Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Memaparkan catatan dengan label karya seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karya seni. Papar semua catatan

Rabu, Julai 08, 2009

Pertempuran antara akal dan hawa nafsu [Hamka]

Maka kelihatanlah di sebelah barat, bayang – bayang hitam. Sepasukan tentera keluar dengan lengkap alat senjata. Di belakangnya berbaris para pahlawan yang berwajah gelap tidak mengenal kasih.

“Kita yang mesti lebih berkuasa.” Demikian raja yang ditakuti berseru. “Kita mesti rampas benteng musuh yang sengaja menghalangi – halangi langkah cita – cita kita, merampas kemerdekaan kita, mereka ingin berkuasa sendiri sahaja di negeri ini.”

“Mari…..maju ke muka jangan mundur.”

Maka terdengarlah sorak sorai mereka; balatentera hitam itu maju ke medan perang dengan dahsyatnya. Debu menjulang ke udara. Bendera berkibar – kibar. Hujung lembing dan tombak di tangan seldadu berkilat kerana cahaya matahari. Kuda – kuda yang liar dan gembira itu membuih air liurnya melompat ke sana ke mari, seakan – akan sudah tidak dapat ditahan.

Di tepi langit sebelah timur, di tempat fajar akan menyinsing, kelihatan dengan samar – samar balatentera berpakaian serba putih, beribu – ribu pula banyaknya, dipimpin pula oleh berpuluh – puluh pahlawan yang wajahnya jernih.

Di depan sekali kelihatan Maharaja yang sangat mereka cintai. Wajahnya sangat jernih dan sangat tenang. Kemudian balatentera berbaris rapat mendengarkan pidato yang beliau ucapkan:

“Kita mesti membela negeri ini dari kerosakkan.” Kata raja memulai bicaranya. “Pada kita tidak ada sifat menyerang, bukan seperti tentera yang hitam itu. Kita tidak boleh membiarkan langkah mereka terlanjur, kita harus memberhentikannya dengan cara menangkis membela diri. Kita jaga negeri ini dari kerosakkan yang akan dibawa oleh tentera hitam. Jika kita menang maka Raja tentera hitam akan jadikan kita tawanan, begitu juga pahlawan – pahlawan perangnya. Rajanya tidak akan dibunuh. Raja seperti dia perlu ada dalam kerajaan, tetapi tidak boleh berkuasa. Kerana kalau dia berkuasa, rosak binasalah negeri ini.

Di kalangan pahlawan perangnya ada yang akan dibiarkan hidup, dan akan dirantai, akan tetapi banyak pula yang akan dibunuh mati, tidak diberi ampun, kerana hidupnya sangat berbahaya bagi kerajaan. Jika kita yang memegang negeri, percayalah negeri in akan aman, tidak akan terjadi perselisihan dengan negeri yang lain.”

Mendengar ucapan raja yang dicintainya itu, seluruh balatentera bersorak: “Hidup raja kami.”

“Oleh kerana itu, bertahanlah wahai rakyatku, jangan mundur, sebab kalau kita mundur pasti negeri ini akan rosak. Kerana tentera hitam tiada mengenal kasihan, tidak mengenal akibat yang akan datang di belakang. Mereka merasa amat berhak di dalam negeri ini. Perbendaharaan negeri akan rosak, walaupun mula – mulanya kelihatan baik.

Ingat rakyatku! Kalau ada dua orang pembesar dalam suatu negeri, salah satu mesti jatuh. Kalau saya yang jatuh, saya yakin negeri ini hancur dan binasa selama – lamanya. Pertahankan dengan seluruh jiwamu. Kibarkan bendera dan panji – panji. Bunyikan gendang perang!”

“Rebut! Rampas! Halau tentera putih! Sehingga kita sahaja yang berkuasa.” Seru raja hitam.

Tidak beberapa saat kemudian terjadilah pertempuran yang sangat hebat di antara kedua barisan itu. Belum tentu yang mana yang akan menang dan mana yang akan kalah....

p/s: sahabat2, siapa yang akan menang? Pahlawan putih atau tentera hitam? Macam mana keadaannya dengan negeri yang ingin dikuasai itu? Siapa akal, siapa hawa nafsu? Bagaimana dengan pahlawan2 putih dan tentera2 hitam? Apakah yang akan terjadi pada Maharaja Putih dan Raja Hitam?

Ingatlah: Jika berlaku pertandingan antara akal dan hawa nafsu, maka akal itu akan dibantu oleh Allah, oleh hidayah Allah dan nafsu dibantu oleh fitnah syaitan.

Rujukan : Solat istikharah; Panduan Membuat Pilihan; Muhammad Isa Selamat ; Penerbitan Darul Nu’man.

Sabtu, September 13, 2008

Hadiah yang paling istimewa dalam Ramadhan kali ini..

