Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Memaparkan catatan dengan label hari-hariku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari-hariku. Papar semua catatan

Isnin, September 28, 2009

9 syawal 1430H

Alhamdulillah wa syukurillah, pada Mu owh ya Allah....

Seminggu sebelum lebaran KL dan Selangor dah mula beransur lengang...kedai2 persiapan raya pun galak mengadakan potongan harga barang jualan mereka. Dari gelang tangan raya sampai lah kusyen dan sofa raya...harga barang jatuh merudun macam buah nangka jatuh tergolek..hehehe...masa ni, kalu tanya makcik jual baju kurung raya bape harga dia boleh jual...huh RM25 sepasang pun bole dapat..(anda percaya?...tengok kaki la)...

Kini, dah lebih seminggu raya. Kampus pula mula sesak. Kereta dah mula berasak kat KL ni...bawa motor pun kena jadi 'minah rempit' sikit2..kalu buat loi saja bawa motor, comfirm asyik kena hon saja..huh pantang tengok orang lemah mesti nak buli...terbalik...terbalik.

Jari pun dah penuh cincin...sampai dua. huh rakus betul...mentang2 beli masa harga runtuh!...No komen.

Dunia maya pun saya tinggalkan hampir 2 minggu lebih, berlambak dan sesak lah inbox saya. Join group sana, join group sini, join group situ, join group sinun...huhu...sesak...tapi maklumat pun banyak juga yang dapat.

Apa citer PRK Bagan Pinang?

Seronok dengar, baca, tengok sahabat yang keje dalam PRK ni. Moga ia menjadi mahar semasa mahsyar nanti buat mereka. Amin. Saya nak ikut juga, tapi bila terkenangkan wajah Dr. Rahman Milan dan Dr Ashikin Psyquay...saya sabarkan hati...sikit saja lagi ni...lepas ni buat le pe yang saya suka... Where is my priority?...huhu hehe haha hakhak.....sabar....sabar...

Kak Dayah bagi message, sapa2 nak tolong Bagan Pinang boleh bagi sumbangan pada akaun DMPNS BIMB(Bank Islam) 12010010054755 dan hubungi Puan Noriza 019 2647668. InsyaAllah, moga Allah mudahkan urusan mereka yang dekat tapi jauh dari saya tu....sapa2 yang sudi nak tambah saham akhirat sila silakan lah.

p/s: bukan senang untuk menjadi penuntut ilmu yang benar2 memuliakan ilmu yang dia ada walaupun ilmu itu hanya lah ilmu dunia....inilah jambatan ke akhirat yang agak sukar di capai orang kebanyakkan sekarang...we love to practice but not easy to love the knowlegde inside. (?????)

Jumaat, Ogos 14, 2009

Ustaz Asri Ibrahim, Micheal Jackson dan Teoh Beng Hock.

Assalamualaikum.

Anda kenal nama2 di atas? Mesti ada yang kenal antara mereka tu kan. Ye la, 2 orang dari golongan yang popular dengan dunia hiburan dan seorang juga popular dengan dunia politik Malaysia. Apa yang pasti, ketiga – tiga mereka telah meninggalkan dunia fana dan sedang berada dalam penantian di alam barzakh sebelum tiba Hari Berbangkit yang pasti terjadi. Mari kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang berhak mendapatkannya. Al-Fatihah…

Dunia menangis..Salahkah saya katakan begitu? Saya tidak samakan kematian mereka. Tapi saya hanya ingin bermonolog di sini. Mungkin akan sakitkan hati anda, mungkin ada yang tersenyum sinis, mungkin juga ada yang pening2 kura2. Inikan cerita saya. Tulisan saya. Karya saya. Hanya picisan…

Antara mereka, Micheal Jackson yang pertama mendahului ‘pergi ‘ dari dunia ni. Mati ketika membuat persiapan pentas konsertnya yang dijadualkan berlangsung selama 100 hari. Jatuh, dikejarkan ke hospital, mati. Mudahnya kan. Tapi sangat kontroversi. Banyak spekulasi sebab kematiannya. Yang paling indah, dia didakwa telah masuk Islam oleh abangnya. Ada tragedi merebut mayat secara aman, ada yang sibuk membuat kajian kesan ubat yang diambilnya,adakah membawa maut? Sedang peminat2 fanatik sibuk meratapi dalam setiap tinggalan Micheal. Semua orang sedih Micheal mati…. Peminatnya seluruh dunia.

Jika Micheal seorang muslim, saya doakan dia juga berhak mendapat sedekah Al-Fatihah kita tadi. Iman manusia bukan kita yang menilainya kan. Amat sukar nak melihat tanda2 zahir iman dengan cepat pada orang2 popular seperti mereka. Ye la, banyak perkara yang mereka timbangkan. Media, keluarga, peminat, dan semua yang dunia2 ni. Mungkin mereka ingin gunakan dunia yang mereka ada ni untuk ladang akhirat mereka. Sapa tau. Amy Search yang dah pi Mekah, jumpa Tok Guru Nik Aziz pun masih lagi buat konsert Di Awan Biru selama 3 hari berturut2(?) dan hingga ke hari terakhir pun penonton masih mencecah 10 000..tak ke bangga? Konsert Rock tu, dikemudi oleh artis yang dah insaf!. Apa motif? Masih lagi Allah dan Rasul yang tahu? Boleh jawab soalan saya?
Sapa Cina kapiaq tu?..

Jangan tanya saya, saya pun baru nak kenal dia. Teoh Beng Hock seorang s/u politik Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah. Dia dijumpai mati di atas bumbung Plaza Masalam tingkat 5 bersebelahan pejabat SPRM. Sangat tragis. Sangat ngeri. Kematiannya adalah kematian ketika dalam tahanan soal siasat SPRM(death under custody). Itu ayat mahkamahnya. Apa dah jadi dengan SPRM? Saya tak tahu. Saya nak ambil tahu, tapi rasa memang tak layak nak ulas jika menggunakan telahan saya yang masih sejengkal kail.

Tak ramai yang nak ambil tahu. Sebab dia seorang cina. Orang melayu bukan suka sangat orang cina. Betul tak? Jangan tipu saya la…saya tahu apa anda rasa! Dalam banyak kawan2 saya, orang cina la kawan saya dalam mengenalkan erti perjuangan hak sebagai seorang manusia. Bukan tak cukup ilmu agama untuk saya kenal erti menjadi khalifah di muka bumi, tapi mereka kenalkan saya wajah dunia yang sebenar penuh helah dan tipu daya. Mereka k afir. Bukan Islam, tapi mereka berbakti ada kemaslahatan manusia di sekitar mereka. Kita? Apa kita buat? Orang melayu, kebanyakkan semuanya Islam. Tak cukupkah ajaran Islam tentang menghargai dan memakmurkan bumi dengan sebaiknya?

