Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Ahad, Julai 27, 2008

ya ALLAH.... lembut kan hati - hati kami



dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pemuah LAgi Maha Penyayang.
Alif Lam Miim....
tidak ada tuhan melainkan Dia yang Kekal Hidup lagi sentiasa berdiri sendiri
(ali imran 1-2)

dan tunduklah semua muka dengan berendah diri kepada tuhan yang Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus makhluk-Nya.
dan sesungguhnya telah merugilah orang yang melakukan kezaliman.
barang siapa mengerjakan amal-amal yang saleh dan dan di dalam keadaan beriman, maka ia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil terhadapnya dan tidak pula akan mengurangkan haknya.

Jumaat, Julai 25, 2008

satu perjalanan tabiyah...moga kekal sebagai muhasabah



UMMU HAMIDAH..
satu nama yang bertahta dalam hati..dia datang tanpa kami duga,dia hadir beri seribu gembira,kaletahnya sangat memaknakan jiwa..kerana dia sangat istimewa dalam hati kami sekeluarga.

"Ya Allah, aku mencari cinta Mu yang telah lama aku biarkan tandus dan gersang dalam hati ini. Kau telahkan hadiahkan kami insan terbaik buat mentarbiyah hati - hati kami yang telah lama gersang dan suram ini."

sebulan yang lepas Ummu demam kuat, 5 botol air dimasukkan dalam badan. bayangkan badan yang kecil tu dicucuk dengan jarum hospital yang besar untuk masukkan air..
sedih sangat tengok adik waktu tu

kadang - kadang terasa macam nak sentiasa bersama, nak peluk cium selalu..tengok wajah yang tenang tu bisa menenangkan gelojak hati manusia..

moga hadirmu memberi impak terbaik buat kami sekeluarga..........

adik..k.long nak balik...rinduuuu

Khamis, Julai 17, 2008

Blogger Buzz: Show off your favorite blogs with a Blog List

Blogger Buzz: Show off your favorite blogs with a Blog List

Mencari makna sebuah hati


'Asyik asyik nak terasa'.... kenapa hati ini.....sedih bila terkenangkan perasaan orang sekeliling yang asyik terasa dengan diri ini....itu lah manusia......hati menjadi raja kepada empunya diri. Dalam doa, sering ulama - ulama titipkan untuk mengelokkan hati. Rasul kita juga ada berpesan, hati itu adalah raja. Jika baik ia, seluruh anggota akan baik, tapi jika sebaliknya maka kerosakkan lah yang menanti anggota.

Kesedihan, kemuraman, kekusutan dan segala yang negatif sebenarnya datang kekuatan iman kita. Jika iman kita saat ini kuat, hati kita akan tabah, anggota badan juga akan tegar dan terpancar ketenangan pada wajah...Berdoalah kita moga kita perolehi hati bersih, thabat, istiqamah dan suci.

Ada satu sajak yang aku simpan.......dalam hati....

"Di dalam penantian menanti rahmat dari Mu
Wahai Tuhan yang Pengasih ku tetap bersyukur pada Mu
Keyakinan ku pada Mu sentiasakan memberi, melimpahkan rahmat Mu
kepada ku
Doa hamba Mu

Bimbangnya hati ini
Kurangnya sopan dan adab ku
Di dalam syahdu pilu munajat
Andainya aku curang di dalam ketaatan, derhaka dalam ketaatan
Tiap waktu ku kepada Mu

Kau pun tahu Wahai Tuhan
Telah ku laku seribu dosa
Namun Kau masih membenarkan ku mengadap pada MU
Di dalam munajat aku memuja dan memuji Mu
Mengadu segala kealpaan diri
Mengharap rahmat Mu

Kelak nanti
Bukan Kasih Sayang MU yang bakal ku perolehi
Hanya nanti kemurkaan Mu mengiringi diri ku ini
Tanpa ku sedari lagi dosa yang menghijab diri

Hanya yang ku pinta
Keampunan MU
Kepada MU Tuhan yang pengampun
Maghfirah MU tak kesudahan
Lagi mengasihi hambanya"


emmm......moga kita dapat menghayati dan mengambil iktibar dan pengajaran yang baik dari sajak tu...
lagi pun aku bukan pandai sangat menulis...hanya sajak saja yang aku tau hargai dan aku minat.
nak baca buku tebal - tebal pun aku malas....

