Jom berkelana mencari makna sebuah persinggahan.....

Jangan Mudah leka Kawan
Jangan Mudah alpa Kawan
Jangan Mudah lupa Kawan
Kita Makhluk tuhan
Hidup hanya Sebuah Persinggahan

Isnin, November 24, 2008

entri Kesibukkan

pada kawan - kawan tersayang
yang selalu bagi sokongan, dorongan dan inspirasi pada aku
mohon maaf untuk dua minggu ini
tiada entri yang dapat di masukkan

kesibukkan dunia ini sering sangat mengenjan manusia
moga kita dalam golongan yang tertipu olehnya.
moga kita golongan yang sentiasa bermanfaat pada yang lainnya.

Rabu, November 12, 2008

INFO........................INFO..........................

Bengkel Dakwah
Sheikh Yusuf Estes,
Mantan Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, US

Tarikh : 16hb Nov 2008 (Ahad).

Waktu : 8.30 pagi - 1.30 tengahari.

Tempat : Dewan Kuliah G, Bangunan Sains Komputer,
bersebelahan dengan Masjid Al Malik Khaliq USM,Pulau Pinang.

Yuran : Rm20.00, bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.

Anjuran bersama Pusat Islam USM dan IPSI (Islamic Propagation Society International)

Kepada yang berminat, sila sms nama dan no IC ke 019-411 5665 (Bro Kamarudin) atau pun menghantar emel (nama, no IC dan no telefon) ke ipsi7@streamyx.com
Marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada beramai-ramai sebagai tanda menghargai ilmu & usaha pihak penganjur. Ajaklah rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta menyertai bengkel dakwah ini. Semoga dengan usaha dan niat baik ini mendapat berkat dan rahmat dari NYA…

Renung-renungkan….

Apalah sangat dengan 5 jam menghadiri bengkel ini kalau nak dibandingkan dengan 5 jam menonton drama Korea/Hindustan dan Bola Sepak di TV…

Apalah sangat RM 20 yang kita keluarkan sebagai yuran program ni kalau nak dibandingkan dengan ribuan ringgit yang dilaburkan oleh pihak penganjur untuk membawa Sheikh Yusuf Estes tu ke Malaysia ni.

Semoga dengan usaha kita yang ‘apalah sangat’ ini kalau nak dibandingkan dengan ganjaran Ilahi mendapat berkat dan rahmatNYA. Manalah tahu, dengan kerana ikhlasnya kita menyertai program ini keranaNYA menjadi satu asbab kita dilepaskan dari api neraka. InsyaALLAH….

Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...

Musafir memang memenatkan dan melelahkan

Ku kira - kira, dekat 7 tahun aku di bumi UPM ni. Bila fikir - fikir balik berapa tahun lagi aku 'kena' berada di sini? Bukan tak sayang UPM, tapi bila terlalu lama di sini, aku rasa aku makin 'tepu' di sini. Hati aku terlalu sedih bila dapat tahu aku perlu 'tambah' lagi masa pengajian aku untuk degre ni. MasyaALLAH, hanya KAU saja memahami hati ini.

"Jemaah ini telah berlepas tangan terhadapmu, kerana kau sering zalim terhadapnya. Inilah jalanmu. Hadapilah, jalanilah. Moga ALLAH membasuh dosa - dosamu, moga ALLAH meredhaimu"

Laungan ini selalu terngiang - ngiang di telingaku, walaupun tiada siapa yang menyatakannya, tapi ia sering datang padaku. Aku tehu andai aku sendiri yang bersalah dalam perkara ini. Aku tahu aku yang harus membetulkan dan perbaiki keadaan diri sendiri.

Aku sedih, aku lemah semangat, aku kecewa. Tapi aku tahu aku sendiri yang perlu bertanggungjawab. Ini masalah aku, ini masa depan aku. Aku harus yakin diri. Cuma aku harap..KAU meredhaiku. Kerana aku terlalu fakir untuk memiliki nikmat MU.

'Soleh, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Cuma kau perlu optimis dalam hal ini. Jangan negetif!!!!!!'

Selasa, November 11, 2008

Sekitar k.Ngah tunang

mak dan adik ummu


bersama sepupu


hantaran sebelah lelaki


hantaran sebelah perempuan



aku dan k.ngoh

Isnin, November 10, 2008

Kos lepas = kos berubah @ kos tetap?

Kita sering dengar masalah kos lepas dalam teori ekonomi. Pilian kedua TERBAIK yang dilepaskan dalam membuat pilihan sesuatu barangan. Teorinya.

Sebenarnya, aku rasa dalam kehidupan juga punya kos lepasnya yang tersendiri. Juga lebih istimewa kadang – kadang kos lepas tu bersifat tetap atau berubah.

Maksud aku, dalam memilih calon suami atau isteri contohnya. Ye lah, jika calon suami atau isteri yang kita pilih tu memang betul jodoh kita, sesuai dengan kita, mungkin kos lepas kita akan menjadi kos lepas yang tiada nilai dan tiada kesan pada kita. Kos lepas kos tetap.

Tapi macam mana kalau calon yang kita pilih tu bukan milik kita, bukan taqdir kita dan tidak sesuai dengan kita..mesti lah kos lepas kita adalah kos lepas yang bernilai, tapi sudah tetap tidak mungkin menjadi milik kita lagi. Kerana ikatan perkahwinan dalam Islam punya nilai dan martabat yang tinggi. Tidak boleh sesuka hati cerai dan kahwin lagi.

(p/s: harapnya aku tak ajar kawan – kawan supaya jangan kahwin, dan aku juga harap aku tak galakkan kawan – kawan berbangga dapat bercouple dengan pakwe dan makwe masing – masing sebelum berkahwin................bukan budaya Islam tuuu.)