Saya bukan nak berceloteh, tapi mual dengan rasa ‘kebangsaan’ yang wujud di Malaysia. Hatta seorang ustaz pun begitu fanatik dengan bangsa. Orang agama tu, bukan orang biasa. Tak salah jika mencari perbezaan keberadaan iman, tapi yang salah bila menganggap bangsa sendiri milik sendiri, mulia dari yang lain…Hmmm, memang nabi tak pernah ajarkan…

Konsert Antara Dunia ‘09


Kemudiannya 1 Ogos datang, Pakatan Rakyat buat Demo bantah ISA, hasil susulan kes2 berbangkit dan untuk Teoh juga. Sedang GAMIS dah mark tarikh tu nak buat Konsert. Huhu… saya ketawa sendiri..terlepas lagi peluang saya turun demo. Saya suka Demo, kata Abg KZ(Ketua Pemuda Wilayah,X-UPM) demo ni tempat cas iman. Saya setuju. Sebab mula2 saya aktif dalam jemaah pun kerana saya turun demo. Kali pertama turun dah kena sembur dengan bomba sebab pegang banner bantah kenaikkan harga minyak. Memang pengecas iman yang ampuh. Saya basah kuyup. Saya bertahan sampai terduduk masih juga pegang banner. K.Tiqah Al-Jundi masa tu dok naikkan semangat kami untuk bertahan. Sampailah FRU tarik K.Tiqah naik Black Maria, Pemuda pula ambil alih dan minta kami bersurai. Kenangan indah.

Walaupun saya hanya jadi penjual tiket konsert, tapi saya juga MT Gamis. Terpaksalah bertahan di Stadium Melawati. Lepaskan peluang ke demo. Penuhi masa dengan bantu aktiviti2 sepanjang karnival sebelum konsert berlangsung. Dalam gerak kerja konsert, saya kenal ustaz Asri. Allahyarham kini. Kumpulan Rabbani. MT Gamis punya cerita tersendiri tentang kumpulan Rabbani dan gerak kerja konsert. Begitu juga dengan MT konsert. Jawatankuasa penganjur konsert. Masing2 memahat memori tersendiri tentang kerjasama kami bersama Rabbani demi sebuah konsert dakwah. Apa yang paling saya terkesan dengan Ustaz Asri adalah pabila bersama dia dalam sidang akbar selepas konsert berlangsung.

Bila saja Ustaz Zul (tok guru Ustaz Asri) kata, “Alhamdulillah, agak ramai penonton konsert walaupun bersaing dengan konsert Search Di Awan Biru. Moga kita beroleh pahala”. Ustaz Asri terus tersentak menadah tangan syukur pada kerja dakwah dia. Mungkin lagu dan irama terlalu sebati dalam diri dia, dan sebab itu dia memilih nasyid dan dia cukup besyukur jika ada yang tersentuh dengan nyanyiaannya. Moga setiap kerja buatnya mendapat nilaian terbaik dari Allah. Ameen.

Kisah ni kisah mati!!

Memang la perjalanan hidup kita ni panjang kan. Saya teringat tagline dalam majalah Solusi ‘Hidupkan hati dengan mengingati mati’. Ayat ni cukup meruntun hati sanubari saya. Kisah di atas semuanya kisah orang yang telah mati. Saya bila lagi? Anda bagaimana? Arghhhh gerun kan…!!!. Teringat kata2 teori ocehan Fariza MT Gamis, ‘Perasan tak, kebanyakkan orang yang mati zaman sekarang ni. Mati dalam keadaan yang dia biasa/mendarah daging dalam diri dia kan?!’.

Tapi masa tu kami bincang tentang kematian Yasmin Ahmad. Si pengarah filem tu. Saya anti tau dengan dia tu. Alhamdulillah, Allah sayangkan dia dan sayangkan saya. Taqdir kematian dia adalah terbaik buat dia dan umat Islam.

MATI! MATI! MATI! MATI! MATI! MATI! MATI! MATI! MAUT! MAUT! MAUT! MAUT!... Allahummakhtimna bilhusnil khatimah, wala tahktimna bi suil khatimah..amen ya Rabbal ‘alamin.


p/s: dah sedie ke kite ni???????? Malaikat maut kat depan tuuuuu!!!!! Nak p mana?!

Khamis, Ogos 06, 2009

Mereka yang tidak menghargai atau aku yang tidak mengerti?


Kisah ini kisah rumah saya.

"Hari ni akak masak kan." tanya seorang ahli bait pada saya.
Pening lalat saya jawab. "Ye? Hm..ok la". Saya sebenarnya yang lupa nak tengok jadual memasak rumah. Almaklumlah kerap sangat outstation. Pantang hujung minggu, ada saja program yang perlu dibuat dan diikuti. Kadang- kadang terpaksa bertukar shift memasak berkali - kali dengan ahli bait or ahli bilik.

Tapi kebetulan hari tu saya free, dan saya masak. Mungkin dah terbiasa dengan adat di rumah saya, mak akan masak dengan kuantiti yang banyak sebab kami adik beradik suka makan. Jadi, pengalaman lama saya masak kecil tu membuatkan saya juga terbiasa masak di rumah sewa dengan kuantiti yang banyak. Kadang - kadang saya sengaja beli barang dengan duit sendiri sebab nak pastikan saya masak yang best2 untuk ahli bait. Saya tak kisah.

Cuma yang sedihnya bila kita masak banyak2 tapi sahabat2 tak makan habis. Kadang2 dah puji yang makanan tu sedap, tapi tetap tak habis. Kadang2 ada sikit saja baki, dan baki tu akan pasti terbiar tak makan. Saya akan marah2 dan geram. Kadang2 saya zahirkan kadang2 saya diam dan pendam. Saya tak faham. Kata kita perjuang, tapi kenapa dalam pengurusan diri dan rumah macam ni selalu saja kita membazir.....saya tak faham...

Saya mula faham


Kenapa saya tidak terfikir dari awal lagi? Bodohnya aku....Kenapa saya tak boleh nak tafsir perkara yang mudah macam ni? Ah....memang la...

Saya teliti fe'el ahli bait saya. Ye, mungkin saya yang tak faham dan terlepas pandang. Kami sama2 ditarbiyah dalam satu wadah, dalam satu perjuangan. Kami dididik dengan keadaan susah dan payah bersama. Saling cuba untuk memberi yang terbaik walaupun kadang - kadang terpaksa pentingkan diri juga..(=p).

Kenapa baru sekarang saya sedar? Sebenarnya, bukan mereka yang tidak menghargai tapi mereka..kami....saya dan mereka...BUKANLAH ingin sangat bermewah dan bersenang. Kerana kita telah terbiasa dengan kesederhanaan..mengapa ingin berlebih2 dalam perkara yang cukuplah sekadar kita boleh nikmati cukuplah untuk keperluan sahaja...
Saya mula faham..

Amanah jadi keutamaan.

"Akak minta maaf lah nisa', akak tak boleh la pegang jawatan ni..rasa lemas bila tak boleh nak tunaikan tanggungjawab ni. Ada ja calon yang boleh ganti..."
Nisa depan saya hanya menguis2 jem rambutan tanpa ada rasa nak makan pun melalui riak wajahnya. Saya sedar permintaan saya agak terlewat dan mungkin tak berasas untuk didengar. Tapi bila difikir2, saya juga tidak mampu dan sudah banyak kali dayus pada amanah yang ada...apa pilihan saya?

"Akak dengar sendiri ke semua ni? Depa yang cakap macam tu pada akak? Akak susun ja dulu kerja yang nak kena buat tu..." Nisa balas juga walaupun memang jelas muka dia pun berat nak 'direct' dengan saya. "Akak je yang rasa sendiri...depa tu ok ja. Akak buat la dulu. Lagi pun dah dekat separuh sem ni." Hahahaha...saya ketawa bodoh dalam hati...memang dah separuh sem dan saya baru nak sedar diri..apa punya orang la...lambat gile 'pick up'....Itu kelemahan terbesar saya.

