Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Khamis, Januari 29, 2009

ORANG GILA VS ORANG WARAS?????!!!!

P/S: aku yakin mesti dah ramai juga yang pernah baca tentang artikel ni...tapi mesti ada juga yang tak pernah baca. atas dasar semangat perkongsian yang tinggi...aku paste juga dalam blog sendiri...mana tau, kot kot kalu aku lupa nanti...mungkin artikel bole ingatkan diri aku kembali..... Insyaallah..


"Aku orang gila, kau orang cerdik"

"Aku makan sampah, kau makan makanan enak"



"Orang gila tak solat tak berdosa, orang cerdik tak solat masuk neraka"
"Orang gila masuk syurga tanpa hisab, orang cerdik kena hisab"
Semalam aku mendapat 'kuliah' percuma dari orang gila.
YA-ORANG GILA!!!

Ini bukan cerita rekaan tapi aku benar-benar bertemu orang gila yang cerdik.

Walaupun gila tapi setiap butir perkataan yang dituturkan adalah hikmah. Aku terkesima. Mana mungkin orang gila boleh sebijak ini. Sedangkan aku yang kononnya cerdik tak pernah sedar akan hakikat setiap apa yang diucapkan.

Ahh..Nasihat orang gila mana mungkin boleh dipercaya. Entah mana sumber rujukan, entah mana kitab panduan yang dia guna. Mungkin orang ni dulunya gila dunia, bila dah gila betul baru nak ingat akhirat. Orang cerdik macam aku tak layak terima nasihat orang gila.


"Kamu orang cerdik yang malas. Malas melambatkan proses untuk berjaya"


"Kamu terpesona dengan dunia tapi dunia tarafnya hanyalah seperti sampah, sampah yang menjadi makanan rutin aku"

Betul. Malas melambatkan proses berjaya. Aku leka dengan dunia sehingga meninggalkan suruhan solat, arahan menutup aurat aku ingkar, dengan merokok aku rasa tenang. Tapi...
Tapi nasihat ini datang dari orang gila. YA-ORANG GILA!!!




"Berubahlah wahai orang cerdik. Tak malu ke kamu pada orang gila seperti aku."

Apa pendapat kalian, boleh atau tidak aku terima nasihat orang gila ini?

Jumaat, Januari 23, 2009

Sebuah perhubungan/interaksi

entah kenapa, aku seperti tak faham tentang hubungan antara manusia..masa kecil - kecil dulu banyak juga belajar tentang hadith menghormati orang lain, tentang bersikap dengan sifat mahmudah, menjauhi mazmumah etc. tapi bila dah besar panjang begini...aku seperti dungu jer...

insiden 1
kul 11.30 pagi, puan fadzillah ajak aku kuar pi jamuan anjuran bahagian kami. tengah naik kereta ada motor depan kami bersuka ria je bawa motor. kami tengah rushing, dia kata kita potong le tapi mesti perlahan..kena jaga hati.
???????????????? aku blur..ok...

insiden 2
en.isa ajak main badminton, satu geng la maksudnya. bahagian kami juga yang akan main pun. aku pun ok. balik keje, kul 6 terus keluar. sampai stadium, mak aih..xda orang perempuan pun...macam mana ni..hmmmmm.....
"en.isa, x pe la. saya balik dulu la. xda orang pompuan la. saya segan."
"kesian kat awak la....xdapat main"
????????????? aku blur.....ok. aku blah je.

insiden 3
cik didi dah banyak kali citer tentang isteri dia yang gigih berniaga. walau hujan, x pernah kisah...dia suruh aku 'main2' dengan isteri dia. dah siap bagi fon nombor lagi tu...hmmm....ok juga. bole kenal orang baru.
tak jadi main badmiinton, aku p uniten cari cik rusminah isteri cik didi. cari gerai 13, datang senyum2...
"tak kenal ke?, anak saudara ni..." dia penin2...beriya dia meneka...beriya juga aku mengiya...huhuhu...kesian aku tengok..huhuhu...akhirnya aku pun cakap aku student praktikal keje sekali dengan cik didi. dia termalu la.hmmm...
terus dia bagi goreng pisang free, aku nak bayar. dia tak bagi. aku pun cari benda len nak beli. dia x bagi. akhirnya aku paksa juga nak beli keropok kering. ok la...
???????????????????????? aku blur, hanya dengan senyuman dan kenalan ringkas, bagi banyak rezeki...

kawan2...
agak2 apa perlu aku sebagai manusia nak berbalas dengan mereka yang hadir dalam hidup aku dan memberi banyak makna? wang tak mungkin jadi pengganti...tak mungkin. mungkin jasa. mungkin budi....
tapi dalam keadaan aku yang kadang sibuk, kurang peka, kurang rasa, feelless, macamner la agaknya untuk terus aku kekalkan hubungan yang dari hari ke hari yang bertambah. yang baru pasti ada, yang lama harus di jaga. tapi mampu kah?.

HEBATNYA ALLAH, SENTIASA MEMBERI, TAK PERNAH LEKA, TAK PERNAH SALAH MEMBERI, TAK PERNAH KURANG PEKA...SEDANG PENGUASAANNYA TERLALU LUAS. sekecil2 makhluk debu sebesar2 galaksi. sume DIA jaga...

SUBHANALLAH......

Khamis, Januari 22, 2009

Sambutan Ulang Tahun Hari Kelahiran....

