman kehidupan, aku menjadi lali dan pasrah dengan segala ketentuan yang ada. sama - sama kita ambil manfaat atas apa yang baik dari karya lama aku ni. selamat membaca"

**********************************************************************************



PREVIEW Ikatan Hati [1]

Kawasan rumahku telah mula dipenuhi penduduk kampung. Kejadian pukul 2 petang tadi benar – benar memberikan impak yang mendalam dalam diriku. Baru sebulan kami diijab kabulkan, tapi dia ttelah pergi meninggalkan aku sendiri. Sendirian dengan status yang baru dalam masyaakat. Janda! Ya Allah hanya Engkau sahaja yang mengetahui keadaanku ketika ini. Aku pejamkan mataku rapat. Ingin membuang semua keperitan yang sedangku tanggung ketika ini. Tiba – tiba dunia di sekelilingku terasa berpusing – pusing. Suara hiruk – pikuk di luar ku dengar seakan datang dan pergi. Benar – benar keliru dengan keadaanku ketika itu.

*************************************************************************



Ikatan Hati [2] sambungan................

“Assalamualaikum”

Satu kucupan hinggap di dahiku. Sejuk dan nyaman. Suara itu seakan pernah ku dengar sebelum ini. Mata ku buka perlahan – lahan. Eh, aku kaget! Ini suamiku.

“Dah sihat?” tanyanya sambil tersenyum.

‘Aku sakit ka? Ke, aku di syurga sekarang ni?’ Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya memberi renungan yang penuh dengan kekeliruan di matanya. Sambil tersenyum, dia mendekatkan dirinya kepadaku kemudian berbisik

“Sayang pengsan tadi, lepas tu abang yang angkat tau! Berat juga ye sayang ni.”

‘Pengsan? Aku yang pengsan?’

“Masyaallah, baru teringat. Saya pengsan masa majlis akad nikah tadi ke?”

‘Alhamdulilah, mimpi rupanya tadi.’ Aku pula yang tersenyum kini sambil menyendeng di sisinya. Tersenyum puas.

****************************************************************

hahahah.....macam tu jer citer dia....pendek dan penuh dengan cita - cita.

Khamis, Ogos 14, 2008

Mahasiswa UiTM kononya perjuangkan hak Melayu...

"'Tahniah' Mahasiswa UITM!!(nada perli)Anda berani menyuarakan bantahan.
Syabas. Tiada tangkapan dibuat.aman.

Semalam kita dapat melihat seramai 5000 pelajar berarak dan berhimpun di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam bagi membantah cadangan Khalid membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

memang meriah.dari yang tidak pernah tahu mengenai politik,apa itu hak orang melayu pun dah jadi pandai.dari mereka yang di dalam universiti hampir2 jadi mat saleh,tiba jadi seorang perwiraa MELAYU.hebat bukan. awek2 yang tak tahu pasal politik pun jadi tahu.

mungkin mereka ni ad dapat 'carry mark' lebih kalau turun beramai berarak untuk menyatakan bantahan tu kot..

tapi kenapa bila Nazri Aziz semasa jadi Menteri Pembanguna Usahawan buka kuota 10% kemasukan ke MRSM beberapa tahun dahulu kepada Bukan Bumiputera,tiada mahasiswa UITM yang berarak???

tmaman Alumni MRSM pada waktu?????

mungkin jarak UITM Shah Alam dengan Putrajaya jauh..jadi xdapat la mereka berhimpun kan?

Apa beza yang Tan Sri Khalid cuba bagi idea dengan yang TELAH Nazri Aziz buat????

sama kan???

inilah bezanya:Tan Sri Khalid tu MB PAkatan Rakyat,
Nazri Aziz tu Menteri KERAjaan..jangan lupa Naib canselor UITM tu oarang kuat BN.dengar cerita hampir2 jadi calon masa PRU12 dulu...

Baru2 ni DSAI ada datang ceramah dekat universiti aku(tempat ceramah 1km dari universiti aku)..awal2 lagi pihak universiti dah warning student supaya jangan pergi ceramah tu.siap suruh felo pantau lagi.

risalah larangan menyertai ceramah pun diedarkan ke setiap bilik kolej kediaman....

nampak tak beza nya?????

kalau dilihat peristiwa semalam,lepas ni nampaknya mahasiswa boleh berarak gak la.kalau bantahan terhadap kerajaan boleh ke tak ye????.kalau boleh...Alhamdulill ah!HOREY! !!!!!!

Oleh nu_Ox3r
(Tranungkite)

Rabu, Ogos 13, 2008

Majlis peguam harus hentikan kebiadapan terhadap Islam

TULISAN INI DARI FUN CLUB TOK GURU

p/s : "Kita sebagai umat Islam harus peka dan merasa terpanggil dengan kebiadapan golongan kuffar ini. Tiada lain yang mereka mahu melainkan matlamat mereka ingin melihat Islam itu dihina dan dipijak - pijak oleh umat Islam itu sendiri. Sedang mereka akan ketawa berdekah - dekah bila melihat umat Islam yang telah terpedaya dengan mereka memijak Islam bersama mereka. Bertapa bodohnya kita jika kita sendiri yang tidak menghargai kurniaan kita yang terbesar ini (Islam) dalam dunia. Sedang kita mengikut mereka memilih jalan kehinaan. Fikir - fikirkan.By humairahupm"

Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam dan bangsa Melayu. Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala.

Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia. Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia.

Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu. Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah.




Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat keputusan bahawa persoalan murtad dan convert adalah dibawah bidangkuasa mutlak Mahkamah Syariah.
Malahan Mahkamah Persekutuan memperjelaskan bahawa persoalan murtad/convert hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut undang-undang Islam.
Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dibuat setelah menafsir Artikel 121A dan Artikel 11 Perlembagaan.Malahan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan hujah.

Tindak-tanduk Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.Sebagai badan Peguam, sepatutnya mereka lebih arif menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Mempertikaikan keputusan Mahkamah bererti menghina Mahkamah.

Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala dan Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah.
Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.
Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut.

Saya juga nenyeru para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam. Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam. Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peruam. Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.




Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam. Kesabaran umat Islam ada batasnya.
Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.

Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita diatas tali Allah. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus. Pertahankan maruan agama kita. Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita.

(Penulis adalah seorang peguam yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah - Editor)

Selasa, Ogos 12, 2008

Ucapan selamat buat semua yang di sayangi



Minggu ke 6 belajar di upm ni adalah minggu ke 2 first test. Moga kalian semua sukses dalam peperiksaan.

dan...buat yang bukan di UPM pun, moga kalian juga sukses....
Moga bantuan Allah bersama - sama dengan orang - orang yang jujur..

Pada yang akan melangsungkan perkahwinan,moga ikatan hati yang terbina membawa redha Allah bersama.




Pada yang dapat kerja baru dan untung banyak tu, moga kalian bertambah pemurah dan dimurah kan rezeki oleh Allah untuk lebih memberi...