"Ha lah ha lah...akak cuba lah.." Dengan muka masam saya balas..Memang berkesan perbualan pagi tu. Saya memang solute kat amerah yang sorang ni. PR dia bagus, masuk pd semua orang. Yang otai macam saya pun cair. Huhuhu..


Memanglah dah tua2 ni rasanya saya makin banyak songeh dan feel. Kadang2 kesian melihat adik2 yang sabar melayan saya. Maafkan saya. Maafkan saya. Maafkan saya.

Doa orang yang cintakan gerakan dan perjuangan Islam

"Allahhummar zuknal istiqamah, wa hablana solatal jamaah"...Pak Long, NYDP Dewan Ulama Pas Negeri Kedah yang bagi...Ustaz Zainul Asri...

p/s: jom kerja kuat lagi untuk Islam...=)

Selasa, Julai 07, 2009

Mencari makna sebuah penulisan..

Pada 2julai lalu hingga semalam 5julai, Alhamdulillah saya berkesempatan pulang ke kampung halaman. Dengan niat untuk bertemu keluarga dan beroleh pahala ‘free’, saya usung diri dalam rencam kehidupan harian keluarga yang lama saya tinggalkan. Semenjak Januari yang lepas, saya cuba istiqamahkan diri untuk pulang ke kampung halaman sebulan sekali. Semuanya demi sebuah masa depan akhirat yang jauh lagi panjang. Membaca buku “Cinta di rumah Imam Hassan Al Banna” benar2 membuatkan saya berfikir ke belakang. Betapa saya banyak membelakangkan keluarga ketika usia saya beranjak dewasa. Itulah ‘turning point’ terbesar dalam hidup saya.


Sepanjang di kampung, hati dan fikiran saya tidak sudah2 terfikir tentang laman sesawang saya ini yang agak bersawang. Walaupun penulisan saya bukan penulisan terbaik, tapi saya sedar ini adalah medium dakwah saya yang tidak kalah pentingnya. Walaupun saya tidak mempunyai ‘followers’ yang beribu atau beratus, tapi ada sahabat2 yang masuk yang kadang2 mencari diri di sebalik pengalaman kehidupan yang dicoretkan. JazakaAllah.

Mengulit diri dengan kemesraan keluarga adalah kemanisan yang indah. Hingga kadang2 terlupa pada amanah perjuangan yang saya tinggalkan sebentar di KL. Benarlah kata Imam Hassan Al Banna dalam buku Cinta di Rumah Imam Hassan Al Banna;
“Kami lebih mencintai sahabat2 seperjuangan kami dari keluarga kami kerana keluarga kami hanya akan membawa fitnah pada kami sedang sahabat2 kami sentiasa membawa kami mengingatkan pada akhirat”

Namum, IHAB tetap juga menjadi contoh terbaik dalam menjaga keluarganya. Bayangkan, semua keperluan dapur keluarganya masih lagi dia yang senarai belikan. Lebih bagus lagi setiap bahan yang bermusim keluarannya tidak pernah ketinggalan dibelikan untuk keluarga. Cukup lah Allah dan Rasul Nya menjadi contoh terbaik buat kita, bukan yang lain. Rasullullah sendiri pernah bersabda;
“Aku lah yang paling baik terhadap keluargaku” [maaf, jika tersalah matan. Tak jumpa rujukan]


Blog ini saya buat atas dasar perkongsian rencam kehidupan yang jerih saya lalui untuk sama2 dijadikan teladan buat pembaca. Maka, saya akan cuba mengisinya dengan baik. Apa lagi perkongsian yang dapat saya tagih selain ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan.

p/s: tegurlah jika saya tersalah, kurangkan pujian jika ada yang berkesan di hati. Sedekahkan zikir buat anda dan saya moga kita sama2 saling berukhwah hingga dalam syurga yang penuh nikmat. Ameenn….

Khamis, Jun 18, 2009

Senyum, Salam dan Sapa..

Bismillah walhamdulillah..

Pernah tak bila kita bagi salam dan hulurkan senyuman pada oranr yang kita jumpa tapi salam dan senyum kita tak berbalas? Biasa kan.....Hmm....saya ada pengalaman menarik tentang ini.

Kebiasaan saya di tempat kerja, saya akan tegur sesiapa sahaja yang saya selisih di jalan dengan senyuman atau salam. Jika dekat, saya akan beri salam. Tapi jika jauh, saya hanya senyum. Jika jauh benar pun saya akan lambaikan tangan. Cuma ada jika terlalu jauh saya hanya lambaikan tangan sahaja dengan ucapan salam dalam hati. Mungkin ada beberapa orang yang mungkin tidak saya tegur kerana lelaki yang terlalu muda yang saya rasa akan timbul fitnah dalam hati mereka.

Dalam banyak2 pegawai, ada dua orang pegawai senior lelaki yang tak pernah balas sapa or senyuman saya. Saya terasa juga. Tapi buat apa lah nak berkira jika kita sendiri yang nak berbudi bahasa. Manfaatnya pada kita. Bukan pada orang lain.

Petang tadi semasa balik dari kerja, saya nampak seorang dari pegawai yang tak pernah balas sapa saya tu, saya hanya senyum dan tidak diduga dia menegur saya walaupun dengan wajah yang serius.
"Student praktikel ka?" tanya dia.
"Tak, saya kontrak dengan Dr Rahman".
"Ya?" dia bertanya untuk kejelasan.
"Hortikultul" saya balas kembali...
"owh..." dia mengangguk tnada kenal pegawai yang menggajikan saya tu.

Tebarkanlah salam

Sesama saya kecil ada satu lagu yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Al-Arqam
Tebarkanlah salam antara kita
Walau di mana sahaj
Walau dimana jua

Kenapa rasa malu
Untuk menghulurkan salam
Adakah cara yang lain lebih baik darinya....


Itulah antara bait2 nasyid2 tu. Saya sangat terkesan dengan nasyid ni semasa kecil dahulu kerana saya pernah dimarahi seorang guru lelaki kerana tidak menjawab salam yang diberinya kepada saya semasa kami berselisih. Dia ustaz yang mengajar subjek akhlak. Saya berasa sangat malu dan insaf ketika ditegur ketika itu.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Rasanya semua orang tahu pahala orang yang beri salam dengan orang yang jawab salam punya perbezaan yang besar. Hinggakan dalam satu kisah ada sahabat yang sanggup menyorok bila bertemu dengan Rasulullah kerana dia ingin memberi salam terlebih dahulu kepada Nabi sebelum Nabi yang memberi salam kepadanya. Pahala pemberi salam punya nilai yang lebih dari pahala orang yang menjawab salam.

p/s: peristiwa petang tadi mnguatkan semangat saya untuk terus istiqamah dengan sikap yang saya ada sekarang. Alhamdulillah...Anda bila lagi? Malu? Jangan malu....jom KITA TEBARKAN SALAM UNTUK KITA LEBARKAN ISLAM..InsyaAllah...