Khamis, Jun 19, 2008

IKATAN HATI (1)

By: humairahupm
Prolog
‘Ya Allah, jika ingin mengambil dia daripada ku, benarkanlah aku menyayanginya dahulu... Walaupun kebahagian itu datang hanya sekejap di dalam hati ku.... Ameen’
******************
Kepala itu ku belai lembut,panas. Jeluman air bunga raya yang aku sediakan tadi hanya dapat mengurangkan sedikit sahaja panas kepalanya. Air mata jatuh mangalir. Sedih melihat keadaannya sejak seminggu ynag lalu. Makan tidak, minum pun hanya seteguk dua. Bangun hanya tiba waktu solat. Jika tiada siapa yang datang menjenguk , terpaksalah aku yang menolongnya berwhuduk. Rukhsah dalam Islam itu telah mengindahkan pengamal dan penganutnya. Aku tidak mampu lagi menahan sebak yang seakan tidak mahu lagi diam di dalam diri. Ibarat lahar yang ternanti – nanti untuk keluar melelehkan lelehan laharnya. Henjutan tubuh ku akibat esakan yang berat telah menyedarkan dia. MasyaAllah! Mata kuyu itu memandangku. Ku lihat bibinya bergerak – gerak ingin menyatakan sesuatu. Telinga ku dekatkan di bibirnya.
“Sayang, abang minta maaf kalau telah menyusahkan. Abang tak mampu lagi menahan sakit ini dan abang tak mampu memberikan yang terbaik buatmu”
Aku hanya menggeleng, dengan pantas ku kucup dahinya. Air mata yang tadi cuba ku tahan-tahan, mengalir lagi. ‘Aku terlalu menyayangimu suamiku.’
“Sayang, abang letih sangat. Nak tidur kejap ler. Boleh temankan?”
Tanpa banyak bicara aku terus memeluk tubuh lemah itu. Meletakkan kepala separas bahunya. Cuba membenamkan muka ketepi lengannya dan cuba mencari kekuatan untuk tabah menghadapi hari – hari yang mendatang sebenarnya.
Laungan azan zohor tengahari itu mengajak umat Islam datang menghadapkan diri ke Rabbul Izzati. Menghadap untuk mengucapkan syukur atas nikmat Nya, menghapus dosa – dosa yang sentiasa datang terpalit tanpa kita sedari. Mengejutkan lenaku ketika itu. Ku lihat suami di sisi masih seperti sebelumnya. Memejamkan matanya. Bangun berwudhuk, dan solat ku dirikan. Dalam sujud yang terakhir kutujukan doa buat suamiku. Moga sentiasa diredhai Allah dan lekas sembuh dari sakitnya. Selesai bersolat ku kejutkan suami untuk menunaikan amanahnya pula sebagai hamba Allah. Tubuh kurus itu ku usap berkali – kali. Tidak sanggup rasanya hendak menggoyangkan badannya, kerana gegaran yang sedikitpun bisa membuatkan kepalanya kembali sakit. Pening. Suhu panas yang ku rasakan tadi berubah sedikit. Suam – suam sejuk. Ku lihat ada senyuman yang terukir di wajahnya. Sangat tenang. Kedudukan tangannya juga agak pelik. Bersilang atas kanan dan kiri di bawah, semacam di dalam solat perihalnya. Hatiku mula bergetar. Perasaanku tiba – tiba resah. Mungkinkah? Aku bertanya sendiri. Perlahan – lahan ku dekatkan telinga ke dadanya.cuba mencari bunyi denyut nadinya. Mencari kepastian jangkaanku. Aku terduduk kaku. Terjelepuk ke lantai. Innalillahiwa innaialaihiraji’un.
Kawasan rumahku telah mula dipenuhi penduduk kampung. Kejadian pukul 2 petang tadi benar – benar memberi impak yang mendalam dalam diriku. Baru sebulan kami diijab kabulkan, tapi dia telah pergi meninggalkan aku sendiri. Sendirian dengan status baru dalam masyarakat. Janda! Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui keadaanku ketika ini. Aku pejamkan mataku rapat. Ingin membuang semua keperitan yang sedangku tanggung ketika ini. Tiba – tiba dunia di sekeliling




BERSAMBUNGGG