Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Rabu, Februari 25, 2009

Apa di hatimu? Pujuklah hatimu sayang...

Dengar ikim.fm.[memang hantu radio pun, xbole diam kalu xda radio =)] Ada nasyid tentang keluarga bahagia. Cair hati dengar,pilu syahdu, sendu, pendek kata lembut lentuk hati. Hmmmmm....aku kena kuat ni..

Kadang – kadang selalu fikir kenapa aku masih belum berkeluarga? Kawan – kawan dah ramai yang dapat anak. Ada suami, ada keluarga sendiri. Mesti buat kerja lebih tekun dan fokus. Fikirku...
Pujuklah hatimu sayang...aku kembali rasional. Kenapa aku selalu bertanya begini pada diri? Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah. Aku sudah cukup berusaha. Sabar dan tawakallah sayang. Pujuklah hatimu sayang...
Tanya diri, tanya hati.
Adakah landasan perkahwinan yang kau idamkan itu kau sandarkan pada Allah dan Rasul Nya? Adakah kau ingin membina keluarga kerana ia adalah saranan Sunah Rasul mu?
Kerana ingin mendapat syafaat nanti dari Rasulmu?
Kerana kau benar ikhlas penuhi tuntutan Islam itu?
Atau kerana kau hanya ingin bahagiakan hatimu?
Atau kerana kau hanya ingin puaskan nafsumu?
Atau kau hanya ingin lengkapkan perjalanan hidupmu?
Adakah kau ingin berkeluarga kerana kau sudah cukup usaha membina fardhi muslimmu?
Ataukah hanya kerana sudah penat hidup sendiri tanpa teman di malam hari?
Sudah cukup persoalan di atas untuk kau tanya diri..sudah!!
Mengeluh bukan sifatmu, bukan sifat mukminmu...kerana hidup ini terlalu indah untuk kau kesalkan!!

Pujuklah hatimu sayang...
Tanya diri, tanya hati.
Hidup selalu dalam kekurangan. Tidak cukup wang perbelanjaan, tidak cukup masa untuk rehat, tidak cukup wang dan masa untuk makan apa yang diinginkan, tidak selesa tinggal di rumah yang serba kekurangan, tiada orang yang ingin memahami diri, tiada.....tiada.....tidak.......tidak.....tidak itu...tidak ini....tiada itu....tiada ini....mengeluh, mengeluh dan mengeluhlah lagi....moga kau jauh dari laknat Allah dan makhluknya.. walaupun kau hanya mengeluh di dalam hati!!
Na’uzubillah. Pujuklah hatimu sayang....
Tanya diri, tanya hati.
Adakah semua yang kau keluhkan itu kerana Allah, Rasul dan Islam yang kau cinta?
Benarkah kau cintakan Allah,Rasul dan Islam seperti yang kau sebut itu?
Benarkah kau tidak cukup wang perbelanjaan untuk Islam dan kerjanya?
Atau kau lebih banyak belanjakan wang untuk hidup peribadimu yang semusim singkat ini?
Benarkah kau tidak cukup itu dan ini, tiada itu dan ini kerana kau perlukannya demi Allah, Rasul dan Islam mu?

Sudah! Cukuplah!

Katakan begini pada dirimu...
Katakan begini tika kau berdoa pada Allah.. Islam itu indah..
Aku juga ingin indah seperti indahnya Islam..
Islam itu menuntut kebersihan..
Aku perlu untuk hidupku selalu bersih dan terurus..
Islam itu mulia..
Aku juga perlu semungkin boleh menjadi terbaik dalam semua perkara yang aku lakukan..
Maruah Islam di tanganku, akademikku perlu cemerlang
Tamsilan Islam dilihat pada ku, aku perlu berakhlak mulia
Kerja Islam terlalu banyak untuk aku kerjakan, jadi aku perlu sihat dan kuatkan jasad Diriku sayang..
Pujuklah hatimu dengan Islam yang tinggi..
Pujuklah hatimu dengan nikmat akhirat yang terlalu indah, lazat, nikmat dan bahagia
Pujuklah hatimu dengan azab akhirat yang terlalu dahsyat, sengsara, ganas, perit, sakit
Ingatlah hatiku,
Sakit, penat, lelah dan letih, sedih dan pedih ini hanya sementara..
Terlalu ringan dan sedikit berbanding hari akhirat nanti..

Pujuklah hatimu sayang.

Hidup ini musafir yang panjang

Anda seorang pendakwah? atau Ingin menjadi pendakwah? atau Sedang belajar untuk menjadi pendakwah?

Selasa, Februari 24, 2009

SAHABAT...

DI DALAM BERSAHABAT.. ...


Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab
punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita &
sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang,
isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain
walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.

Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa
memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungannya dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di
hati.
Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti
hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap
org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12
. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan
diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan
sebagainya. Bangga diri
tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini
bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al
Quran."

Seminar Dinar Emas.

Khamis, Februari 19, 2009

Kisah kesedihan hati.....

Alhamdulillah hari ni sempat juga berblog..dah 3 minggu hati aku semak dengan kesedihan...setiap kali baca paper..rasa tak aman jer malaysia ni..kes zina berlambak - lambak...kebetulan aku kena handle 2 kes zina juga...hmmm....sedih pada diri yang kurang mampu tapi masih diharap, sedih pada suasana yang memang tak boleh harap nak dapat bi'ah solehah...

perkara yang sangat buat aku terkilan dan kecewa, marah, geram adalah kes RAMPASAN KUASA DI PERAK.. sangat menyedihkan. sangat memilukan...setiap kali baca paper, mesti aku baca qunut nazilah banyak - banyak. biar Allah balas perbuatan zalim dan biadap BN pada rakyat. Jika baca tulisan Ir. Nizar dalam blog dia, cukup pilu dan sedih keadaan PR di Perak sekarang...

Bertakafurlah merenung asal kejadian kita...


Daripada Abu Zar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Berfikirlah kamu berkenaan makhluk Allah dan jangan kamu berfikir berkenaan Allah nescaya kamu binasa.”

Takhrij hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Sheikh dalam kitab al-A’zamah dan al-Manawi dalam Faidh al-Qadir 3/262-263. Hadis hasan dengan jalan dan syawahidnya.

Dalil lain

AL-QURAN

1. “Tidakkah kamu perhatikan Sesungguhnya Allah Telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.” [Luqman:20]

2. “Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya dia Maha melihat segala sesuatu.” [al-Mulk:19]



HADIS

1. Al-‘Amasy daripada Amr bin Murrah berkata bahawa Nabi s.a.w. telah melalui satu kaum yang sedang bertafakur, maka baginda bersabda kepada mereka : Maksudnya : ‘Berfikirlah kamu mengenai makhluk, dan jangan memikirkan Zat Allah.’

2. Hisyam bin Urwah daripada ayahnya, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : ‘Sesungguhnya syaitan datang pada seseorang daripada kamu lalu bertanya: ‘Siapakah yang menjadikan langit?’ Dijawab: ‘Allah.’ Lalu bertanya: ‘Siapakah yang menjadikan bumi?’ Dijawab: ‘Allah.’ Lalu bertanya: ‘Siapakah yang menjadikan Allah?’ Maka apabila merasa sedemikian maka segeralah berkata: ‘Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.’’


Sumber:Himpunan Hadis Modal Insan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Telaga Biru Sdn. Bhd., Mac 2007.

Khamis, Februari 12, 2009

First Time Story.......what?

Setiap perjalanan kehidupan mesti ada titik permulaannya kan....hari demi hari berganti membawa bersama usia yang bertambah, tenaga yang berkurang, minda yang mencapah kembang,peristiwa yang menjadi memori...pendek kata, the old one still remain in mind and heart, but the next level will always come what ever happen ...falsafah sendiri la tu....

Cerita tentang firt time...setiap orang mesti ada kenangannya yang tersendiri...

1. First time makan kat restoran mahal (harga makanan lebih dari RM5, bagi aku mahal la tu...dah tu makan mee je pun)
>> Noodle Station...pernah dengar? harga makanan area RM7-RM15..aku makan mee soup dan teh ais (bahasa kampungnya la)

2. First time baca betul2 buku haraki masa tahun pertama sem 2 di universiti. Jalan >> Dakwah: antara keaslian dan penyelewengan. masa tu betul2 insaf dan tekad dalam
hati akn kekal setia dalam harakah...walaupun aku bermasalah macam mana pun dalam harakah ni, aku akan cuba istiqamah...

3. First time bercinta dan putus cinta..
>> hmmm....xda komen. tapi memang sangat berbekas di hati. samapai sempat juga le aku kurus kering..sempat juga la aku 'gila' sekejap...

4. First time beli kasut mahal..(huhu..)
>> Sume beli tahun lepas, tu pun sandle je RM25 jenama Bata...sebelum ni x pernah beli lebih dari RM20...pengalaman...

5. First time ikut tamrin
>> rasa macam nk menangis saja...mmg aku menangis pun walaupun nampak je steady ok... punya la siksa...tapi sebab faham sebab apa aku perlu ikut program tu, semua yang pahit aku telan jer...lepas tu, susah masa tamrin tu la ajaq aku jadi orang yang kuat sehari2 ku di dalam j.