Ahad, Jun 14, 2009

Maaf, saya tidak pandai berkongsi...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Petang tadi saya baru balik dari program training di UKM, Bangi yang dikendalikan oleh Bro Syamil dari Syarikat Pro-CAST Enterprise. Macam training yang sebelum ni, Bro banyak membawa suasana training kami dalam keadaan serba keinsafan.[walaupun, ada juga slot Si Tommy tu...]..Hati saya diasak dengan istighfar dan Al-Fatihah..sentiasa mengingati tuhan..

pelbagai ilmu dan kesedaran yang saya dapat di sini....dan ia membawa saya mengenal diri saya semula...kembali membawa saya bekerja pada landasan saya. Antara yang paling terkesan di hati saya adalah soal perkongsian....

Saya seorang yang kurang kata2 dalam berucap tapi mesra dalam berbicara. sering kali adik2 minta untuk 'memberi', sering juga saya menolak. Bukan tidak mahu berkongsi apa yang ada di dalam diri, tapi terasa diri kurang dan tidak layak untuk memberi.

saya harap, di akhirat nanti kaki saya tidak di silang dan di kekang kerana kedekut ilmu...saya ingin sangat bagi apa yang saya ada...tapi, saya tidak pandai...saya tidak mahu dilihat ri'ak hanya kerana saya ingin menyampaikan apa yang saya tahu...

sedih..

p/s: saya akan belajar cara deliver yang baik untuk memberi. kerana saya sayang apa yang Allah kurniakan pada saya[kawan2, shbt2m perjuangan, keluarga, dan semua yang sayang saya]

Sabtu, Mei 30, 2009

KINSAC '09

Pelik ker bunyinya?..
Unik la...sahabat satu syarikat yang buatkan...
Hargailah sahabat....

KINSAC '09 = Kem INSAn Cermerlang 2009 oleh Faqih Synergies Enterprise dan kerjasama Pro-CAST Enterprise (Bro Syamil) di Shah Alam Masjid Munawwarah Seksyen 27.

Pengalaman Indah

Ini adalah program kali pertama Faqih yang di TOT kan ahli lembaga syarikat. Sebelum ni kami hanya TOT (program Training of The Trainner)kan fasi2 kami. Tapi kali ni kami pula yang kena TOT. Alhamdulillah, bertambah lagi skill dan ilmu baru. Saya sendiri berpeluang mengasah bakat yang tak ada (huhuhu) sebagai pemuhasabah. Bergetar suara saya ketakutan membacakan text dan mengulas pandangan.

Seperti biasa sejak dah tua ni saya cukup terasa malu yang amat sangat nak kehadapan. Alhamdulillah lah dengan kesabaran dan tunjuk ajar sifu brother Syamil saya boleh juga lah gagahkan diri buat assigment sepanjang TOT tu. Mau nangis juga saya paksa diri. Walaupun di wajah ni nampak tenang jer....hati yang bergolak sapa tahu.

Malam yang panjang

Ketika ini saya menulis di Masjid Munawarah. Alhamdulillah, dapat WiFi free kat sini. Rezeki jangan ditolak. Saya diamanahkan untuk bawa satu slot muhasabah pada adik2 ni. Doakan saya. Saya sangat gemuruh. Dengan ditemani Sa'adah yang juga pengurus Sumber manusia Faqih, saya siapkan slaid. Letih2 siapkan slaid, saya merayau2 dalam blog sendiri sebab dah lama tak dapat baca c-box sendiri dan kawan2 lain.

Rasanya malam ni sampai pagi lah saya stay up. Mata yang berjaga kerana kerja2 Islam adalah antara mata yang tidak dibakar di akhirat kelak. Moga kerja malam ni menjadi mahar saya di akhirat nanti. Ameen.

Sabtu, Mei 23, 2009

KesemPAtan Yang Ada...

Bismmillah wal hamdulillah...

Akhirnya malam ni ada juga kesempatan untuk update blog usang saya ni. Teringat kata2 Ust. Hasrizal, kalu ada blog tapi tak update ibarat ada rumah yang tak dikemas. Buat apa, buka bilik dalam rumah banyak2 tapi tak mau jaga. Kalu dah mulakan satu komitmen kena belajar untuk istiqamah menjaganya. Dan saya cuba belajar dan sedang belajar. Anyway, I'm little bit slow in learning life process....especially in appriciate people feeling. (salah spelling?, faham2 je la)

Kesibukkan yang datang dengan mengejut

Sejak dari hujung minggu lepas saya asyik terlibat dalam program yang dirancang secara Adhock. Bukan, maksudnya saya jadi ajk or terlibat secara mengejut. Tanpa dirancang atau terlibat lebih awal.(Bukan tak suka, terlalu bersyukur sebenarnya). Minggu lepas saya berpeluang ke selatan Malaysia. Johor. Panjat gunung lagi..Alhamdulillah, banyak cabaran sepanjang program dan banyak jugalah muhasabah diri yang timbul di benak rasa sanubari saya.

Gunung Ledang dikatakan gunung ke3 mencabar treknya di Asian. WaAllahu'alam. Ranjer di sana yang bagitau. Dan kami, seramai 17orang telah berjaya menawan puncaknya setelah 11jam memanjat. MasyaAllah, betapa penat dan sakitnya kaki hanya Allah sahaja yang tau. Dari awal pendakian saya bertanya pada diri. Kenapa perlu panjat gunung kalau nak buat tamrin pun? Kenapa perlu panjat gunug kalau nak mencabar stamina pun? Kenapa perlu panjat gunung susahkan diri datang jauh? Semua soalan saya sajakkan sepanjang dalam perjalanan. Ada sahabat2 yang respon dengan pelbagai jawapan..

Gunung, antara makhluk Allah yang banyak diceritakan dalam Al-Quran. Sebagai pasak kepada kestabilan bumi.etc. Banyak lagi yang saya tidak tahu dan perlu saya belajar. Dengan ketahan dan ketiggian dari makhluk Allah yang lain, menjadikan gunung satu perkara yang unik untuk diterokai. Sakit kaki, dahaga air, tersesak nafas, hilang tenaga, nak pitam, nak loya. Semua tu akan berlaku pada kita dan kami juga merasainya. Tapi bila dah sampai di puncak, MasyaALLAH, SubhaNallah...hanya zikir sahaja yang dapat menggambarkan perasaan tu.....

Terasa ujian hidup ni terlalu sedikit untuk mengeluh, untuk merasa sedih, untuk merasa kecewa. Sedang nikmat Allah yang bakal dirasa tiada tolok banding dengan kepayahan yang ditempuh. Hanya itu kesimpulan yang boleh saya buat. Betul2 mengajar saya erti keinsafan.. Saya berserah diri hanya pada Allah, DIA yang menciptakan saya. Saya bersyukur atas apa yang DIA taqdirkan pada saya. Saya kecewa, tapi mungkin itu tanda DIA sayang saya. Saya terima. BisMillahiTawakkaltu 'allah

Al-Fatihah..

Sejak sebulan yang lepas, saya kerap membaca Al-fatihah. Entah kenapa, saya teringat pada pesan sahabat saya "kalau kita teringat antara satu sama lain, kita bacalah al-fatihah." kata sahabat saya. Dan saya masih ingat dan saya mengamalkannya. Alhamdulillah. Al-fatihah banyak memberi kekuatan pada saya. Perjalanan ke Terengganu semalam banyak mengambil tenaga saya. Ye la, badan dah biasa dengan kerja2 berat sekali dimanjakan dengan hanya terperuk di dalam kereta selama berjam2 membuatkan saya betul2 kepenatan.

