Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Isnin, Disember 29, 2008

WAKTU? MASA? JAM?

MEMELIHARA WAKTU
-mailing list yahoogroup pendita_bintara

Daripada Ibn Anas r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda :



“Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi(kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.”



Takhrij hadis



Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari 6412, Ahmad dalam Musnadnya 1/344, al-Tarmizi dalam al-Zuhud 2304, Ibn Majah dalam al-Zuhd 4170 dan al-Baihaqi dalam al-Sunan 3/370.



Dalil lain



AL-QURAN



1.

“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." [al-‘Asr:1-3]



2.

“ Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang Telah kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, Mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan Aku dapat bersedekah dan Aku termasuk orang-orang yang saleh?" Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila Telah datang waktu kematiannya. dan Allah Maha mengenal apa yang kamu kerjakan."[al-Munafiqun: 10-11]



HADIS



1. ‘Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu mati esok hari.’



Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq.



2. Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :



‘Rebutlah lima peluang sebelum datangnya lima : Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu, mudamu sebelum tuamu, dan kayamu sebelum fakirmu.’


Hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi.







Sumber:Himpunan Hadis Modal Insan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Telaga Biru Sdn. Bhd., Mac 2007.





Disediakan oleh :

Wardah bt Abdul Rahman

USM, Pulau Pinang.

Jumaat, Disember 26, 2008

Aku masih belajar.................

Entah kenapa, makin aku rasa aku semakin dungu...Setiap hari aku akan pelajar pelbagai benda baru dari orang sekelilingku... seketika aku teringat sahabat - sahabat satu team Faqih Synergies. walau pun usia masih muda tapi aku selalu belajar perkara baru dari mereka. dari sekecil - kecil rasa, hingga ke sebesar - besar pemikiran.

aku masih belajar....

bukan senang nak jadi orang yang hidup untuk orang lain. menyerahkan segala pemusatan amal dan kerja hidupnya untuk bangunkan orang lain.

Rabu, Disember 17, 2008

Jaulah tarbawi...

Alhamdulillah, bermula pada 14 haibulan tadi hinggalah hari ni aku dalam musafir jaulah tarbawi bersama sahabat - sahabat UPM di bumi utara ni. walaupun begitu, tak banyak tempat yang dapat kami pergi. Kebanyakkannya kami bergerak di sekitar Kedah dan Perlis sahaja.

Berjumpa dengan ramai murabbi dan murabitun yang bergerak kerja untuk jemaah Islam melimpahkan ruang kesedaran dalam minda dan perasaan aku betapa hidup manusia hanya sementara. Tergarap kembali jiwa hamba yang selama ini banyak leka dan alpa pada nikmat dunia yang hanya sementara. Kata Nabi, dunia ini ibarat bangkai kambing yang tuan kambing pun tak ingin padanya. Kata Nabi juga, harga sebelah kepak lalat lebih bernilai berbanding dunia keseluruhannya.

Murabbi dan murabbitun ini setiap dari mereka, punya jalan dan ranjau hidup yang tersendiri. Berbeza dari sudut lapangan, tapi matlamat akhir ranjau yang mereka terima pasti dikembalikan semula kepada ALLAH, pemilik hati manusia, pemilik alam ni.