6. First time turun demo.
>> masa tu demo minyak yang terakhir..depan KLCC, masa tu juga la first time kena siram dengan paip bomba. kami kena pegang bennar. k.atirah masa tu suruh muslimat bertahan..punya la bertahan sampai terduduk pegang banner kena simbah air bomba. lencun baju. akhirnya kami bergeak juga sebab keadaan terlalu bahaya sebab dah ada orang kena cota. FRU kejam gile masa tu, laki pompuan sume dia bedal...fuh..kenangan yang indah...(ya Allah bantu lah aku dalam melawan hawa nafsuku, bantulah aku berdiri dalam jalan dakwahmu, ya Allah jauhkanlah aku dari maksiat yang sentiasa cuba merosakkan ku, amin)

"Ya Allah, hanya Engkau miliki hati ini, Engkau telah tulis pada ku jalan hidupku sejak azali lagi. Ya Allah, aku mohon panduan MU dalam kerja buatku, gerak hatiku, pemikiranku, fantasiku, dan setiap gerak lakuku dalam kehidupan. Ya Allah, aku makhlukmu yang lemah. Lemah dan berusaha mendidik nafsu dan hati ku. Ya Allah aku bekerja untuk agama MU demi menghadapi hari2 ku yang sukar di akhirat nanti, kerna itu hanya redha dan maghfirah MU yang aku harapkan.Ameeeen

Rabu, Februari 04, 2009

Is Word Give Meaning to the ear wHO Listen?

Dalam Hadith Nabi ada mengatakan manusia yang beruntung adalah manusia yang hari ini lebih baik dari semalam. Beerti berlaku perubahan dalam hidupnya dari hari ke sehari ke arah yang lebih baik.

Dalam konteks tajuk kali ni, aku cuba menilai diri dan mungkin kawan - kawan juga boleh bersama untuk kita melihat diri kita sehari - hari selama ini. Penggunaan kata ganti nama 'aku' dalam kehidupan aku memang sedikit jika dibandingkan dengan kata ganti nama 'ana', 'saya', 'akak' atau 'soleh'. Tapi kenapa aku memilih untuk menulis dengan kata ganti 'aku'?

Setiap orang mempunyai nilai yang berbeza dalam menilai sesuatu perkara dalam kehidupannya. Semua ini kerana aliran sejarah kehidupan awalnya terhadap dunia. Maksud aku, background family. Ada kawan - kawan aku anak orang yang memang dari famili yang baik, alim dan seangkatan dengannya... tapi tak kurang juga kawan - kawan aku yang jenis gila - gila, orang biasa tanpa 'nama', pak cik mak cik yang tua - tua dan biasa - biasa saja.

Asasnya kita manusia. Sama saja, yang beza hanya iman dan taqwa. Bukanlah nak bepegang pada dalil begitu memberi tiket kepada aku untuk hidup ikut mazhab dan nafsu sendiri...tapi sekadar mengingatkan diri jangan bangga dan megah dengan diri yang hina asal ciptaannya.

Walaupun perkataan 'aku' kedengaran agak kasar, agak kurang sopan tapi aku selesa begini..selesa menyatakan inilah definasi aku terhadap diri sendiri. Aku tetap aku, aku yang cuba untuk menjadi orang lain adalah aku yang tidak terima kenyataan hidup. Aku yang cuba menghargai apa yang ada pada diri adalah aku yang bersyukur. Terima seadanya apa yang ALLAH beri, pasti ada kegembiraan dan kelapangan hati. Kita kan tak tahu mana satu pekerjan kita yang dinilai baik di sisi ALLAH..

Apapun, maafkan aku pada kawan - kawan yang biasa berhubung dengan kata 'ana', 'soleh','akak' or apa saja dengan aku sebelum ini..

Is Word Give Meaning to the ear wHO Listen?

Kita yang tentukan nilainya..tapi Allah juga penilai terbaik...

Selasa, Februari 03, 2009

Isnin, Februari 02, 2009

It all about ATTITUDE!!!

> kalu kedudukan ko jatuh, jangan salah orang lain!!
*sume salah ko sendiri, tak pandai jaga kedudukan ko.. > kalu orang pandang ko selekeh, jangan salahkan orang len!!!
*sume salah ko tak pandai urus diri sendiri!

> kalu ko jatuh dalam jalan perjuangan ni, jangan salahkan orang lain!!
*sume salah ko sendiri, kenapa x istiqamah taqarrub dengan ALLAH?

JALAN PERJUANGAN NI HANYALAH MENCARI REDHA NYA...