Kesian pada muna dan adiknya yang memandu kami ke sana. Akhirnya, pagi Jumaat yang mulia itu dapat juga kami berjumpa dengan Tuan Guru Haji Hadi di rumahnya di Rhusila. Alhamdulillah. Selepas sedikit sebanyak pembentangan tentang gerak kerja GAMIS sepanjang satu sesi ni, kami berpeluang memperbaharui baiah dalam perjuangan bersaksikan orang yang paling kami hormat. Ustz Hadi. Alhamdulillah. Fidah lah yang banyak bercakap dan mohon agar golongan muslimat muda ni lebih kehadapan dari Ustz Hadi. Saya hanya melihat, sedikit segan pada ustaz dan hanya bekerja mengambil gambar sahaja.

Perjalanan yang masih jauh

Selesai sahaja sesi soal pengisian dari Ustaz Hadi, kami mengambil peluang untuk betanyakan soalan tentang PAS dan berkaiatan dengannya. Saya ingin bertanya tentang saraf yang dimainkan massa pergelutan dalam PAS dan rasuah yang cuba dipanas2kan oleh media berat sebelah BN. Tapi awal2 lagi ustaz Hadi dah maklumkan. Sememangnya kita yang diluar ni nampak perkara tu sebagai saraf dan ada yang menganggap ia hanya sebagai angin yang sepoi2 cuba menjatuhkan PAS, tapi sebagai Presiden tentunya Ustaz Hadi sedikit sebanyak terfikir perkara tersebut dan terbeban juga minda.

Perjalanan panjang ke Terengganu semata2 untuk berjumpa dengan Ustz Hadi memuhasabahkan diri saya. Perjuangan ini masih panjang, perlukan nafas baru untuk menyambungnya. Sungguhpun saya bukan yang terbaik, banyak dosa. Tapi bukan kah Allah telah berjanji dalam Qalamnya. Barangsiapa yang bertaubat dia ibarat bayi yang baru lahir?, Barang siapa yang berjuang kerana Allah, Allah akan memperelokkan diri, sikap dan peribadinya?

Nah, banyaknya janji. Hebatnya janji...masih menongkat dagu!?...Kerja Islam banyak menunggu....!!

Sabtu, Mei 02, 2009

Muslimat menulis..

Pagi sabtu minggu ni saya sedaya upaya kosongkan untuk siapkan chapter pertama penulisan projek tahun akhir saya. Moga dimudahkan bagi saya. Setelah penat menganalisa, saya tenangkan fikiran dengan merayau2 di blog kawan2. Baru saya perasan, banyak pautan blog saya datangnya dari kaum lelaki. Saya cuba mencari2 pautan2 blog muslimat yang menulis. Alhamdulillah, ada juga.

Muslimat dan Penulisan
Pandangan saya, hasil penulisan wanita atau lelaki sebenarnya sama sahaja. Hanya ilmu dan cerapan isu yang ditulis itu lah yang menentukan nilai penulisan. Zaman sekarang sudah tiada lagi istilah, orang lelaki suka perbincangan yang berat dan hanya berminat ke arah itu dan wanita pula punya hati yang lembut hingga tidak mampu untuk memikirkan perkara yang serius dan bersifat 'berat'.

Era teknologi yang semakin canggih saya menyaksikan persaingan sihat antara lelaki dan wanita saling melengkapi maklumat dan gerak kerja. Cumanya, banyak lagi ruang dan bidang yang perlu diterokai oleh kaum wanita. Perkara ini bukan bermaksud untuk menghilangkan batas syarak pada seorang wanita, tetapi sebagai ruang baru untuk wanita lebih menyumbang.

Ahad, April 26, 2009

KisaH Buku..

Alhamdulillah, saya sempat ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada rabu lepas. Dalam kesibukkan kerja dan kesempitan masa, saya gagahkan juga ke sana selepas kerja dalam pukul 6 petang kerana ada amanah yang perlu diselesaikan. Seronoknya, melihat begitu banyak buku yang dijual oleh publisher2 yang memang dah terkenal di kalangan student seperti saya seperti PTS(dapat diskaun jika tunjuk kad pelajar), Utusan, Galeri Ilmu, Telaga Biru, Anbakri, MPH, etc. Jika booth buku Islamik bahasa Melayu pun tak surut pengunjung yang datang seperti Alhidayah, Arrisalah, Darul Nu'man, Saujana Media etc. MasyaAllah. saya boleh lihat perubahan genre pembaca di sana. Booth yang menawarkan item islamik lebih dikunjugi berbanding booth2 yang lain. Ada juga booth kitab Arab, booth alat bahasa etc. saya tidak sempang untuk tawaf semua booth yang ada.

Kisah Buku
Saya ke sana bersama teman lama saya yang sangat saya rindu untuk berbual dengannya. Husna. Saya cuba gunakan masa yang kami ada bersama dengan sebaiknya. Ingatkan saya dia telah datang sebelum ini jadi, saya perlukan dia untuk menjadi tourbook guider. Rupa2 kami sama2 kali pertama datang bookfair sejak ia dibuka. Kami ketawa sendiri kenangkan kecuaian masing2 kerana dia juga berhasrat agar saya menjadi tour guider bookfair tu juga.

Saya hanya membeli buku atas tujuan sahaja petang itu tanpa membelek2 dan melihat2 buku2 baru kerana pada pukul 8 malam nanti saya perlu tiba di rumah untuk ke kelas hometuisyen saya di putrajaya. Sedangkan husna hanya sempat beli satu sahaja buku gara2 mengikut dan membantu saya mencari buku2 saya. Kasihan Husna. Maaf yer dik.

Buku2 di Malaysia sekarang semakin menarik persembahannya dan penetapan tajuk2 yang diberikan. Persembahan gambar juga menarik minat pembaca untuk menbeli. InsyaAllah, isi2nya juga baik.

Buku2 yang saya beli tidak banyak, hanya 2 buku untuk saya, 2 buku untuk kawan dan 1 buku untuk adik.

p/s: Maaf, tiada pengajaran yang dapat dipersembahkan dalam tulisan kali ini. Sekadar diari hidup yang usang dan melelahkan kerna nikmat hidup hanya di Akhirat yang abadi.

Salam Permisi Semua.

Jumaat, April 24, 2009

MaHaLnya PeLuanG Ke-2

bismillahirrahmanirrahim...
dengan masa yang masih berbaki 20 minit saya cuba manfaatkan buat diri dan sahabat2 yang sentiasa mengunjungi...
***************************************

"jadi tambah sem la?..brape subjek lagi tak habis?" tanya kerani di fakulti ketika saya hantar borang untuk submit tajuk projek tahun akhir.
"subjek dah habis, projek saya yang saya ulang"...
hmmm..kakak kerani hanya geleng kepala.."sayangnya, bayar yuran sama mahal juga macam pelajar biasa..."
saya faham maksud kakak tu. dia tahu kedudukan kewangan saya selama ini.
saya hanya diam dan tersenyum...mahalnya mengulang peluang kedua...