Srikandi


Srikandi yang ku dambakan

Wajah tenang penuh keredhaan

Susah payah dianggapnya ujian

Pabila senang syukur pada Tuhan



Srikandi yang ku mahukan

Hatinya disucikan dari noda dan kekotoran

Sentiasa istighfar dan mohon pengampunan

Terampun dosa-dosanya mudah-mudahan




Srikandi yang ku impikan

Bibirnya basah dengan Al-Quran

Zikrullah dialun buat nyanyian

Selawat dilafaz meniti kerinduan



Srikandi yang ku hendakkan

Matanya dijaga tundukkan pandangan

Lisannya dijaga jauh dari umpatan

Pendengarannya dijaga ketepikan hasutan



Srikandi yang ku inginkan

Tangannya diguna beramal kebajikan

Kakinya melangkah ke jalan kebenaran

Tubuhnya perisai di medan perjuangan




Srikandi yang ku igaukan

Tahajjud di malam penuh kesyahduan

Merintih, memohon penuh pengharapan

Agar syahid dalam keimanan



Srikandi yang ku harapkan

Dikala ku berduka dia menghiburkan

Dikala ku terlupa dia ingatkan

Dikala ku tersalah dia betulkan




Srikandi yang ku perlukan

Ilmu dituntut tanpa jemu dan bosan

Juga juara dalam serba urusan

Tajam mindanya tiada ukuran



Apakah masih ada?

Di mana srikandiku bersembunyi?

Bisakah aku mencarinya?

Jika benar,siapa gerangan diri?




Jangan diharap sehebat Fatimah

Jika engkau tidak seteguh Ali

Jangan diharap sebaik Khadijah

Jika tidak mewarisi ilmu Nabi

Isnin, Ogos 25, 2008

Ikatan Hati [2]

"atas permintaan ramai, aku sambung balik la cerpen separuh yang aku taip hari tu. Sebetulnya itu memang hasil karya aku sendiri masa zaman jiwang dan penuh dengan harapan kebahagian. Tapi sekarang ni bila di'belasah' teruk dengan pengalaman kehidupan, aku menjadi lali dan pasrah dengan segala ketentuan yang ada. sama - sama kita ambil manfaat atas apa yang baik dari karya lama aku ni. selamat membaca"

**********************************************************************************



PREVIEW Ikatan Hati [1]

Kawasan rumahku telah mula dipenuhi penduduk kampung. Kejadian pukul 2 petang tadi benar – benar memberikan impak yang mendalam dalam diriku. Baru sebulan kami diijab kabulkan, tapi dia ttelah pergi meninggalkan aku sendiri. Sendirian dengan status yang baru dalam masyaakat. Janda! Ya Allah hanya Engkau sahaja yang mengetahui keadaanku ketika ini. Aku pejamkan mataku rapat. Ingin membuang semua keperitan yang sedangku tanggung ketika ini. Tiba – tiba dunia di sekelilingku terasa berpusing – pusing. Suara hiruk – pikuk di luar ku dengar seakan datang dan pergi. Benar – benar keliru dengan keadaanku ketika itu.

*************************************************************************



Ikatan Hati [2] sambungan................

“Assalamualaikum”

Satu kucupan hinggap di dahiku. Sejuk dan nyaman. Suara itu seakan pernah ku dengar sebelum ini. Mata ku buka perlahan – lahan. Eh, aku kaget! Ini suamiku.

“Dah sihat?” tanyanya sambil tersenyum.

‘Aku sakit ka? Ke, aku di syurga sekarang ni?’ Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya memberi renungan yang penuh dengan kekeliruan di matanya. Sambil tersenyum, dia mendekatkan dirinya kepadaku kemudian berbisik

“Sayang pengsan tadi, lepas tu abang yang angkat tau! Berat juga ye sayang ni.”

‘Pengsan? Aku yang pengsan?’

“Masyaallah, baru teringat. Saya pengsan masa majlis akad nikah tadi ke?”

‘Alhamdulilah, mimpi rupanya tadi.’ Aku pula yang tersenyum kini sambil menyendeng di sisinya. Tersenyum puas.

****************************************************************

hahahah.....macam tu jer citer dia....pendek dan penuh dengan cita - cita.