Macam mana pun, sifat ikhtiar yang Allah beri pada kita hendaklah digunakan untuk membentuk keserasian dan keadaan yang lebih baik untuk kita kekal bersama pasangan yang telah dipilih. Salah satu cara yang dianjurkan dalam Islam dan selari dengan kebanyakkan pandangan universal. Uniknya Islam, sangat menepati fitrah manusia.

Mungkin sebab itu jugalah, kita dianjurkan beristikharah dalam memilih pasangan. Selain mengelakkan pergaulan bebas, kita masih dibenarkan untuk berkenalan dan mengenali pasangan. tapi INGAT, masih dalam batasan syarak...

Aku pun tak tahu kenapa aku guna contoh hubungan hati antara lelaki dan wanita. Mungkin contoh ini lebih dekat dengan kita, orang yang masih muda remaja, yang darahnya masih panas dengan perasaan.

Kalau dikaitkan dalam organisasi pula, mungkin sebagai ahli dalam jemaah haraki Islam, pandangan aku; pejuang perlu sentiasa berhati – hati dan harus berhati – hati dengan tindakan dan sikapnya terhadap harakah. Sememangnya telah jelas dikhabarkan dalam al – Quran tanggungan dosa pelaku jatuh pada pelakunya, tapi kita harus sedar perlakuan pejuang itu punya kos lepas. Kos lepas ini yang memberi natijah pertama pada sekitar pejuang itu. Sama ada orang di sisinya, masyarakat sekelilingnya, persekitaran di samping atau apa – apa yang berkait dengan diri pejuang itu.

Dan yang lebih dirisaukan, kos lepas ini yang seperti aku sifatkan tadi punya sifatnya yang tersendiri. Kos lepas kos Berubah atau kos lepas kos Tetap? Kesan kos ini sebenarnya yang paling memberi pengaruh besar dalam perjalanan kehidupan seorang pejuang itu.

Contoh umum dalam organisasi, jika individu datang lewat mesyuarat penting. Masa ahli mesyuarat yang lain telah dicuri. Perancangan yang telah dirancang akan lari dari masa yang sepatutnya dilaksanakan. Kadang – kadang bukan itu sahaja yang terjadi, silap – silap hari bulan nyawa pun boleh terancam. Siapa tahu?

ADA komen?? Betul apa......

Rabu, November 05, 2008

Berbicara tentang apa yang bagus?

Setelah sekian lama berblog, aku menilai kembali di mana tanda arasnya aku ini. bila buka blog kawan - kawan, aku tengok mereka semua ada kecenderungan kepada sesuatu dalam menulis..tapi aku hanya cerita tentang pemikiran aku yang kurang berkembang atau mungkin langsung tak berkembang????

akhirnya aku kehilangan idea untuk menulis.....langsung tak pandai nak menulis...mungkin..

Isnin, November 03, 2008

Nilai sebuah ikatan.....

Hari ni aku baru je balik dari kampung. K.ngah Jamma bertunang dengan pilihan hati. Alhamdulillah. Dah hampir selesai amanah mak ayah aku atas dia. InsyaALLAH harapnya begitu. Hari sebelumnya, Alhamdulillah sempat bertandang sekejap makan nasi kenduri di rumah RO. Bukan apa, aku dah janji dengan zaujah dia akan datang juga kenduri depa. Kalu tak sempat rumah perempuan kena datang rumah laki....huuhuhu...Ye la, aku yang beriya - riya sangat dulu sampai mimpi - mimpi depa kawin dan buat kenduri...:-) akhirnya menikah juga depa bedua tu. Alhamdulillah.



Majlis pertunangan k.ngah berjalan lancar. Walaupun ini lah kali pertama kami sekeluarga buat kenduri macam ni..(pertunangan). Saudara - saudara lah yang banyak bantu. Kalau tak, kalut juga kami sekeluarga. Ba plak, betapa seronoknya sampai jemput semua kenalan dia datang sekali. huhuhu....dah macam kenduri kawin la plak...punya la ramai yang datang. Apa pun, kami sekeluarga amat bersyukur di atas kelancaran majlis tu.

Masa sesi perbincangan antara keluarga lelaki dan keluarga aku, salah seorang makcik aku di belakang berseloroh dengan kami.."adik ni langkah bendul, kakak dia tak bertunang lagi. kena minta satu persalinan"....dengar je macam tu, aku dah pening. Dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu betapa aku tak suka keadaan tu. Beriya - riya makcik aku melobi. Dengan tegas aku minta supaya perkara tu tak diketengahkan, bersungguh aku menolak. Ye la, adik aku yang nak tunang, adik aku yang nak kawin, kenapa pula aku yang nak menyibuk dan menyusahkan....siap minta hantaran sekali pula tu. Tak ke dah menyulitkan perkara yang sepatutnya mudah?....Hei!, geram....

Sebenarnya aku cukup berkira dalam bab ni sebab takut bila memikirkan andai ada kesan yang tidak baik di masa depan. Sebagai contohnya, jika gantian barang yang perlu dibayar oleh tunang adik aku tu telah menyusahkan dia, adakah berkat rezeki yang aku dapat? Andai jadi darah daging aku, macam mana dengan keturunan aku kelak?

Perkara yang sepatutnya menjadi ibadah kepada kita, tiba - tiba disusahkan dengan perkara - perkara remeh yang boleh dielakkan sebenarnya...

Doa aku, moga hubungan k.ngah dan tunang dia diberkati dengan ikatan pernikahan hingga ke akhir usia mereka. Ameeenn.