**********************************

"nor, macam mana dengan pokok terung Dr? ok tak?" tanya kak najah yang pernah menjadi assistant Dr Abd Rahaman sebelum saya.
"ok ja. nape kak?"
"nape akak tengok banyak yang kuning?"
"kena serang dengan mite. saya dah sembur racun tapi tak elok.."
"nor, pokok tu kena jaga elok2 tau. sebab, nematod akan makan akar dia, jadi kalu atas pun tak sihat, macam mana nak bagi makan pada nematod tu? akar tak kuat, nematod makan di akar..jaga elok2 nor.."
saya kurang sedar perkara itu. sebelum ni saya rasa saya cukup sayang dan jaga pokok2 tu dengan baik, rupanya masih kurang penjagaan saya...
saya turun ke glasshouse ketika itu juga, saya periksa semua pokok dan saya lihat banyak daun yang layu dan luruh sebab diserang mite(labah2 pokok)...

hati saya jadi sedih, saya teringat kembali pokok2 rosel saya yang mati ketika projek tahun akhir. saya takut, saya fobia dan saya menangis...letih sangat bila sedih, tapi saya gagah juga gemburkan tanah dalam pasu dan bajakan pokok.
selasai kerja, saya ke surau. Berjumpa dengan kawan sekerja saya luahkan rasa, dia cuba tenangkan saya.
Dia cadangkan saya maklumkan perkara tersebut kepada pihak atasan kerana bimbang akan berlaku salah faham nanti. saya terus hubungi k.najah dan berbincang dengannya. sekali lagi saya hiba kerana pokok jagaan saya mati di tangan saya. k.najah hanya diam. saya tak mampu nak jumpa Dr, hanya sampaikan pesan pada k.najah. akhirnya, Dr telah membeli pokok baru semata2 ingin mengantikan pokok terungnya yang mati..masyaAllah, saya susahkan dia lagi.....mahalnya ulangan kali kedua..
********************************************************

konklusinya, hidup bukan satu kebetulan..kita perlu bekerja keras dan betul untuk menghargai apa yang ada di tangan pada saat itu dan ketika itu. perkara ini ada dinyatakan dalan hadith nabi S.A.W. 'Beramallah seolah2 kau akan mati esok hari'. namun Allah terlalu pemurah, disediakan peluang kedua. namun ada harga yang perlu dibayar untuk itu...bersediakah kita?

Selasa, Mac 31, 2009

Mengintai Nematod...

Sepanjang minggu ni aku akan sibuk di lab Nematod?
Ada sape tau tentang nematod?

Nematod adalah sejenis mikroorganisma tanah. Boleh dikatakan haiwan terbesar antara mikroorganisma yang lain jika nak dibandingkan dengan bakteria, dan virus. Nematod bukan tumbuhan, tapi sejenis animalia. Bentuk dia seakan2 cacing. Tapi tak boleh dilihat dengan mata kasar. Boleh dilihat dengan mikroskop sahaja. Nematod hidup dalam tanah dengan mendapatkan makanan dari akar tumbuhan di dalam tanah. Caranya, mereka akan melukakan akar untuk dapatkan nutrien yang telah diserap oleh akar.

Ada lebih kurang 9 jenis nematod. Kebanyakkannya akan melukakan akar pokok. Akar pokok pula satu penciptaan yang unik, setiap kali akat tertier luka ketika bergeser dengan partikel tanah sewaktu bekerja mencari nutrien, akan tumbuh akar baru dan lukanya akan cepat2 terkatup dalam masa hanya 3 minit. Subhanallah. Jadi, aktiviti nematod yang tumpang melukakan akar ni bukan lah perkara yang besar bagi akar. Mungkin akar akan anggap dia bersedekah sahajalah nutrien yang nematod ambil darinya.

Tapi, ada satu jenis nematod ni. Sangat berbahaya. Kenapa? Sebab dia ni bila dah lukakan akar, bukan sekadar ambil makanan je. Siap nak tumpang lagi dalam akar. Masuk dalam sel akar, xmau keluar2 dah sampai la dia mati...huhuhu...dahsyat nya makhluk Allah ni. Nama dia Meladogyne sp. Perkara ni bukan perkara kecil. Bila cik Mela ni masuk dalam sel akar, semua kerja akar akan terbengkalai. Ye la, ibarat macam paip air yang di sekat laluanya. Semua makanan yang akar cari tak kan dapat sampai ke bahagian lain pokok. Batang xdapat makanan, daun tak dapat makanan, pucuk apatah lagi. Pokok boleh mati dengan cepat. Ni la namanya parasit. Cik Mela ni la satu2nya nematod yang dahsyat setakat ni di Tropika ni.

Hmm, disebabkan nematod ni dahsyat sangat. Aku ditugaskan mengintai telur2 nematod ni pada akar2 pokok jambu batu yang telah di eksperimenkan. Fuh, berpinar juga mata mengadap mikroskop setiap hari mengintai nematod yang dahsyat ni...

Soooo.
Pada sesapa yang suka buat perangai macam Cik Mela ni lebih baik la bertaubat. Kalau setakat masuk jemaah nak meghabiskan beras, kalau datang kerja setakat nak relaks makan gaji buta, kalau berorganisasi setakat nak suka ada jawatan. Kalau setakat masuk pilihan raya nak menang bergaya, xmau berkhidmat.....lebih baik bertaubat. Anda bukan sahaja menyusahkan orang sekeliling anda. Tapi anda juga bakal melumpuhkan semua talian hidup anda dan orang lain. Bikin susah orang jer..

p/s: ingtan buat diri aku juga dan pada semua. Lets Pray 4 Bukit Selambau yang dah merapu pencalonannya....penin2.....

Isnin, Mac 30, 2009

Nor Aina indah namamu..

Tak berkelip mata dia memandangku. Sahabat2 yang lain juga jadi hairan melihat tingkahnya. sedang aku jadi malu sendiri. Apa lagi mahunya? Aku dah sapa, senyum pun sudah. Hmmmm....kenapanya. Susahla nak mengajar macam ni...

Aku cuba cool kan diri. Ye la, bukan laki pun yang renung hang tu. Budak perempuan pun. Baru 11 tahun jer. Tak sangka, program Ahad tadi betul2 berbekas dalam hati. Malam jumaat tu masa dapat call dari yusri ajak meting untuk program Faqih, aku agak melenting juga. Ye la, program nak buat hari ahad, boleh baru nak meting hari jumaat malam. Ahli syarikat yang lain pun terasa begitu. Rasanya lah. Setelah meting panas sejuk malam tu, kami decided Mohsein yang jadi pembentang. Eja cari fasi, dan aku..huhu..relaks sebelum program.

Kem Bestari Solat di Balai Bomba Jalan Chow Kit. hmmm..tempat paling seram aku nak pi. Sapa tak kenal jalan Chow Kit kat KL ni. Ada saja label negetif pada sapa yang jarang2 kenal tempat tu. Selain tempat shopping, buah pun banyak, "ayam malam" pun banyak, "orang hilang jantina" pun banyak...fuh!

Tapi bila dah datang dengan niat yang baik pasti lah Allah tak sia2 kan tujuan yang baik. Program sehari ni sangat mencabar. Dengan kemudahan dan ruang yang terhad, kami perlu betul2 pandai gunakan ruang dan peluang yang ada.