Hari ni hari Khamis...puasa sunat. Aku? tak la, susah nak istiqamah bila dah bercampur dengan sahabat sekerja ni...Kalu diaorang tak makan, aku pula yang nak makan. Tambah - tambah bila dah tiap - tiap hari mengadap pokok jambu. Buah kegemaran masa kecil - kecil. Panjat pokok, makan atas pokok. huhuh...
Sebenarnya ada jamuan sahabat sepejabat yang dah dimaklumkan awal dari semalam. Sambutan Ulang Tahun Kelahiran untuk bulan Januari..rupanya masih ada ye keraiyan macam ni dalam pejabat. Itu lah hubungan sosial namanya. Hubungan sosial yang baik dapat membantu menigkatkan prestasi kerja yang baik. Psikologinya lah.
Moga aku belajar dari pengalaman ni. InsyaALLAH.

Sambutan hari kelahiran ni baik. Nabi pun pernah buat. Lagi pun dapat pahala dapat gembirakan orang. Bagi aku ini antara keraian yang bersih yang patut dirai. Ada juga kes yang dahsyat sikit. Siap kenakan orang lah, jerit - jerit la, perkara - perkara macam ni kena dielakkan. Hilang la pahala. Mungkin mengundang dosa. Na'uzubillah. Pada kawan - kawan dan sahabat - sahabat cari lah saham akhirat banyak2 dan kurangkan pelaburan dosa.
LOVE U ALL..

Isnin, Januari 19, 2009

Cerita Hari Isnin....

Hari ni di UPM ada pengundian untuk pilihan raya kampus. Aku turun ke tak? Rahsia sendiri le...amanah tu....InsyaALLAH, ALLAH menangkan siapa yang bersungguh.

Semalam dapat calling dari mak, adik aku yang nombor 4 nak bertunang...Alhamdulillah...Adik no. 2 pula kata dia nak kawin raya cina ni...huhuhu..biaq benaq...xda angin xda ribut dah nak kawin...tau la dah bertunang...huhuhu...kalu jadi pun Alhamdulillah...buat apa nak marah benda betul...kalu x betul, baru la aku marah..tapi yang x bestnya, dia marah pula aku x kawin or bertunang ker...huhuhu...dahsyat...ada ker, dah xda rezeki...xda la..nak buat macam ner...aku pun nak paksa saper la kawin dengan aku...huhuhu...ngarut jer...

Entah ler, hairan juga bila tengok orang suke citer tentang diri dalam blog...tapi ada juga yang betul2 menulis dalam blog...aku? entah...tapi yang penting, aku tau apa yang aku tulis dan apa yang aku sampaikan...

Sebenarnya ada banyak perkara yang nak kena cerita pada orang...tapi aku lebih suka pendam...x percaya la kat orang...percaya kat ALLAH lagi..huhuhu...baru la romantik bercinta pagi2 hari nanti...

Aku dok teringat la kat anak usrah aku yang tak ramai tu...macamner la depa sekarang...xda feel la nak buat usrah...tau tanggungjawab tapi hati berat...biasa la bila nafsu dah berkomplot dengan setan...alamat jalan la...huhuhu...kuler betul... kawan2 yang perihatin baca blog ni, sudi2 lah bagi nasihat..saja ler nak citer cerita hati dalam blog ni...

Aku cukup payah kalu nak citer masalah pada orang..tapi kalu dah mula citer mesti tak pandai berhenti...

Makhluk tuhan memang unik....

Kali pertama buat aku minat tengok bola sepak...

Wednesday, December 3, 2008
Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!

Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab... Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.

Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.



Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.




Selain peristiwa "Sympathize with Gaza", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam..

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008 , beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!



Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza"? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya.. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.

Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.

HASIL NUKILAN SAHABAT2 SEPERJUANGAN...

Jumaat, Januari 09, 2009

KEMPEN SOKONGAN PADA RAKYAT PALESTIN


Rapat Umum “SELAMATKAN GAZA”
Written by admin from on January 7th, 2009 | 0 Comments


Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin

Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif
-Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
-Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
-Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

sumber : http://amanpalestin .org/

Rabu, Januari 07, 2009

Moga kita Istiqamah dalam jalan terbaik menuju ALLAH

ISTIQAMAH

Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya : Aku bertanya :

Maksudnya : “Hai Rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorangpun selainmu.” Sabdanya : “Katakanlah aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah.”



Takhrij hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45.

Dalil lain


AL-QURAN

1.“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang Telah Taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan" &nb sp; [Hud:112]

2.“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu".Kamilah pelindung-pelindung mu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [al-Fussilat: 30-32]

HADIS

1. Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda :
‘Bersederhanalah kamu, dan beristiqamah, ketahuilah bahawa seseorang kamu tidak selamat dengan sebab amalannya.” Mereka bertanya, “Dan tidak bagimu hai Rasulullah?” Sabdanya : “Dan tidak aku kecuali Allah limpahkan kurniaan dengan rahmatNya dan kelebihanNya kepadaku.’
Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

2. Sabda Rasulullah s.a.w. :
‘Seafdal amalan itu ialah berterusan sekalipun sedikit’

Sumber:Himpunan Hadis Modal Insan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Telaga Biru Sdn. Bhd., Mac 2007.

Disediakan oleh
Wardah bt Abdul Rahman
USM, Pulau Pinang.