Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Isnin, Ogos 11, 2008

hari tarbiyah sedunia...

entah apa lah yang membuatkan aku bagi tajuk ni.

ensiden 1:

"cepat2 akak dah da d luar ni (depan kolej 13), nanti kita lambat..."

"ok2 saya keluar"

dengan terkocoh - kocoh fizah keluar dari pagar kolej mendapatkan aku di motor. kami janji petang tu akan ke Shah Alam bersama coz nak bincang tentang Majlis Dakwah. rumah munawirah. siap saja fizah naik motor aku terus lekas memecut. harap - harap kami x lewat sangat bertolak.

baru saja sampai setengah jalan, fizah bertanya

"jauh lagi ka kak? nape kita x naik je kenderaan awam.."

aku hanya diam. dalam hati, aku ada alasan tersendiri memilih motor ke shah alam. ya lah, bila lagi nak praktis survey jalan. kenderaan awam ni dah bertahun dah aku dok latu. walaupun tak lah baru sangat aku bawa motor, tp sekurang - kurangnya boleh juga aku kenal jalan - jalan d shah alam ni.

sememangnya sejak 2 tahun lepas aku sudah biasa travel jauh - jauh hanya dengan motor. lagi senang, x menyusahkan sesiapa. sampai saja di trafic light belok ke shah alam aku balas pertanyaan tadi dengan ayat 'Selamat datang ke dunia akak'..fizah balas 'fuuyoo'...entah ape ntah yang dia fikir...biarlah...aku serah pada yang HAQ untuk menilai respon dia tu.




perjalanan ke rumah muna petang masuk ke malam tu berjalan dengan baik. (kami sempat singgah pasar malam di taman rumah muna tu). walaupun banyak kali berhenti tanya orang - orang di situ. takut sesat.

perbincangan di rumah muna hanya kami bertiga. aku, muna n fizah. banyak juga kau dapat input yang perlu aku buat. nampak gaya kena susun sikit mana yang tak clear tentang proposal tu...Alhamdulillah semua nya bejalan dengan baik. tapi yang sayang nya x dapat jumpa dengan parent muna coz depa keluar. da kenduri. 'ala kullihal misi dah selesai. kami keluar dari rumah muna dalam pukul 10 lebih.

emm...part yang paling best adalah di sini...nak kuar dari rumah muna tu MasyaAllah, punya la susah..aku tersalah ambil jalan. kami terpaksa lalu area 'uptown shah alam'. ingat kan tempat per, rupanya pasar malam yang besar..lepas tanya guard yang bertugas jaga parking di situ, kami jumpa jalan sebenar. highway balik serdang. bila aku lalu ja depan stesyen minyak hati dah terdetik, 'motor ni ada minyak ka x?, x pe lah Bismillahitawakkaltu 'alallah'..

emmm...doa saja memang la Allah x tolong. kalu Dia tolong pun mesti ada sesuatu yang Dia nak sampaikan pada kita..dalam kes aku n fizah ni, motor kami termati di tengah jalan. Subhanallah...emmm..lazat, manis, enak, sedap..(dan yang seangkatan dengannya) ujian Dia pada kami malam tu...

bayangkan di tengah highway, di tempat yang kita x kenal sesiapa yang berdekatan (kami masih lagi dalam area Shah Alam), yang jalannya oneway, kami berdua mati kutu. bila fizah 'buka' ja mulut dia aku terus suruh dia diam...jangan cakap apa - apa. hanya menambahkan gelisah hati. aku minta dia tolong tolak motor bersama untuk patah balik ke stesyen minyak tadi..

hampir 2km kami tolak motor..baju ni basah peluh x usah nak kata ler. muka memang penat giler la..sebenarnya dah biasa tolak motor...tapi inilah kali pertama susahkan pembonceng untuk tolak bersama..maaf ye dik fizah..



sebenarnya dalam hidup ni banyak sangat pengajaran yang bole kita ambil...
malam tu malam tarbiyah buat kami berdua..memang banyak insiden - insiden seram yang kami tempuh..

apa pengajarannya?