Mungkin taqdir aku dengan Aina ni panjang, aku terpilih jadi fasi yang akan conduct bengkel solat untuk kumpulannya. Betul2 menguji kesabaran dan keimanan. Nak cerita betapa nakalnya aina ni sampai aku kena peluk dia kuat dan bisik kat telinga dia 'aina, jangan susahkan ustazah yer. kesian kawan2 kamu, diaorang pun nak belajar juga.'..dan akhirnya dia hanya tunduk diam. Tidak seaktif tadi,dia tahu aku marah jika dia tak dengar cakap, tapi masih juga nakal. Ye la, nama pun kanak2..

Setelah habis program, dia lah antara kanak2 yang palik rapat dengan aku. Seusai semua aktiviti, ada seorang pegawai yang datang berbisik, 'bagus kalau ustazah dapat rapat dengan aina. Dia anak yang kurang perhatian, hinggakan program hari tu pun dia sendiri yang daftar diri sendiri dengan duit yang dia cari sendiri.' MasyaALLAH, terpaku aku dengar. Sayunya hati mendengar kisah aina. Kanak2 sekecil itu (walaupun bertubuh besar) dah terpaksa fikir tentang diri sendiri sedang buruk baik sesuatu perkara pun dia tak dapat nak beza dengan baik. Sedihnya.

Sebelum balik sempat juga melawat Hazirah yang xcident di HKL. Sebelah dengan Chow Kit jer pun. Memula tu nervous juga nak masuk hospital ni. Rasa macam orang sakit jer. Tapi dah masuk wad pesakit jadi insaf sendiri. Macam mana lah kalau aku yang dok atas katil pesakit tu yer...

Tengok Hazirah, hati jadi cemburu. Hebatnya dia Allah uji dia macam tu. Tengok mak dia pun ada jaga dia masa tu. Tabah betul makcik ni. Steady ja anak dia sakit. Siap mind setting positif lagi. Dia kata sikit jer ni..(patah tulang kaki dan rahang jatuh tuuu) fuh!..Hebat la. Sememangnya ujian Allah ni cukup padan dengan hamba yang DIA pilih. Semestinya hambanya itu mampu tanggung ujian yang DIA bagi....Cuma yang sedihnya, adik2 muslimin ni memang aku tak faham. Aurat sahabiah yang sorang ni tak dapat dijaga dengan baik masa ni, ye la dengan kaki kena gantung, rahang nak kena tengok selalu tak dapat la nak pakai tudung, bole la plak datang melawat. Tak kan la tak mau jaga maruah sahabat sendiri. Dah bagitau jangan melawat bukan bermakna muslimat tak suka hampa mai. Nak jaga aurat ja. Malu la.

p/s: kadang2 kita tak tau apa Allah nak bagi pada kita. I wonder, how's Bukit Gantang n Bukit Selambau election? Hope we get the best what we deserve for.

Rabu, Mac 25, 2009

Entri Mac

Sedar tak sedar, dah nak akhir bulan Mac. Sedang aku hanya sempat masuk beberapa kali jer blog sendiri. isu semasa pun kurang update. 2 minggu lepas sahaja, aku masuk kerja separuh masa hari jumaat. Banyak kerja lain yang menunggu untuk diselesaikan. Ye lah, acap hujung minggu jer ada program. Alhamdulillah, sibuk juga ler dengan kerja yang berfaedah.

Selasa, Februari 24, 2009

Rabu, Februari 04, 2009

Is Word Give Meaning to the ear wHO Listen?

Dalam Hadith Nabi ada mengatakan manusia yang beruntung adalah manusia yang hari ini lebih baik dari semalam. Beerti berlaku perubahan dalam hidupnya dari hari ke sehari ke arah yang lebih baik.

Dalam konteks tajuk kali ni, aku cuba menilai diri dan mungkin kawan - kawan juga boleh bersama untuk kita melihat diri kita sehari - hari selama ini. Penggunaan kata ganti nama 'aku' dalam kehidupan aku memang sedikit jika dibandingkan dengan kata ganti nama 'ana', 'saya', 'akak' atau 'soleh'. Tapi kenapa aku memilih untuk menulis dengan kata ganti 'aku'?

Setiap orang mempunyai nilai yang berbeza dalam menilai sesuatu perkara dalam kehidupannya. Semua ini kerana aliran sejarah kehidupan awalnya terhadap dunia. Maksud aku, background family. Ada kawan - kawan aku anak orang yang memang dari famili yang baik, alim dan seangkatan dengannya... tapi tak kurang juga kawan - kawan aku yang jenis gila - gila, orang biasa tanpa 'nama', pak cik mak cik yang tua - tua dan biasa - biasa saja.

Asasnya kita manusia. Sama saja, yang beza hanya iman dan taqwa. Bukanlah nak bepegang pada dalil begitu memberi tiket kepada aku untuk hidup ikut mazhab dan nafsu sendiri...tapi sekadar mengingatkan diri jangan bangga dan megah dengan diri yang hina asal ciptaannya.

Walaupun perkataan 'aku' kedengaran agak kasar, agak kurang sopan tapi aku selesa begini..selesa menyatakan inilah definasi aku terhadap diri sendiri. Aku tetap aku, aku yang cuba untuk menjadi orang lain adalah aku yang tidak terima kenyataan hidup. Aku yang cuba menghargai apa yang ada pada diri adalah aku yang bersyukur. Terima seadanya apa yang ALLAH beri, pasti ada kegembiraan dan kelapangan hati. Kita kan tak tahu mana satu pekerjan kita yang dinilai baik di sisi ALLAH..

Apapun, maafkan aku pada kawan - kawan yang biasa berhubung dengan kata 'ana', 'soleh','akak' or apa saja dengan aku sebelum ini..

Is Word Give Meaning to the ear wHO Listen?

Kita yang tentukan nilainya..tapi Allah juga penilai terbaik...

Khamis, Januari 29, 2009

ORANG GILA VS ORANG WARAS?????!!!!

P/S: aku yakin mesti dah ramai juga yang pernah baca tentang artikel ni...tapi mesti ada juga yang tak pernah baca. atas dasar semangat perkongsian yang tinggi...aku paste juga dalam blog sendiri...mana tau, kot kot kalu aku lupa nanti...mungkin artikel bole ingatkan diri aku kembali..... Insyaallah..


"Aku orang gila, kau orang cerdik"

"Aku makan sampah, kau makan makanan enak"



"Orang gila tak solat tak berdosa, orang cerdik tak solat masuk neraka"
"Orang gila masuk syurga tanpa hisab, orang cerdik kena hisab"
Semalam aku mendapat 'kuliah' percuma dari orang gila.
YA-ORANG GILA!!!

Ini bukan cerita rekaan tapi aku benar-benar bertemu orang gila yang cerdik.

Walaupun gila tapi setiap butir perkataan yang dituturkan adalah hikmah. Aku terkesima. Mana mungkin orang gila boleh sebijak ini. Sedangkan aku yang kononnya cerdik tak pernah sedar akan hakikat setiap apa yang diucapkan.

Ahh..Nasihat orang gila mana mungkin boleh dipercaya. Entah mana sumber rujukan, entah mana kitab panduan yang dia guna. Mungkin orang ni dulunya gila dunia, bila dah gila betul baru nak ingat akhirat. Orang cerdik macam aku tak layak terima nasihat orang gila.