Khamis, Jun 19, 2008

IKATAN HATI (1)

By: humairahupm
Prolog
‘Ya Allah, jika ingin mengambil dia daripada ku, benarkanlah aku menyayanginya dahulu... Walaupun kebahagian itu datang hanya sekejap di dalam hati ku.... Ameen’
******************
Kepala itu ku belai lembut,panas. Jeluman air bunga raya yang aku sediakan tadi hanya dapat mengurangkan sedikit sahaja panas kepalanya. Air mata jatuh mangalir. Sedih melihat keadaannya sejak seminggu ynag lalu. Makan tidak, minum pun hanya seteguk dua. Bangun hanya tiba waktu solat. Jika tiada siapa yang datang menjenguk , terpaksalah aku yang menolongnya berwhuduk. Rukhsah dalam Islam itu telah mengindahkan pengamal dan penganutnya. Aku tidak mampu lagi menahan sebak yang seakan tidak mahu lagi diam di dalam diri. Ibarat lahar yang ternanti – nanti untuk keluar melelehkan lelehan laharnya. Henjutan tubuh ku akibat esakan yang berat telah menyedarkan dia. MasyaAllah! Mata kuyu itu memandangku. Ku lihat bibinya bergerak – gerak ingin menyatakan sesuatu. Telinga ku dekatkan di bibirnya.
“Sayang, abang minta maaf kalau telah menyusahkan. Abang tak mampu lagi menahan sakit ini dan abang tak mampu memberikan yang terbaik buatmu”
Aku hanya menggeleng, dengan pantas ku kucup dahinya. Air mata yang tadi cuba ku tahan-tahan, mengalir lagi. ‘Aku terlalu menyayangimu suamiku.’
“Sayang, abang letih sangat. Nak tidur kejap ler. Boleh temankan?”
Tanpa banyak bicara aku terus memeluk tubuh lemah itu. Meletakkan kepala separas bahunya. Cuba membenamkan muka ketepi lengannya dan cuba mencari kekuatan untuk tabah menghadapi hari – hari yang mendatang sebenarnya.
Laungan azan zohor tengahari itu mengajak umat Islam datang menghadapkan diri ke Rabbul Izzati. Menghadap untuk mengucapkan syukur atas nikmat Nya, menghapus dosa – dosa yang sentiasa datang terpalit tanpa kita sedari. Mengejutkan lenaku ketika itu. Ku lihat suami di sisi masih seperti sebelumnya. Memejamkan matanya. Bangun berwudhuk, dan solat ku dirikan. Dalam sujud yang terakhir kutujukan doa buat suamiku. Moga sentiasa diredhai Allah dan lekas sembuh dari sakitnya. Selesai bersolat ku kejutkan suami untuk menunaikan amanahnya pula sebagai hamba Allah. Tubuh kurus itu ku usap berkali – kali. Tidak sanggup rasanya hendak menggoyangkan badannya, kerana gegaran yang sedikitpun bisa membuatkan kepalanya kembali sakit. Pening. Suhu panas yang ku rasakan tadi berubah sedikit. Suam – suam sejuk. Ku lihat ada senyuman yang terukir di wajahnya. Sangat tenang. Kedudukan tangannya juga agak pelik. Bersilang atas kanan dan kiri di bawah, semacam di dalam solat perihalnya. Hatiku mula bergetar. Perasaanku tiba – tiba resah. Mungkinkah? Aku bertanya sendiri. Perlahan – lahan ku dekatkan telinga ke dadanya.cuba mencari bunyi denyut nadinya. Mencari kepastian jangkaanku. Aku terduduk kaku. Terjelepuk ke lantai. Innalillahiwa innaialaihiraji’un.
Kawasan rumahku telah mula dipenuhi penduduk kampung. Kejadian pukul 2 petang tadi benar – benar memberi impak yang mendalam dalam diriku. Baru sebulan kami diijab kabulkan, tapi dia telah pergi meninggalkan aku sendiri. Sendirian dengan status baru dalam masyarakat. Janda! Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui keadaanku ketika ini. Aku pejamkan mataku rapat. Ingin membuang semua keperitan yang sedangku tanggung ketika ini. Tiba – tiba dunia di sekeliling




BERSAMBUNGGG

Isnin, Mei 19, 2008

Perjalanan jauh yang panjang

Allhamdulillah...
itulah ucapan syukurku pada MU

Dulu aku pencinta setia
sentiasa berkira2 dengan setiap apa yang ada padaku
tapi bila Kau mengujiku dengan nikmat dunia..
aku fana dengannya..
akhirnya aku melupakan MU yang Maha Setia

Sibuk mengejar dia yang tiada sudahnya...
segalanya aku turuti hingga akhirnya
dia bukanlah lagi ladangku yang Kau redha
Kau ambil dia dengan perlahan-lahan
dan akhirnya jurang itu terzahir oleh masa.....

Kenapa? kenapa? kenapa?
aku bertanya sendiri.....
kenapa mesti aku yang kecewa begini?
segalanya tentangku ada pada dia......
semangatku..rasionalku..pertimbanganku..cintaku..cita2ku...
segala-galanya!!!!

Kini aku menarik nafas lega...

Ya...
itulah cinta MU yang sebenarnya...
menarik aku kembali setelah lama terleka...lupa dan alpa........

SYUKURKU.........