ANDA LAH YANG TENTUKAN....

Jumaat, Ogos 08, 2008

GEMPAR!!! kerjasama PDRM, israel dan singapura




Suatu pendedahan mengejut dibuat oleh akhbar the Star yang mendedahkan bahawa badan Pencegah Rasuah sedang menyiasat satu kerjasama antara Polis DiRaja Malaysia , Israel dan Singapura yang dibuat dengan menyalahi polisi asal Malaysia .

Kerjasama tersebut bertujuan membolehkan syarikat Singapura yang diketuai oleh rakyat-rakyat warga Israel membekalkan alat-alat komunikasi istimewa kepada PDRM.

Kerjasama PDRM dengan Isreal dan Singapura ini cukup menghampakan jika benar dan Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan sewajarnya. Dalam keasyikan Israel membunuh warga Palestin dan dalam keasyikan Singapura mengambil Batu Putih dan Wilayah Pembangunan Iskandar, tindakan BN ini, jika benar merupakan satu pengkhianatan kepada Malaysia .

Ketua Polis Musa Hasan mengesahkan pihaknya maklum akan kerjasama tersebut.

Rakyat diharap turut memberi perhatian kepada isu ini disamping keasyikan pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Berikut ialah artikel tersebut:
" The Star (Used by permission)by Lourdes Charles KUALA LUMPUR: The Anti-Corruption Agency (ACA) is investigating how a little-known IT company with little experience became the local partner in the RM1bil project to upgrade the Royal Malaysian Police's communication systems from analogue-based to digital. The project has since been scaled down.

According to sources, the ACA was also probing how a Singapore-based company, several of whose directors are Israeli nationals, was awarded a slice of the project when it was against the Government's directive to do so.

The Israelis are said to be former officers in the Israeli Air Force. The upgrading of the communications system would enable traffic policemen, those in mobile patrol vehicles and beat-duty policemen to communicate with each other and with their control centres.

The sources said the authorities had begun their preliminary inquiries into the companies to ascertain whether there was any irregularity in the awarding of the project and whether they could pose a security risk. They said the ACA would call up several people, including police officers and senior government officials to assist in investigations following allegations that the company does not possess the requisite expertise.

It is learnt the Home Ministry had first awarded the RM980mil upgrading project to a well-known multi-national company in February. However, in March, the company was informed that a local IT company had been appointed as local partner for the project, causing eyebrows to be raised. With the latest development, sources said the IT company’s involvement in the project has since been limited to enable further discussions on the matter. Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said police were aware of the involvement of the Israelis in their communications systems upgrading project. “We informed the Home Ministry as soon as we learnt about it,” he said, declining to elaborate.



It is learnt that the Government has decided to scale down the project for the time being and had only approved its first phase, estimated to cost around RM42mil. The IGP had last October announced that the police planned to equip their personnel with hand-held computers, and micro-cameras fitted into walkie-talkies, as part of a massive plan to beef up the force's capability. He had said the police wanted to use such high-tech devices and set up a network of camera surveillance systems to fight crime more effectively. Musa said the force needed to have an e-solution system that would enable them to communicate with police helicopters, airplanes and marine police as well as with their mobile police vehicles.


“The Bukit Aman control centre will use the latest high-tech devices and communication systems to relay, monitor and coordinate operations throughout the country,” he said".


Cantik benor la tu. Sibuk-sibuk dakwa Anwar agen Yahudi lepas tu BN sendiri yang jemput Yahudi.

Rabu, Ogos 06, 2008

ahlan wasahlan ya sya'aban

Assalamualaikum semua..

Sabda Nabi SAW: 'Syaaban adalah bulanku, Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (rohani jasmani'

Nantikan Nisfu Syaaban (18/8/08) Bacalah yassin 3X slps maghrib 17/8
1. Pohon pnjg umur dlm taat pd Allah 2. Murahkan rezeki yg halal & berkat 3. Pohon mati dlm iman

(Dipetik dari Al-Hadis)
Sabda Nabi SAW: 'Apabila pd malam Nisfu Syaaban, maka berjagalah kamu pd mlmnya, utk solat, beribadat dan puasa pd siangnya'
Allah berfirman: 'Adalah org yg meminta ampun, Aku akan ampunkan dosanya. Adalah org yg ditimpa malapetaka, Aku akan afiatkannya.
Adalah org yg meminta rezeki, Aku akan turunkan rezeki utknya..demikianlah sehingga keluar fajar subuh.' Amin ya rabb.