"Kamu orang cerdik yang malas. Malas melambatkan proses untuk berjaya"


"Kamu terpesona dengan dunia tapi dunia tarafnya hanyalah seperti sampah, sampah yang menjadi makanan rutin aku"

Betul. Malas melambatkan proses berjaya. Aku leka dengan dunia sehingga meninggalkan suruhan solat, arahan menutup aurat aku ingkar, dengan merokok aku rasa tenang. Tapi...
Tapi nasihat ini datang dari orang gila. YA-ORANG GILA!!!




"Berubahlah wahai orang cerdik. Tak malu ke kamu pada orang gila seperti aku."

Apa pendapat kalian, boleh atau tidak aku terima nasihat orang gila ini?

Jumaat, Januari 23, 2009

Sebuah perhubungan/interaksi

entah kenapa, aku seperti tak faham tentang hubungan antara manusia..masa kecil - kecil dulu banyak juga belajar tentang hadith menghormati orang lain, tentang bersikap dengan sifat mahmudah, menjauhi mazmumah etc. tapi bila dah besar panjang begini...aku seperti dungu jer...

insiden 1
kul 11.30 pagi, puan fadzillah ajak aku kuar pi jamuan anjuran bahagian kami. tengah naik kereta ada motor depan kami bersuka ria je bawa motor. kami tengah rushing, dia kata kita potong le tapi mesti perlahan..kena jaga hati.
???????????????? aku blur..ok...

insiden 2
en.isa ajak main badminton, satu geng la maksudnya. bahagian kami juga yang akan main pun. aku pun ok. balik keje, kul 6 terus keluar. sampai stadium, mak aih..xda orang perempuan pun...macam mana ni..hmmmmm.....
"en.isa, x pe la. saya balik dulu la. xda orang pompuan la. saya segan."
"kesian kat awak la....xdapat main"
????????????? aku blur.....ok. aku blah je.

insiden 3
cik didi dah banyak kali citer tentang isteri dia yang gigih berniaga. walau hujan, x pernah kisah...dia suruh aku 'main2' dengan isteri dia. dah siap bagi fon nombor lagi tu...hmmm....ok juga. bole kenal orang baru.
tak jadi main badmiinton, aku p uniten cari cik rusminah isteri cik didi. cari gerai 13, datang senyum2...
"tak kenal ke?, anak saudara ni..." dia penin2...beriya dia meneka...beriya juga aku mengiya...huhuhu...kesian aku tengok..huhuhu...akhirnya aku pun cakap aku student praktikal keje sekali dengan cik didi. dia termalu la.hmmm...
terus dia bagi goreng pisang free, aku nak bayar. dia tak bagi. aku pun cari benda len nak beli. dia x bagi. akhirnya aku paksa juga nak beli keropok kering. ok la...
???????????????????????? aku blur, hanya dengan senyuman dan kenalan ringkas, bagi banyak rezeki...

kawan2...
agak2 apa perlu aku sebagai manusia nak berbalas dengan mereka yang hadir dalam hidup aku dan memberi banyak makna? wang tak mungkin jadi pengganti...tak mungkin. mungkin jasa. mungkin budi....
tapi dalam keadaan aku yang kadang sibuk, kurang peka, kurang rasa, feelless, macamner la agaknya untuk terus aku kekalkan hubungan yang dari hari ke hari yang bertambah. yang baru pasti ada, yang lama harus di jaga. tapi mampu kah?.

HEBATNYA ALLAH, SENTIASA MEMBERI, TAK PERNAH LEKA, TAK PERNAH SALAH MEMBERI, TAK PERNAH KURANG PEKA...SEDANG PENGUASAANNYA TERLALU LUAS. sekecil2 makhluk debu sebesar2 galaksi. sume DIA jaga...

SUBHANALLAH......

Khamis, Januari 22, 2009

Sambutan Ulang Tahun Hari Kelahiran....

Hari ni hari Khamis...puasa sunat. Aku? tak la, susah nak istiqamah bila dah bercampur dengan sahabat sekerja ni...Kalu diaorang tak makan, aku pula yang nak makan. Tambah - tambah bila dah tiap - tiap hari mengadap pokok jambu. Buah kegemaran masa kecil - kecil. Panjat pokok, makan atas pokok. huhuh...
Sebenarnya ada jamuan sahabat sepejabat yang dah dimaklumkan awal dari semalam. Sambutan Ulang Tahun Kelahiran untuk bulan Januari..rupanya masih ada ye keraiyan macam ni dalam pejabat. Itu lah hubungan sosial namanya. Hubungan sosial yang baik dapat membantu menigkatkan prestasi kerja yang baik. Psikologinya lah.
Moga aku belajar dari pengalaman ni. InsyaALLAH.

Sambutan hari kelahiran ni baik. Nabi pun pernah buat. Lagi pun dapat pahala dapat gembirakan orang. Bagi aku ini antara keraian yang bersih yang patut dirai. Ada juga kes yang dahsyat sikit. Siap kenakan orang lah, jerit - jerit la, perkara - perkara macam ni kena dielakkan. Hilang la pahala. Mungkin mengundang dosa. Na'uzubillah. Pada kawan - kawan dan sahabat - sahabat cari lah saham akhirat banyak2 dan kurangkan pelaburan dosa.
LOVE U ALL..

Isnin, Januari 19, 2009

Cerita Hari Isnin....

Hari ni di UPM ada pengundian untuk pilihan raya kampus. Aku turun ke tak? Rahsia sendiri le...amanah tu....InsyaALLAH, ALLAH menangkan siapa yang bersungguh.

Semalam dapat calling dari mak, adik aku yang nombor 4 nak bertunang...Alhamdulillah...Adik no. 2 pula kata dia nak kawin raya cina ni...huhuhu..biaq benaq...xda angin xda ribut dah nak kawin...tau la dah bertunang...huhuhu...kalu jadi pun Alhamdulillah...buat apa nak marah benda betul...kalu x betul, baru la aku marah..tapi yang x bestnya, dia marah pula aku x kawin or bertunang ker...huhuhu...dahsyat...ada ker, dah xda rezeki...xda la..nak buat macam ner...aku pun nak paksa saper la kawin dengan aku...huhuhu...ngarut jer...

Entah ler, hairan juga bila tengok orang suke citer tentang diri dalam blog...tapi ada juga yang betul2 menulis dalam blog...aku? entah...tapi yang penting, aku tau apa yang aku tulis dan apa yang aku sampaikan...

Sebenarnya ada banyak perkara yang nak kena cerita pada orang...tapi aku lebih suka pendam...x percaya la kat orang...percaya kat ALLAH lagi..huhuhu...baru la romantik bercinta pagi2 hari nanti...

Aku dok teringat la kat anak usrah aku yang tak ramai tu...macamner la depa sekarang...xda feel la nak buat usrah...tau tanggungjawab tapi hati berat...biasa la bila nafsu dah berkomplot dengan setan...alamat jalan la...huhuhu...kuler betul... kawan2 yang perihatin baca blog ni, sudi2 lah bagi nasihat..saja ler nak citer cerita hati dalam blog ni...

Aku cukup payah kalu nak citer masalah pada orang..tapi kalu dah mula citer mesti tak pandai berhenti...

Makhluk tuhan memang unik....