Selamat myambut Nisfu Syaaban dan beramal di bln Syaaban ini! Jazakallah..

Selasa, Ogos 05, 2008

susahnya menyanggah dunia

sepanjang minggu penuh dengan exam..first test. 'berpeluh' juga nak membaca nota..kadang - kadang tu 'ter mis' nak prepare awal. nasib badan la kalau tak sempat nak baca nota.

selalu saja berdetik dalam hati ni, kenapa lah aku buat perangai macam ni. nak dapatkan label pejuang, penggerak dan pendakwah islam. tapi kalau sikap peribadi yang acuh tak acuh macam ni agak - agaknya macam mana lah gerakan ni pada masa depan?
zaman cucu cicit aku nanti..



itu baru satu kisah individu yang hidup sebagai manusia mahasiswa, macam mana pula dengan orang lain? sebenarnya, yang manusia yang lain statusnya..kita perlu sentiasa tanya diri kita
apakah tujuan asal kita hidup ni?
apakah sebab kita buat sesuatu perkara tu?
kerana siapa semua ini kita buat?
perlu ada 'question mark' dalam setiap tindakan kita..dari sekecil - kecil soalan hingga lah sebesar - besar soalan.

dunia ni kata hadith nabi macam sisa air lekat pada jari yang kita celup dalam air. sikit sangat. tapi kita selalu leka denganya. sibuk kan diri dengan benda - benda dunia yang x bole bawa pegi ke mana.

tapi sememangnya kerja harian yang mendatang memang banyak dan bertimpa - timpa..
macam mana nak elak??? tak kan nak kena tinggal semua tu dan hidup dalam hutan dan jalankan ibadah senantiasa?..macam pelik jer teori tu..



memang la pelik sebab bukan sifat Islam begitu. konsep ibadah ni luas.setiap perkara yang kita buat demi untuk mencari redha Allah akan jadi ibadah. ibadah ni jalan untuk kita sampai ke akhirat.

eh eh eh
da keje len plak..
sambung len la..

Ahad, Ogos 03, 2008

kegilaan yang pelik

semalam tamat lah sudah karnival D'Campus oleh Digi dalam kampus hijau aku..
pelik gilerr... kenapa yer anak muda sekarang senang di 'gula - gula' kan dengan kesenangan, keseronokan, sedang kan ramai lagi manusia lain yang hidupnya makan hanya sekadar alas perut, hidup sekadar boleh bernafas...

pada pandangan aku, seorang mahasiswa seharusnya faham keadaan bangsanya, faham akan keadaan negaranya. bukan lah tidak boleh bersuka dan berseronok...
tapi jika sepanjang masa dalam keadaan begitu..adakah kesempatan untuk merasa susah dan sakit seperti yang dirasai oleh orang lain?



seorang mahasiswa dapat pinjaman pengajian or biaya pengajian, pada siapa yang datang dari keluarga yang berada bole lagi dapat duit poket dari keluarga.. duit poket yang diberi dalam biaya pengajian pun dah cukup mewah..

alangkah baiknya jika duit tu di gunakan dengan sebaik - baiknya..mesti dapat banyak membantu orang - oang yang memerlukan..

mahasiswa..........mahasiswa........mahasiswa sekarang banyak senang dan mudah hidupnya dari mahasiswa sekarang...

entah apa akan jadi pada pemimpin negara akan datang kalu mahasiswanya tak pernah bergelumang dengan kepayahan hidup..tak pernah terluka kerana payah bekerja mendapatkan input hidup.

mungkinkah kan muncul lagi dasar - dasar pelik yang susah untuk rakyat aplikasikan dalam hidup????